Campaigns

Aug 15, 2016

Mak Cik Kepoh, Abang Yang Selfish Serta 5 Karakter Pelik Ini Mesti Ada Dalam Family Anda Kan?

Assalamualaikum semua
Minggu nie sangat BZ ada Exam Jabatan
Anum urusetia Exam
hehe ok sebelum bz meh nak share ngan korang
 Bak kata pepatah ‘air dicincang takkan putus’. Macamana pelik dan teruk pun perangai ahli keluarga korang, mesti rasa sayang tu tak pernah terhapus kan. Macam perhubungan ‘benci tapi cinta’ gitew.
Nah, anum nak kongsi dengan anda semua 7 jenis karakter pelik yang mesti wujud dalam ahli keluarga korang. Ha.. Agaknya korang tu tergolong dalam kategori mana eyh?

1. Si pelawak hambar

Sekurang-kurangnya dia mencuba. Itulah monolog dalaman dalam hati anda setiap kali si pelawak hambar ni cuba mengeluarkan idea-idea yang kononnya kelakar tapi tak menjadi. Malah, korang juga cuba menghalang niat beliau untuk memasuki pertandingan realiti lawak kerana tak mahu dia malu sendiri dan juga ahli keluarga yang lain. Hehe.

2. Makcik kepohci wartawan bergerak

 Anum paling gerun bila makcik-makcik kepohci ni berkunjung ke rumah. Bukan apa, mesti ada cerita panas yang nak dijajanya. Silap haribulan, cerita anum pun terkeluar sekali. Aih.. Risau sungguh!

3. Ahli politik warung kopi

Kalau ditanya, nak kemana? Jawapannya mesti nak ke warung kopi. Agendanya tak lain tak bukan, main dam aji sambil cerita kisah-kisah politik. Aisehman… Hutang dengan tokey warung kopi pun penuh buku, ada hati nak jadi ahli politik? Padamkan jelah hajat tu.

4. Feeling lawa/kacak macam retiss…

 Pening kepala juga kalau nak layan adik beradik berkarakter feeling ‘retis’ sangat ni. Mana taknya, nak pergi pasar malam pun bersiap bukan main lama. Lepastu jalan dengan dia pun punyalah slowsebab nak control ayu. Kalau yang lelaki pula, mesti nak rambut terpacak tegak, baju ketat nampak badan sado. Adeeeh..

5. Si super selfish


Fuh. Ini mungkin karakter yang paling membuatkan ahli keluarga yang lain menyampah gila! Mana taknya, individu berkarakter selfish ni memang tak peduli orang lain langsung, janji lepas diri sendiri.Aipp. Korang janganlah jadi macamni eyh!

6. Kuat berangan macam Mat Jenin


Fuh, kalau dengar orang ni bercerita, memang tak boleh kalah. KLCC pun boleh tumbang. Nak jadi jutawan lah, nak kahwin dengan tuan puteri cantik jelita lah, nak bina rumah banglo la. Tapi, sebijilah macam Mat Jenin, angan-angan je lebih, usaha takda. Tidur je lebih. Ceh.

7. Yang mulia si tuan pengarah

“Angah pergi buang sampah, Achik pergi masak, Alang pergi pasar beli lauk…”. Ha.. macamtulah lebih kurang karakter si yang mulia tuan pengarah ni. Kerja dia mengarah orang, dia duduk goyang kaki macam bos besar. Biasanya yang jadi macamni adalah yang paling sulung. Kononnya ada kuasaveto!

Walaupun mereka berkarakter pelik, namun hati tetap sayangkan?

Macam anum cakap tadi, ikatan kekeluargaan akan tetap utuh walau setiap daripada korang mempunyai karakter yang pelik-pelik. Malah, bergaduh macamana pun tetap tersemat rasa kasih sayang.
Yang penting korang semua bahagia kan
Selamat Hari Isnin yang lemau.. haha

Share:

11 comments:

  1. singgah pagi isnin..
    alamak...x pernah terkaji pulak...hihi..
    so,xtau la setiap ahli family punya perangai..hahaha...
    nanti la nak check...huhu

    ReplyDelete
  2. thihiiii....seronok pulak baca ;) selamat pagi anum!

    ReplyDelete
  3. sangat betul, bila semua karaktor itu bergabung dalam satu rumah surely gamat rumah makpak kita sampai pening diorang nak layan :p

    ReplyDelete
  4. salam..
    hai..yaya singgh melawat..

    dlm fmly ni ad mcm2 perangai tu yg buat jadi lengkap..slh sorang xde pon msti boring..hehe
    yang penting keluarga bahagia...kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 bestkan macam anum big family macam2 ragam

      Delete
  5. yang paling tak best ahli politik... sakit atijer ngalahkansemua orang sama pendirian politiknya...

    ReplyDelete
  6. biasalah namanya pun manusia....Walaupun satu perut macam macam ragam

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels