Campaigns

Sep 9, 2016

Holiday @ Langkawi Part 9

Assalamualaikum semua
Bestnya hari ini dah Jumaat
Next week dah masuk Raya Haji
Korang cuti x..?
Anum pulun seminggu terus..
Ok jom sambung entry semalam ya
Eagle Feeding di Langkawi
Hai…aku sambung lagi entri aku bercuti dengan hubby di Langkawi.Balik dari Tasik Dayang Bunting, kami ke Pulau Singa Besar dan Pulau Singa Kecil untuk aktiviti berikutnya iaitu memberi makan helang. 
Dalam kepala kami, bagaimana nak bagi makan helang di tapak tangan? 
Rupa-rupanya, apa yang kami bayangkan meleset sama sekali. Pemandu bot kami cuma mencampakkan cebisan-cebisan ayam ke laut, dan helang-helang ini akan datang makan.
Nampak bot datang je, mereka keluar dari pulau beramai-ramai
Di pulau ini terdapat sehingga 200 ekor helang, yang terdiri daripada 3 jenis helang iaitu Langkawi (bersaiz kecil, kepala putih, badan koko), Helang Laut (putih dan besar) dan Sewah. 
Cara helang ni makan, ia tangkap makanan menggunakan kaki, 
dan kemudian menyuakan makanan ke mulutnya. 
Helang di sini, memang akan keluar apabila nampak bot datang, kerana mereka sudah tahu, bot datang membawa makanan untuknya.
Tangkap makanan
Banyak kan helang yang datang menyambar makanan
View yang sangat cantik
Sempat lagi hubby bergambar dengan helang
Ada beberapa cebisan lemak ayam lagi...
Rasa seronok tengok helang-helang ni makan. 
Pantas je mereka tangkap makanan.
Puas tengok helang kami ke next place..
Kemudian, kami di bawa ke Pulau Beras Basah. Pulau ni cantik sangat.
Nanti Anum sambung lepas Raya Haji ya

Dikesempatan ini Anum nak ucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Korban
Berhati-hati di jalan raya ya
Akhiri dengan serakap pantun ya

Pergi ke masjid bersama bapa, 
Diajak bersama rakan dan taulan,
 Selamat hari raya Aidil Adha, 
Salah dan silap harap dimaafkan.
Share:

22 comments:

  1. Bestnyaaaaa anum...rindu Langkawi...
    **Salam Aidil Adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kena pergi lagi
      selamat hari raya haji

      Delete
  2. bestnya
    selamat hari raya juge buat sis

    ReplyDelete
  3. Untung dapat nengok burung helang dekat2

    ReplyDelete
  4. Asalam..memang hebat..selalunya paparan travel yang terbaik..tahniah ya

    ReplyDelete
  5. Asalam..memang hebat..selalunya paparan travel yang terbaik..tahniah ya

    ReplyDelete
  6. SALAM..

    wahh untong laa cuti lamaa =D

    ReplyDelete
  7. Bestnya cuti pjg boleh pegi jalan2, cn ni handbag besaq, jenuh kena plan klu nak bercuti 😉

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat bagi helang makan...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels