Campaigns

Jan 18, 2016

# Sharing # Suka-suka

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

Assalamualaikum semua
Isnin je mesti lemau kan
meh Anum nak bukak mata korang yang ngantuk setelah pekena sarapan kan
Anum nak kenalkan korang dengan 8 Chef Wanita paling hot
chef
Pandai memasak adalah salah satu gaya tarikan yang ada pada seorang wanita. Tahukah anda dengan menghidangkan satu makanan yang lazat dapat buat seseorang lelaki itu cair dan jatuh cinta pada anda? Confirm diorang takkan cari yang lain dah.
Ini sebab jika suami atau boyfriend anda lapar, anda boleh masak makanan yang sedap dan mereka akan lebih sayangkan anda. Untuk menajamkan lagi skill masakan anda, apa kata kita lihat 8 chef paling cantik di dunia yang anda boleh jadikan inspirasi!

1) Farah Quinn

Screen Shot 2015-09-09 at 3.17.52 PM
Farah Quinn merupakan tukang masak yang paling terkenal di Indonesia dan juga di dunia. Petah bercakap dan mempunyai rancangan masakan sendiri. Farah Quinn juga merupakan seorang ibu.

2) Cat Cora

Screen Shot 2015-09-09 at 3.21.10 PM
Cat Cora antara salah satu chef yang berjaya di dunia. Mempunyai gelaran Bachelor of Science di bidang Fisiologi dan Biologi di University of Southern Mississippi dan Culinary Institute of America di Hyde Park, New York.
Cat Cora juga mempunyai sebuah restoran di Singapura yang bernama “The Ocean Restaurant at the S.E.A. Aquarium”, restoran ini mempunyai 63 buah kerusi di dalam akuarium terbesar di dunia dan pengunjung di restoran pemandangan satwa laut dari setiap meja.

3) Anis Nabilah

Screen Shot 2015-09-09 at 3.22.16 PM
Mula jatuh cinta pada bidang masakan bila dia sering melihat dan membantu ibunya memasak. Anis Nabilah mempunyai kelulusan diploma dalam Food Institute of Malaysia. Anis juga sering kali muncul dalam rancangan di televisyen Malaysia. Terbaru, Anis juga merupakan jurucakap kempen Dugro bagi memberi inspirasi kepada para ibu untuk menyediakan hidangan LEBIH LAGI nutrisi kepada Si Manja mereka.

4) Giada de Laurentiis

Screen Shot 2015-09-09 at 3.05.13 PM
Memulakan bidang masakan ketika belajar di akademi memasak Le Cordon Bleu di Paris. De Laurentiis sememangnya meminati bidang masakan dari kecil lagi. Sekarang ni de Laurentiis tengah giat terlibat dalam pelbagai acara masakan di stesyen televisyen di Amerika Syarikat.

5) Rachael Ray

Screen Shot 2015-09-09 at 3.27.05 PM
Rachael Ray antara chef paling top di dunia masakan kerana mempunyai rancangan masakan di atas namanya sendiri. Selain itu, Rachael Ray juga mengendalikan rancangan masakan di saluran Food Network, (30 Minutes Meals, Travels Tasty Rachael Ray dan $40 a Day).

6) Ezani

Screen Shot 2015-09-09 at 3.31.27 PM
Ezani merupakan pemenang Matserchef Malaysia musim yang pertama. Handal masak terutamanya dalam bahagian menyediakan pencuci mulut.

7) Nigella Lawson

Screen Shot 2015-09-09 at 3.34.20 PM
Nigella Lawson mula terkenal dan jadi buah mulut orang ramai bila popular melalui rancangan televisyen “Nigella Bites”. Nigella telah memenangi sebagai Guild of Food Writers Award pada tahun 2005 dan hingga ke hari ni buku masakannya telah terjual sebanyak 3 juta naskhah.

8) Candice Kumai

Screen Shot 2015-09-09 at 3.37.02 PM
Candice Kumai adalah seorang tukang masak dari Amerika Syarikat. Candice merupakan salah seorang juri dalam rancangan masakan popular di sana iaitu Iron Chef Amerika. Selain itu, Candice juga telah menjual buku masakan yang mendapat sambutan hangat dari orang ramai.
So apa lagi korang jom contohi mereka ini
baru la suami sayang kita, hehe

(Hari ini ada event , terima kasih pada yang sudi singgah blog Anum ya
BZ DAY)

24 comments:

  1. Nieyl selalu tgk program anis nabilah nie..
    penah skali jugak try resepi diaa..not bad...:)
    cantik kan diaaaa....kecik molek...

    ReplyDelete
  2. kan..akak suka tgk sebahagian dr rancangan diaorg nie

    ReplyDelete
  3. dah la cantik,pandai masak..pakej tuh..heheh

    ReplyDelete
  4. suka tengok slot rachel ray, ringkas tapi menarik

    ReplyDelete
  5. selalu tengok anis nabilah.. farah quin x pnh tgk dia masak

    ReplyDelete
  6. cantik la farah quin tu...i like...

    ReplyDelete
  7. Farah Quin tu seksi orang nya..pernah tengok satu rancangan masakan dia dulu..macam2 yang bergoyang bila dia bergerak masa memasak..seksa menonton nya..hehe

    ReplyDelete
  8. La.... baru tau Farah Quin tu chef

    ReplyDelete
  9. Farah quinn memang hot dan sexy...

    http://qiyasaad.blogspot.my/2015/12/gold-giveaway-1-by-qiya-saad-powered-by.html?m=1

    ReplyDelete
  10. Farah quinn memang hot dan sexy...

    http://qiyasaad.blogspot.my/2015/12/gold-giveaway-1-by-qiya-saad-powered-by.html?m=1

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/