Campaigns

May 27, 2016

# 2nd Wedding Anniversary # Anniversary

2nd Wedding Anniversary Part 10

Assalamualaikum semua
Korang semua dah makan ?
Ok nak sambung lagi entry ya
Kg. Sasak ni terdiri daripada penduduk yg suku kaumnya Sasak. Org nya kecil kecil je ok. 
Rumah dorang dalam kampung ni di bina dari tahi sapi. Diorang jugak di galakkan utk kahwin dengan penduduk satu kampung utk membolehkan dorang stay kat kampung ni. 
Jom Anum bawak korang masuk ke kampung 
sebagai kenangan sudah sampai ke sini
Kebetulan semasa kami sampai ada satu persembahan dan pertandingan antara orang2 kampung
Kalau kahwin org luar pun takda masalah, tapi kena duduk tempat lain lah. 
Adat bawa lari bakal pengantin perempuan mmg wujud ok. Tapi esok nya balik kampung balik lah. Dia di kira mcm hero lah kalau dapat bawa lari cewek yang nak di kahwini tu.
Kg. Sasak, Sade
Ini adalah orang yang paling tua di kampung ini berumur 108 tahun, masih sihat lagi
Rata rata kaum wanita kat sini menenun. 
Masih menggunakan manual utk menghasilkan benang
Sangat klasik
Dari kapas menjadi benang
Kapas telah bertukar ke benang
awek lombok...
Kain tenun 2 meter & selempang, dalam lingkungan IDR 175,000 ke IDR 200,000. Kalau tak nak selempang, boleh dapat dalam IDR 150,000. Sempat jugaklah kami grab sorang satu. Tahun ni raya tema Tenun Sasak lah kami. Hehe..
Kami diberi peluang utk masuk ke dalam rumah kediaman mereka
Kehidupan di sini sangat susah, menurut bapak yang membawak kami, sebelum kerajaan bantu mereka semua anak2 tidak ke sekolah.
Bekalan air dan api juga tiada. Tetapai selepas bantuan kerajaan mereka sudah mempunyai bekalan air dan api. Cuma bagi penduduk disini mereka masih menggunakan cara tradisional kerana sudah terbiasa. Bagi mereka cahaya lampu membuatkan mata mereka silau...
Bila kami masuk ke kawasan dapur, timbul rasa sedih melihat kesusahan mereka
masih lagi memasak dengan cara yang lama.. 
keadaan dapur rumah mereka
Hubby nak cuba memasak la tue
Penerangan yang sangat jelas dari bapak ini, oh ya kalau korang nak masuk ke kampung sasak ini korang wajib menggunakan perkhidmatan bapak2 ini kerana orang luar tidak dibenarkan masuk tanpa pengawasan mereka ya.
Rumah2 mereka sangat kecil.. memuatkan ramai ahli keluarga...
Membeli sambil membantu anak2 kecil 
Biasanya tradisi membersihkan rumah dengan limbah sapi atau kerbau ini dilakukan sebulan sekali oleh kaum perempuan suku sasak yang telah berkeluarga. 
Tidak hanya untuk membersihkan lantai dan dinding rumah, suku Sasak pun memanfaatkan kotoran haiwan ini sebagai bahan untuk campuran membuat lantai , fungsinya hampir sama dengan semen iaitu sebagai bahan perekat agar rumah menjadi lebih tahan dan tidak mudah retak.  
ini la kehidupan mereka 
Punca utama pendapatan mereka adalah menanam padi, hasil padi akan dibahagi sama rata utk satu kampung makan.
Masjid terbaru dalam kampung sasak, hasil bantuan kerajaan
Besar dan selesa utk mereka.. ok next  Perjalanan di teruskan ke Tanjung Aan.
 Next week Anum sambung ya.. Happy Weekend semua

6 comments:

  1. Bagus Anum jalan2 tempat orang jarang pergi boleh menambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. wahhh anum...bagus la entry nie! akak suka sangat..kalau awak tak cerita akak tak tahu benda benda nie..lagipun tak tau keadaan kat sana tu macam mana..bagus la korg nie.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum anum
    lama akak tak singgah sini
    btw happy anniversary ya

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/