Jun 13, 2016

Jom Meniaga Yang Mudah Di Bulan Ramadhan Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam isnin ya..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan kemanisan iman, serta diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya ..
Tadabbur Kalamullah:

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1437H☆

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ * لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)"[Surah Fatir 29-30]

#Allah swt menjanjikan satu perniagaan yg tidak akan rugi dan bangkrap bahkan dibayar dgn ganjaran pahala yg besar serta pelbagai limpah kurnia dariNya. Perniagaan ini ialah perniagaan dgn Allah swt.

#Perniagaan yg disebut dlm ayat ini ialah
1. Orang yg selalu membaca al-Quran
2. Orang yg istiqamah mendirikan solat fardhu dan sunat
3. Orang yg dermawan samada derma secara sembunyi atau terang-terangan

#Bersempena dgn kita berada di bulan Ramadhan maka dituntut serta digalakkan kita meningkatkan bacaan al-Quran dgn khatam dan faham, mendirikan solat tarawih dan witir samada 11 rakaat, 23 rakaat atau 39 rakaat serta berderma harta utk membantu fakir miskin, ibu tunggal dan org yg memerlukan atau dgn menjamu makan orang yg berbuka puasa, moreh atau bersahur. Semua ini adalah kebaikan yg dijanjikan ganjaran yg melimpah2.

#Disebut dlm sebuah atsar:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بن مسعود رضى الله عنه ، أنه قَالَ: ” مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ فَلْيَنْظُرْ، فَإِنْ كَانَ يُحِبُّ الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ “.

“Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Siapa yg ingin mengetahui bhw dia mencintai Allah dan RasulNya, maka perhatikanlah jika dia mencintai al-Quran maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan RasulNya.” (Atsar sahih dlm Syu’ab Al Iman, karya al-Baihaqi)

#Nabi saw bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -متفق عليه.

"Barangsiapa yg mendirikan solat malam di bulan Ramadhan krn keimanan dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu" (Muttafaqun Alaih)

#Nabi saw bersabda lagi:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga" (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi dan Ahmad)

♡Jom kita berusaha utk mendapat keuntungan yg hakiki dgn cara berniaga dgn Allah swt dengan melakukan amal soleh sebanyak2nya terutama di bulan Ramadhan dan semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur dgn segala nikmat yg dikurniakanNya♡

Share:

22 comments:

  1. Mudah, saling ingat mengingati lrbih mudah. InshaAllah. Thanks anum for sharing :)

    ReplyDelete
  2. salam. thanks info ni, sangat bagus

    ReplyDelete
  3. singgah sini..nice sharing..

    ReplyDelete
  4. saling mengingatkan antara stu sama lain..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Anum perkongsian ini,,,

    ReplyDelete
  6. in sha Allah moga tergolong dalam golongan disebut..perkongsian yang bagus anum

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum