Campaigns

Mar 22, 2016

The Berkelah Waterfalls Part 1

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share tentang Air Terjun Berkelah
Last week kami sekeluarga berkelah di Air Terjun Berkelah
 Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. 
 Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun.
 Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
 Sebelum apa2 terjadi kita kena baca papan tanda ya
Menurut sumber yang Anum dapat, sungai dan air terjun ini dinamakan “Berkelah” disebabkan terdapat spesies ikan kelah yang telah menjadikan sungai tersebut sebagai habitat tetapi spesies kelah ini telah mengalami penurunan yang teruk, dan kini boleh diklasfikasikan sebagai spesies terancam. 
 Untuk sampai ke Air Terjun korang harus tracking selama 1/2 jam
 Akhirnya kami sampai ke kawasan Air Terjun 
 Pemandangan yang sangat cantik
Mesti ada yang tertanya-tanya, “Bagaimana nak datang ke Hutan Lipur Berkelah ni?”.
 Jarak daripada pintu masuk Hutan Lipur Berkelah ke tapak perkhemahan rasanya lebih kurang 1 jam perjalanan dengan menyusuri laluan bersimen hinggalah ke laluan hutan untuk ke tapak perkhemahan di kolam 2. 
Laluannya bagi aku tidaklah susah pun tetapi kitaorg terpaksa melintasi batu-batu besar dan sedikit laluan sungai.
Penat bermain air kami makan jap
 Info kedalaman kolam yang Anum dapat .
1. Kolam 2 – Kedalaman kolam sehingga 4 meter.

2. Kolam 5 – Kedalaman kolam sehingga 6 meter
3. Kolam 7 – Kedalaman kolam lebih daripada 7 meter sebab Abg Anum dah menyelam hingga 7 meter tapi masih tak nampak dasar kolam.

 so kami hanya di Kolam 2 memandangkan my mom pun follow
 Hubby memang sangat teruja la
 My Mom pun mandi tau, alhamdullilah di usia 68 tahun masih kuat dan sanggup join anak2 utk ke air terjun yang mengambil masa yang lama . Syukur sangat2
 Anak saudara pun ada nama pun berkelah bersama family kan
 Next time kalau pergi group muda2 kami akan sampai ke Kolam 7
 Dah dia bertapa plak
 hahhaa macam2 style utk menghayati alam semula jadi nie
along dah macam orang asli je..
ada banyak lagi gambar esok kita sambung ya
Oh ya Anum sertakan alamat sekali ya

Lokasi:
45 km dari Bandar Maran dan 45 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Maran-Kuantan. Hutan Lipur Berkelah terletak di dalam Hutan Simpan Berkelah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
Pegawai Hutan Daerah Kuantan / Pekan / Maran
Bukit Sekilau,
25200 Kuantan, Pahang
Tel. :09 – 5133 236
Share:

10 comments:

  1. ada tempat bermalam ke kat situ>>best nya air terjun..cuaca panas2 ni kalau berendam sehari pun tak puas ..kan??

    ReplyDelete
  2. singgah pagi♥
    nieyl baru je plan nak pergi berkelah kat sungai awal bulan 4 ni.. :)

    ReplyDelete
  3. seronok dapat berkelah..dengna cuaca panas sekarang ni..syok berendam

    ReplyDelete
  4. ooo...kuantan rupanya..jauh bebenor/

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum