Jul 21, 2016

SPONTANEOUS THURSDAY #115

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa. Gejala yang dialami oleh seseorang individu dengan individu lain mungkin sama tetapi punca sebenar masalah itu terjadi mungkin berbeza. Angin kebanyakan individu berpunca daripada udara yang ditelan. Apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stres maka dia lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar terhadap makanan yang tidak dihadam. Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana.

Tips Rawatan Masalah Angin

Terdapat beberapa cara rawatan bagi masalah ini. Seseorang penghidap perlu menukar jenis pemakanan seharian mereka, pengambilan ubat-ubatan dan mengurangkan menelan udara.

1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut.

2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindari Makanan Yang Menghasilkan Angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Sorbitol diperolehi secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

Halia adalah herba terunggul dalam memastikan saluran penghadaman lancar dan mempunyai aspek semulajadi yang bisa menyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina sebagai pelengkap kepada halian dengan berfungsi membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan membuang angin dan mengembalikan keselesaan kepada perut.

Share:

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum