Campaigns

Oct 13, 2016

Gambar Kahwin Awie dan Syarifah Ladyana

Assalamualaikum semua
Sekejap plak masa berlalu
tau2 dah masuk hari khamis ya
Ok hr nie share ngan korang gambar penyanyi terkenal selamat bernikah
Anum salah seorang peminat tegar Awie..
 Dengan sekali lafaz, Awie sah bergelar suami kepada Sharifah Ladyana. Penyanyi itu dan isterinya, masing-masing menitiskan air mata selepas berakhirnya majlis akad nikah.
 Awie mengaku terpikat dengan keikhlasan Syarifah Ladyana menerima dan melayan lima anaknya daripada perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri. "Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat. "Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu," katanya.
Memilih persalinan baju Melayu rona hitam manakala Sharifah Ladyana yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah syarikat penerbangan, tampak anggun mengenakan baju kurung warna sama. Selesai majlis pernikahan, pengantin bakal diraikan dalam majlis resepsi berkonsep tradisional Melayu di tepi pantai dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu, malam ini. Ini adalah perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan Arni Nazira Anuar pada tahun 1998. 

Namun, mahligai mereka hanya bertahan lapan tahun. Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada tahun 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2014. Menerusi perkahwinan dengan Arni, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14. Bersama Rozana, Awie memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Tahniah Awie

Share:

12 comments:

  1. Alhamdulillah...
    semoga ikatan perkahwinan akan kekal sehingga ke jannah..Amin...

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada awie & pasangan..moga kekal selamanya :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah pada Awie dan Syarifah Ladyana, semoga kekal hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  4. Minat jugak dgn Awie ni. Lelaki ni laku aje walau dah tua ye Num hihi

    ReplyDelete
  5. Minat jugak dgn Awie ni. Lelaki ni laku aje walau dah tua ye Num hihi

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..semoga jodoh dorg berpanjangan dan bahagia ke akhir hayat..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels