Campaigns

Jan 7, 2016

Holiday @ Ipoh Perak 2015 Part 5

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Hari ini Anum masih di entry yang sama JJCM Ipoh
Jom ikuti entry selanjutnya ya
 Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. 
 Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. 
 Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.
 Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).
 Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.
 Cantik kan rumah2 tradisional Perak
 Macam2 jenis rumah tradisional ada di sini
 Korang semua boleh masuk dalam rumah untuk melihat lebih dekat 
 Bestnya dengan di kelilingan gunung dan suasana hijau nie
 Kami amik kesempatan la kan utk bergambar
 Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).
 View from Jeti
 Oh ya kalau nak ke sini jangan lupa beli makanan ikan ya
 Korang bleh bagi makan ikan2 
 Besar2 tau ikan kat sini , hubby kata kalau dapat mancing nie syok :)
 Perjalanan balik ke seberang dengan menaiki bot, masa nak datang tadi lupa nak snap gambar
 Harga untuk naik bot RM3.00
  Santai kan 
 kami memang suka kan kehijauan semulajadi ini
 Hijaunya rasa geram nak terjun je
 Layan je la gambar2 kami semasa menaiki bot ya
 Gunung lang yang sangat indah 
 Burung bangau pun ada 
 Dah nak sampai da, dekat je lebih kurang 8 minit je naik bot nie
  Pemandangan dari dekat
 Cantik kan konsep berlatar belakangkan gunung dan dihujani air terjun
 Masa kami datang kaunter tengah renovation tp x pe mereka ada sediakan khemah putih kat belakang Anum nie, so korang bleh beli tiket kat sini ya  
 Selesai penjelajahan kami ke Gunung Lang
 ala gelap plak gambar nie
 gambar Anum terang hehe, comfirm hubby marah nie :)
ok jom kita terjah tempat lain plak
sebelum tue sempat lagi sambar aiskrim
untuk memudahkan korang sampai ke sini Anum sertakan alamat ya

Taman Rekreasi Gunung Lang 
Jalan Damai,
30100 Ipoh,
Perak, Malaysia

Sambung petang ya

Share:

36 comments:

  1. Lama x singgah Ipoh
    Selalu pi taiping or bukit merah jer😁

    ReplyDelete
  2. Rumah tradisional semuanya nampak unikkk

    ReplyDelete
  3. cantik2 semua gambar, syok boleh jalan2

    ReplyDelete
  4. kenapa la tak tau ada tempat cantik kt sini...bf orang sini pn tak pnh bgtau...hhuhuhu

    ReplyDelete
  5. jauh perjalanan, luas pengetahuan ;)

    ReplyDelete
  6. Kdg² kan anum..
    nieyl terfikir..mesti dalam folder penuh gambar korang kan...
    kalau nieyl,satu tempat 2 3 keping je..huhu...
    sebab en.husband bukan jenis yang suka bergambar ..:)

    ReplyDelete
  7. pernah pergi sini,budak2 dah nampak playground itu je la terjah dulu

    ReplyDelete
  8. dok lalu tepi highway tu singgah nye tak pernah pun hahaha..
    ok tempat ni cantik.. nanti bebila lencong la kejap..

    ReplyDelete
  9. lama yui x p sana.. bot pun cggih dh tu dri dlu..hihi

    ReplyDelete
  10. wahhhh. bestnya. in shaa Allah ada rezeki nnt nak pegi. heee. btw, i love this blog n follow sekali#860.such a good entry.

    ReplyDelete
  11. Antie dah dkt tu dgn tmpt tuition aqil..
    Aqil pun suka g sini hujung2 mggu dulu..
    Bg mkn ikan2..
    Tp skrg ni ibu ayah jarang bawak lg dh..
    Sobssssssssss!!

    ReplyDelete
  12. Xpenah sampai lg.hopefully one day

    ReplyDelete
  13. Gunung Lang ni 10 minit je dari rumah akak anum.... hehehehe.... awatlah tak bgtahu nak datang...boleh bawak jalan2 keliling Ipoh.... Nanti ada rezeki nak dtg lg bgtahu ok... =))))

    ReplyDelete
  14. dah pergi gunung lang,memang cantik n rilek je santai2 kat situ,ade org jual makanan jugak :),santai2 memang bestlah :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels