Oct 19, 2016

Wordless Wednesday #150

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description 
Semalam tersebarnya satu video mengenai sekumpulan murid perempuan sekolah rendah masuk dalam lumpur. Tapi apa yang menggerunkan ialah dalam lumpur tu ada ular. Perhh, kalau kita yang dah besar ni masuk dalam pun mau terkencing rasanya. Tujuan budak-budak tu dimasukkan tu adalah untuk bina diri dan menguatkan mental.

Video tu memang menaikkan kemarahan orang ramai sebab rasanya kejadian seperti tu tak patut berlaku. Kalau ye pun, takde binatang lain ke nak letak? Ingat budak umur yang masih muda tu tak boleh kena serangan jantung ke. Harap-harap lepas ni jangan lah ada pihak sekolah buat macam ni. Kesian budak-budak tu.

Takde cara lain ke? Takde binatang lain ke?

Rasa-rasanya letak ular dalam tu memang tak sesuai. Ye, walaupun ular tu jinak dah biasa dengan manusia tapi apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Kalau budak-budak tu kena patuk dah jadi satu hal pula kan.
Boleh sebabkan serangan jantung dan trauma
Rata-rata memberi pendapat bahawa kejadian itu boleh membuatkan budak-budak tu mengalami trauma dan serangan jantung. Macam kami cakapkan tadi, ular ni bukannya semua berani. Kita ni yang besar pun kalau nampak memang tak cukup tanah nak lari.
Walaubagaimanapun, ada yang bersetuju dengan cara tu..

Sumber: Facebook

Share:

10 comments:

  1. Saya tetap tak bersetuju lah cara mcm ni ANum...byk lagi cara lain.. kesian kat budak2 tu..kang trauma plak... huhu

    ReplyDelete
  2. ade tgk video ni viral kt fb..mmg xpatut..bdk2 ni bole jadi fobia nnt..kite yg bsr ni pun tgk gmbr bnd tu pun dh takut..tmbh nk buat mcm tu..

    ReplyDelete
  3. for me la kan anum...
    cara tu rasanya x betul...
    zaman dlu dgn zaman skrg nie dah jauh berbeza cara mendidik anak²...

    ReplyDelete
  4. Saya memang tak setuju dengan cara jurulatih tue sebab bukan semua yang berani dengan binatang yang menjalar.. Yea memang btul ular tue mungkin tak berbisa tapi gigitannya mampu menempah maut apatah lagi luka gigitan dimasuki dengan lumpur yang sememangnya penuh dengan bakteria dan kuman.. Lagipun yang yang peserta hanyalah pelajar sekolah rendah.. Nak latih untuk mencari jati diri bukan itu caranya sebab ada banyak lagi cara lain yang boleh dijadikan contoh seperti kem jati diri mengenal Allah.. Saya pun selalu pegi ke kem jati diri anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, tapi takde pun seteruk tue... Kesian kat budak2 tue sebab besar kemungkinan mereka akan trauma dengan kejadian malah mungkin lebih teruk lagi andainya mereka lagi berasa tak yakin pada diri sendiri sebab ingatan mereka pada kejadian tue mungkin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Ini cuma pendapat saya saja...

    ReplyDelete
  5. trus kena gantung tugas. bg pgjrn pd yg lain

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts