Mar 3, 2016

SPONTANEOUS THURSDAY #106

Assalamualaikum semua
Selalunya, kita akan cuba melarikan diri daripada penjual jalanan kan? Kita anggap bahawa mereka akan memaksa kita untuk membeli barangan jualan mereka.

Namun, kisah yang dikongsi oleh Muaz Aziz ini membuka mata kami bahawa penjual jalanan ini juga mempunyai hati dan perasaan…..

“saya tidak mahu mek “
(sekadar gambar hiasan)
Saya jawab sambil senyum di dalam kereta ketika mak cik berdarah patani ini datang ketuk pintu kereta saya Biasanya memang yang menjual keropok ikan tanpa kedai ini harganya 2 kali ganda dari biasa .

Kebanyakanya mereka menunggu di petrol pump, di tepi tepi bank, luar pasaraya. Pagi dihantar van, balik tengah malam dijemput van. Saya dan isteri baru pulang dari hospital selayang cek darah untuk baby kuning , singgah di giant batu caves beli barang dapur.

Mak cik itu minta bukak pintu berkali2, dalam hati saya sudah mengeluh kenapa dia tidak faham yang saya tidak mahu. Saya menggeleng tanda tidak mahu sambil buat buat melayan handphone

” mok cik nak bagi ini pada anak ni ” Sahut mak cik ini dari luar pintu kereta saya sambil menunjukan beberapa not rm1 yang berlipat2 kearah baby kami dipangku isteri.

Silap Andaian..

Ya Allah, begitu sekali silap andaian saya kepada beliau Isteri saya membuka pintu menghulurkan tangan bersalam dan menerima hadiah dari orang tua ini
Sambil dia mengusap kepala si kecil dia menadah tangan berdoa tanpa suara. Terus dia menjinjing kembali beg plastik penuh dengan keropok ikan berlalu pergi

” abanggg..” isteri saya menegur ..” kesian lahh ” sambungnya lagi Terus isteri saya bukak tingkap panggil mak cik tadi. ” mak cik, keropok apa ada ? ” soal puan isteri .” eh, mok cik bagi duit tu bukan nak suruh anak beli, mok cik bagi sedekah tu .” Jawabnya serba salah, takut kami salah anggap ” tidak, memang mahu makan keropok ikan parang. Ada tak? ” soal isteri saya menghilangkan gelisah mak cik ini. ‘Terima kasih ya.alhamdulillah .’ jawab mak cik ini panjang, sekali lagi dia melihat si kecil dan berlalu pergi mencari rezeki yang dijanjikan

Saya terdiam didalam kereta, banyak kelodak dalam jiwa perlu dibersihkanm . Saya lupa mak cik itu juga wanita dan ibu, ada perasaan sayang dengan anak2 kecil,

walaupun duit jualan banyak margin untungnya pada orang atas ,bukan makcik ini sendiri . Kita sebagai manusia dan muslim belikan lah air minuman, atau roti alas perut untuk mereka.

Mungkin juga lamanya dia datang ke bumi malaysia meninggalkan anak,cucu mencari rezeki sehinggakan rindu pada anak kecil tida tertahan. Sekali lagi peringatan buat saya, jangan penat memberi..
Share:

18 comments:

  1. Anum......
    nieyl menangis baca entry nie...
    Ya Allah...sungguh teruk andaian kita kan...

    ReplyDelete
  2. Betul dulu pun anak dapat duit raya tiba2 kat mall, terkejut juga pakcik mai dekat sangat rupanya bulan puasa nak bagi kat anak syurga, kita tak perasan thanks anum for sharing

    ReplyDelete
  3. ya Allah, kita selalu bersangka2 dengan orang kan..")

    ReplyDelete
  4. Ada juga yg baik hati...selalu gak salah sangka..

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang ini adalah masalah perspeksi kita... akibatnya selalu kita bersangka-sangka...

    ReplyDelete
  6. subhanallah.. mulianya hati makcik ni.. #touching..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum