Oct 6, 2016

Dengan RM5, Korang Boleh Makan Aiskrim Kelapa Yang Confirm Superb & Meleleh! Dekat Mana?

Assalamualaikum semua
Hari ini last day Anum berkursus
Biasa la kalau keja gomen nie kan
Hujung2 tahun wajib pergi kursus
Sebut pasal hidangan pencuci mulut, semua orang mesti nak yang sedap dan harga berpatutan. Yelah, dengan cuaca yang hujan panas ni, mesti korang takkan lepaskan peluang nak menikmati pencuci mulut yang sedap dan terbaik. Kan?

Okay, korang pernah tak makan aiskrim dalam kelapa? Ha, pelik kan bunyinya? Sebut pasal desert yang meleleh dan superb ni mesti buat korang terliur kan? Haa…jangan risau! Anum nak share dengan korang pasal satu tempat makan best ni. Memang terbaik weh!


Simple tapi superb!
Kalau korang nak tahu, nilah dia kedai desert Hogoh De Coco. Kedai ni terletak di Temerloh, Pahang. Konsepnya santai dan diorang pakar dalam menyediakan hidangan pencuci mulut serta minuman macam minuman kelapa dan aiskrim kelapa original. Sehingga siapa yg minum akan rasa segar dan sejuk hingga ke hati. Memang sempoi!
Nak tengok apa yang disediakan? Sabar jap!

Sejuk, rangup, lembut!
Nilah dia aiskrim kelapa. Dihidangkan bersama kelapa original dan dicampur aiskrim vanila, cornflakes, jagung, coklat dan jeli nata de coco, aiskrim kelapa ni memang buat korang terangkat kalau dapat makan! Memang power dan sedap! Gerenti meletop punya. Harga? Cuma RM5 je setiap hidangan. Berpatutan, kan?


Banyak pilihan menarik
 
Kat sini ada macam-macam jenis minuman berasaskan air kelapa. Memang semuanya sedap-sedap belaka. Tambahan pulak, ada hidangan ayam goreng Mat Chicky yang rangup dan sedap. Fuh! Harga ayam goreng ni baru RM3 seketul. Mana nak dapat weh harga macam ni huhuhu…

Siap ada ‘drive-thru’ lagi
Ha, kalau korang malas nak minum & makan kat sini, boleh je buat drive-thru macam restoran makanan segera tu. Just duduk tunggu dalam kereta, nanti pelayan kedai akan datang dan ambil order dari korang. Sampai je kat kaunter, dah siap untuk dibawa pulang. Best, kan?

Buka dari 10 pagi sampai 7 malam
Kedai Hogoh De Coco ni dibuka dari jam 10 pagi – 7 malam setiap hari. So kat mane lokasi tempat ni? SEBELAH PETROL PUMP BHP PAYA PULAI, TEMERLOH PAHANG. Senang je nak cari. Kalau dari Temerloh, lepas trafik light Hospital Temerloh (HOSHAS) jalan terus je. Terus sampai jumpa kiosk diorang belah kiri..nampak hijau2. Boleh parking minum situ atau drive thru bungkus terus.

Hogoh De Coco, Temerloh, Pahang
Alamat: Sebelah pam minyak BHP Paya Pulai, Temerloh
Contact number:
0178463568

0178463568
0178463568

Ini memang dekat dengan kampung Anum tau
So kita sokong org kampung.. hehe

Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum