Assalamu'alaikum
& Salam Sejahtera...
Artikel motivasi ini menjelaskan pengertian atau definisi serta kepentingan dan
keajaiban keyakinan diri di samping menjelaskan sebab-sebab serta tanda-tanda
ketidakyakinan diri seseorang.
Pengertian / Definisi Keyakinan Diri
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah
kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta
segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi setiap halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan,
banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda
terhadap keupayaan diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan
untuk anda.
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. Fikirkan anda boleh atau
fikirkan anda tidak boleh, kedua-duanya adalah betul. Fikirkan hal-hal yang
hebat, dan anda akan menjadi hebat. Seperti kata Mahatma Gandhi:
"Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi dari apa
yang dia fikir."
Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
· Keyakinan diri terhadap Tuhan dan
keesaanNya
· Keyakinan terhadap diri sendiri
· Keyakinan diri sendiri terhadap orang
lain
· Keyakinan orang lain terhadap
diri sendiri
Sebab-Sebab Utama
Ketidakyakinan Diri
· Tidak mempunyai matlamat yang
jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
· Tidak mempunyai prinsip hidup
yang mantap
· Kurang pengetahuan, pengalaman
dan pendedahan
· Kurang kemahiran dan persediaan
· Suka bergaul dengan orang-orang
yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
· Kemiskinan akibat kurangnya idea
serta Sains Kejayaan Hidup
· Berpenyakit kronik atau badan
kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda
Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum
Risau dan kelihatan risau
Gugup dan kelihatan gugup
Kurang berinteraksi
Malas bekerja atau
berusaha
Cincai dan kelihatan selekeh
Suka meminta-minta
Mudah putus asa
Suka gossip dan mengumpat
Defensif dan cepat marah
Mudah atau suka berbohong
KEAJAIBAN KEYAKINAN
DIRI
Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin
dan cemerlang.
Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada
umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis,
amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus
mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang
amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang
bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan
tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada
sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea
tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan
dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali -
seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah
yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera
Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi
harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas
berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut
itu!
Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah
menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan
dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk
menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi
peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi
tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang
arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada
tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera
Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!