Campaigns

Oct 18, 2016

Renungan: Bila perlu tunaikan zakat pendapatan?

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

SAYA merasa keliru, bilakah waktu yang paling afdal untuk menunaikan zakat pendapatan? Adakah ia dibayar sebulan sekali, setahun sekali ataupun setiap kali mendapat gaji atau semasa mendapat bayaran? Harap penjelasan ustaz.
Jawapan

TERIMA kasih kerana bertanya dan mudah-mudahan Allah SWT memudahkan saudara menunaikan kewajipan ini. Hakikatnya ulamak fikah telah khilaf dalam menentukan haul (tempoh wajib) bagi penunaian zakat pendapatan ini.

Sebahagian fuqaha menyatakan hendaklah ditunggu sehingga genap setahun baharu dikeluarkan zakatnya dan mereka mendasarkan pandangan kepada sebuah sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada zakat pada suatu harta sehinggalah mencapai tempoh setahun." (Hadis daripada Aisyah r.ha diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Oleh itu, ada ulama yang berpendapat wajar ditunggu sehingga setahun baharu dikeluarkan zakat ke atas semua harta, termasuklah ke atas harta penghasilan (pendapatan) ini. Antara golongan tabi'in yang berpandangan demikian ialah Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq, Umra binti Abdir Rahman dan Ibnu Umar.

Walau bagaimanapun, Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri misalnya membahaskan perihal ini dalam kitabnya, Hukum Zakat bahawa ketentuan masa setahun bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini adalah tidak kuat.

Ia bermaksud, hadis-hadis yang dijadikan sandaran itu masih wujud pertikaiannya di kalangan ulama berdasarkan kesahihannya menurut ilmu hadis.

Maka, sebahagian fuqaha lain yang menyatakan, adalah tidak perlu untuk menunggu sehingga setahun bagi harta-harta penghasilan (misalnya harta daripada pendapatan), seperti mana yang dipertegaskan oleh Ibnu Mas'ud, Muawiyah, Umar bin Abdul Aziz, Hasan dan az-Zuhri daripada kalangan tabi'in.

Oleh kerana tiada ijmak (kesepakatan yang kukuh) dalam kalangan ulama mengenai penetapan haul bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini, maka umat Islam berhak memilih salah satu daripadanya, sama ada mahu menunggu setahun ataupun terus berzakat apabila memperolehinya.
Potongan gaji

Walau bagaimanapun, bagi amalan di Malaysia khususnya di Selangor, kebanyakan umat Islam yang bergaji selalunya menunaikan zakat setiap bulan menerusi kaedah potongan gaji. Namun tidak salah jika mereka mahu menunaikannya pada hujung tahun apabila genap setahun. Kedua-duanya adalah diterima.

Namun begitu, untuk menjamin agar tidak berlakunya keterlanjuran sehingga mengakibatkan terlupa berzakat, umat Islam adalah amat dianjurkan agar berzakat pada setiap bulan.
Sesuai dengan saranan Allah SWT kepada para petani yang mendapat hasil daripada usaha pertanian mereka. Firman Allah SWT: Dan tunaikanlah haknya (zakat) pada hari kamu menuai hasilnya. (al-An'am: 141) (Rujuk Hukum Zakat, halaman 467-468).
Pandangan inilah yang dianggap lebih menepati ke atas maksud zakat pendapatan itu sendiri. Wallahua'lam.

lNota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau sila layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my untuk maklumat lanjut.



Share:

6 comments:

  1. singgah pagi...
    terima kasih anum sharing...
    bagus nie...dlm pendapatan kita tu ada bahagian org lain jugak... :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing anum..
    lamenyeeee xsinggah siniiii..
    rinduuuuuuu

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum