Campaigns

Jun 1, 2016

2nd Wedding Anniversary Part 15

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini kita smabung lagi entry Lombok ya
Jangan boring2 baca entry Anum ya
Lombok tidak hanya menyimpan sejuta pesona alamnya, tetapi juga kerajinan tenunnya. Jika berlibur ke Lombok, sempatkanlah datang ke Desa Wisara tenun khas Lombok, Desa Sukarare. Di sana, Anda boleh melihat kain tenun Lombok dan cara pembuatannya.
Desa Sukarare merupakan salah desa sadar wisata tenunan yang ada di Lombok, selain Desa Sade dan Desa Banyumule. Sukarare terletak di Kabupaten Lombok Tengah Kecamatan Jonggat, Lombok. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Bandar International Lombok.
Di Desa Sukarara ini, Anda akan menemui wanita-wanita yang bekerja sebagai penenun. Dahulu terdapat sebuah mitos bahwa apabila kaum pria mengerjakan tenenunan, maka pria tersebut akan mandul. Namun lambat laun mitos itu mulai ditinggalkan. Dan pada saat sekarang, Anda akan menemui beberapa pria yang juga bekerja sebagai penenun. Biasanya, para pria mengerjakan Tenunan ikat, sementara kaum wanita mengerjakan Tenunan Songket.
Sejarah dari zaman dahulu, semua anak dara di kampung ni PERLU PAKAR DAN MAHIR dalam tenunan. Dah mahir dalam tenunan yang dibuat, baru boleh menikah. Tenunan tu lah yang dipakai masa nikah.  Bila dah pandai tenun, dia akan diculik jejaka yang sorang ahli keluarga pon tidak tahu kemana anak dara itu pergi.  Anak dara itu disorokkan di rumah keluarga lelaki ( atok atau saudara mara). Kalau jejaka tu mintak permisi konfem kene tolak. So bawak la lari. Itu pemahaman aku la, then baru boleh depa bernikah dan pakai tenunan yang depa siapkan tu.
Setiap rumah ada alat tenunan ni ok. Setiap rumah. Ok kalau korang singgah, korang pakai lah baju tenunan, kami cuba jugak contoh kain tenunan dan korang bagilah tips. 
Jangan pakai terus cabut dan balik.  Kesian depa, depa bukan senang hehe.
Promosi jap
Cantik2 tau hasil tenunan mereka
Macam2 design ada tinggal korang nak pilih shj :)
Welcome :)
Sebelum balik, kami bergambar di contoh kediaman penduduk sasak. 
Mana yang dah renovate jadi batu tu tak dah dah la macam ni hehe~
Ini betul2 tradisional tau
  Jemput masuk ke rumah baru kami, hehe
Cantik kan 
Habis bergambar masuk semula ke dalam kedai
Ada gaya tokey kedai x..
Ok habis  di sini kami meneruskan perjalanan kami ke ... nak tau ke mana nanti petang sambung ya


Share:

14 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum