Campaigns

Apr 5, 2016

Makanan Bentuk Akhlak

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share dengan korang semua mengenai makanan yang membolehkan akhlak yang baik
Mendidik anak yang mulia merangkumi semua aspek termasuk menjaga pemakanannya. Makanan yang diberi kepada anak akan mengalir dalam darah dagingnya.

Membentuk peribadi anak yang mulia menjadi keutamaan semua ibu bapa pada masa kini. Tahukah anda bahawa apa yang dimakan setiap hari akan menjadi darah daging kita seterusnya membentuk keperibadian diri.

Bayangkan jika makanan yang kita telan itu tidak pasti kehalalannya, maka bagaimana ia dapat membentuk hati yang bersih. Hati yang bersih memudahkan seseorang itu menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya ke arah jalan diredhai Allah SWT. Ramai umat Islam hari ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi tetapi gagal menjadi Muslim sejati.

Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci.
Jadi bagaimanakah penerimaan Allah SWT terhadap ibadat serta doa kita sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita? Maka pemilihan makanan perlu diambil perhatian kerana kini umat Islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan oleh orang bukan Islam.


 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”
Hati yang gelap

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.

 Di sini kita melihat betapa prihatinnya baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram masuk ke dalam perut mereka.
 Anak-anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah yang bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Pada peringkat ini, pembentukan peribadi mulia ke dalam jiwa anak amat penting agar mereka terdidik dan membesar sebagai anak yang soleh.

 Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah SWT. Penyakit hati seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi mudah hinggap pada mereka yang gelap hatinya.

 Maka, setiap Muslim berkewajipan memastikan makanan yang diambil memenuhi kehendak syarak agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.  Ibu bapa wajib menjaga pemakanan anak masing-masing agar mampu melahirkan seorang Muslim yang beriman.

Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels