Jan 8, 2016

Holiday @ Ipoh Perak 2015 Part 8

Assalamualaikum semua
Korang kemana lunch tadi?
Anum lepak office , malas nak keluar
Ok jom kita sambung entry Ipoh ya
 Kellie’s Castle atau dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan juga pelbagai misteri yang masih menyelubungi disebalik kewujudan istana lama ini.
 Lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah. 
 Peta produk pelancongan sekitar Batu Gajah, ada banyak tempat2 yang menarik dan bernilai sejarah tau
 Kemudahan yang tersedia
 Kalau korang nak tahu, Kellie’s Castle ni dulu memang tak dapat dilihat daripada jalan besar kerana tersembunyi disebalik pokok dan lalang yang tinggi.
 Pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM2 bagi kemudahan parkir di dalam Kompleks Kellie’s Castle tapi jangan risau yer, ada juga parkir yang percuma disediakan di belakang kompleks tersebut.
 Untuk warga negara Malaysia dikenakan bayaran tiket masuk sebanyak RM 5 (Ringgit Malaysia), sedangkan bagi para wisatawan mancanegara dikenakan bayaran tiket masuk sebanyak RM 10.
 Mari Anum bawak korang masuk ya sambil2 korang baca kisah di sebalik bangunan bersejarah ini
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. 
 Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
 Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal.
William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. 
 Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
 Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya
 Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya
Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. 
 Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.
 Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing.
Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. 
  Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi 
Hindu tidak jauh dari rumah utama.
  Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini.
  Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya.
  Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.
 Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak parkir kereta telah dibina Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.
 Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. 
Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt.
 Korang boleh zoom utk lihat lebih dekat ya
 Sejarah Kellies Castle
 Senibina sangat mengangumkan kepada setiap pengunjung yang sampai ke sini
Pandangan dari bawah
Betul2 istana yang penuh dengan sejarah dan misteri
 Masih kukuh berdiri dengan tegaknya
 Tapi betul tau masa kami mula2 jejak kaki ke dalam istana nie ada satu perasaan misteri
Ok lebih details korang boleh singgah ke sini kalau dah sampai ke negeri Perak ya

Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari).
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

No. Tel.   : 05-3668198
Contact person:  En. Tajuddin  : 019-505 0050
                             En. Harris       : 019-449 5886
Email : aqfast_kelliecastle@yahoo.com

 
Share:

22 comments:

  1. Banyak kali lalu di sini, tapi belum pernah singgah lagi...

    ReplyDelete
  2. antara tempat sejarah yang teringin sangat aku nak pegi...
    tapi tunggu jr besar sikit...sbb kalau kecik2 dah bwk masuk sini, takut lain pulak jadinya...huhu...

    ReplyDelete
  3. wow ada mistri ke disini
    mcm best je kan anum

    ReplyDelete
  4. akak suka baca entry ni... menyeluruh dan terperinci... rasa treu nk pergi ja... habatnya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin terus perkasa, kukuh dan teguh bangunan ni...

    ReplyDelete
  5. Selalu juga lalu sini bila nak ke Lumut. tapi tak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
  6. Cantik tempat ni. Nanti nak singgah sekali merasa.

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti-cuti kak hanum. Suka jalan-jalan yea.

    ReplyDelete
  8. Bagus info yg anum beri..
    Tahulah akak serba sedikit sejarahnya.

    ReplyDelete
  9. dulu tahun 1998 pernah lalu depan kellie ni nampak anjing putih besar sangat,takut betul mungkin untuk jaga dari orang masuk kot,tapi time tu memang rase lain macam je tengok istana ni.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts