Campaigns

Oct 11, 2016

# Sharing # Suka-suka

Tips Tampak Ringkas Tapi Super ‘In-Trend’ Dengan 6 Aksesori Cun Ini!

Assalamualaikum semua
Hari nie bz x dan nak up entry
Nie ada masa terluang skit baru la nak buat entry
Sebagai seorang wanita, sememangnya memang jadi satu masalah bila nak cari baju untuk keluar. Rasa macam semuanya tak cantik (padahal sendiri beli) dan tak cukup baju (realitinya baju penuh satu almari). Tapi, jangan risau sebab kami nak cadangkan beberapa tips untuk korang nampak simple tapi tetap ‘in-trend’ dengan 6 aksesori ini. Well, dengan aksesori ini, korang tetap nampak bergaya walaupun hanya pakai jeans dan t-shirt. Tak percaya cubalah!

1. Shades always be in trend!
Jeans lusuh, body t-shirt dan digayakan dengan shades besar gabak. Inilah dikatakan simple tapi masih ber’style’. Kalau korang perhatikan, sebenarnya ramai selebriti gemar bergaya sebegini. Lagipun, bolehlah sorok ‘eyebag’ korang tu. Hehe.
2. Statement necklace pelbagai corak
Cantikkan statement necklace seperti gambar di atas ni? Well, sekarang ni statement necklace pun selalu digayakan dengan baju kurung tau. Lebih-lebih lagi dengan baju kurung kosong tanpa corak. Cun!
3. Statement ring pun ‘in-trend’!
Dulu orang dok sibuk nak tayang cincin merisik, cincin bertunang, cincin nikah, tapi sekarang ni wanita lebih banyak menyarungkan statement ring ni (lebih-lebih lagi yang single and ready to mingle. hehe). Kalau kami suka corak-corak bunga-bungaan dan haiwan-haiwan comel macam rama-rama ke. Barulah nampak kewanitaan sikit. Tapi tak salah juga jika korang nak jadi ‘ganas’ sikit pun macam kat bawah ni. Tapi jaga-jaga jangan sampai cucuk mata orang. Huhu.
4. Colourful Sling Bag. Nais!
Lebih-lebih lagi untuk si gadis aktif, sling bag bukan sahaja aksesori penambah gaya. Tapi juga praktikal untuk mereka bergerak pantas. Betul tak? Eh, Sling bags yang bawah ni pun comel jugakkan?
5. Headband persis Taylor Swift. Aum!
Kami percaya wanita pasti akan mengalami ‘bad hair day’. Kalau buat wanita Muslimah, selamatlah sebab berhijab. Tapi buat non-Muslim, mesti pening kepala nak cover macamana kan? Well, bukan sahaja korang dapat selesaikan masalah ‘bad hair day’, tapi boleh bergaya persis Taylor Swift bila pakai headband. 
6. Wristband yang multifunction
Multifunction Wristband? Apa tu? Untuk pengetahuan korang, ianya bukan sekadar wristband biasa untuk bergaya, tetapi ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih, lebih-lebih lagi untuk individu yang aktif.

Trend ni memang tengah top di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Rusia dan kini nampaknya sudah melanda Malaysia!

Contohnya seperti honor band Z1 yang merupakan ‘fitness tracker band’ dengan aplikasi seperti call reminding, SMS notifications, calorie consumption tracker dan calendar function.
Jadi, memang sangat bersesuaian dengan gaya hidup aktif dan super busy korang tu kan? Malah,Honor band Z1 menggunakan hypoallergenic TPU fabric strap bagi memastikan si pemakai kekal selesa. Yang paling best, dengar kata baterinya boleh bertahan sehingga tiga hari.
Excited? Kami lagi super excited! So, korang kena stay tuned dan follow kami rapat-rapat untuk dapatkan latest update mengenai honor band Z1 ni. Well, korang boleh usha-usha honor band Z1di sini!

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/