Jan 6, 2016

Holiday @ Ipoh Perak 2015 Part 3

Assalamualaikum semua
Selamat pagi, sarapan apa korang semua td?
Ok hari ini masih di entry Ipoh
Jom kita sambung lagi ya
kena update cepat2 nak pergi perhimpunan bulanan jabatan :)
 Hotel pilihan kami utk penginapan 3 hari 2 malam.
 WEIL Hotel terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, sebuah hab transit di mana para pelancong tempatan dan antarabangsa, pengunjung atas urusan kerja serta keluarga yang dalam perjalanan ke utara, timur ke barat dan ke selatan serta pengembara antara bandar berkumpul. 
 Hotel ini yang baru sahaja beroperasi pada penghujung tahun lepas, kini mula menjadi sebutan ramai dek kerana lokasinya yang strategik dan idea reka bentuk yang ringkas bercirikan moden bagi memberikan kepuasan maksima kepada pengunjung.
 Selain itu, hotel mewah ini turut mempunyai akses pengangkutan yang mudah. Dihubungkan dengan keretapi ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia, hotel ini berhubung dengan rangkaian pengangkutan yang sangat baik untuk menarik para pengunjung dari Malaysia sehingga Asia. 
 Tarikan & Keistimewaan WEIL Hotel
Konsep moden kontemporari yang diketengahkan mencuri perhatian pengunjung sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini. 
 Kami sendiri sukakan konsep hotel ini yang urban, namun masih menetapkan konsep ringkas dan santai.
 Semasa proses check in 
 Hubby macam biasa la menjalankan tugas sebagai jurukamera :) 
 Rest sementara menunggu bilik kami siap
 Suasana yang sangat santai
 Jom kita ke cafe di tingkat 1
 View daripada atas, menarik bukan :)
 Sementara menungu bilik siap kami ke tea lounge utk menikmati minuman percuma utk para pelanggan yang datang ke sini :)
 Antara hidangan yang disediakan di sini
 Sangat luas cafe nie
 Cantik kan konsep yang direka khas
 semua sudut kami snap gambar, nama pun blogger harus la kan
 Tea Bar 
 Show from my hubby hehe
 Lagu Anuar zain katanya 
 Memang puas hati 
 Settle minum tea kami kembali ke lobby
 Pilihan restoran yang terdapat di sini pula termasuk Restoran Sepanjang Hari – TIFFIN yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, Restoran Cina – Yuk Sou Hin yang menampilkan masakan Kantonis, Tea Lounge dengan pelbagai pilihan teh, makanan ringan dan English Tea-Time serta bar gastro – The Deck di aras bumbung yang membolehkan para pengujung menjamu selera dengan pemandangan yang menakjubkan.
Pengunjung juga dapat menikmati keistimewaan WEIL Hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade. Di sini, anda boleh membeli-belah, menonton wayang dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama yang tersayang, selain daripada menginap di bilik hotel yang cukup selesa.

Paling penting, WEIL Hotel menawarkan percutian berkonsepkan moden kontemporari dengan lokasi strategik yang menghubungkannya dengan pelbagai lokasi terkenal dan menarik seperti pelbagai bangunan zaman penjajahan, kuil gua batu kapur, taman rekreasi, kedai makan klasik, bangunan lama dengan ‘street art’ yang menarik dan pelbagai lagi dengan akses yang mudah ke pelbagai tempat pelancongan di bandar-bandar berhampiran. so apa lagi korang tunggu, kalau ke Ipoh menginap la di sini ya. Anum sertakan alamat utk kemudahan korang nak cari ya :)

WEIL Hotel  
 292, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh,
Perak, Malaysia
Phone:+60 5-208 2228


Share:

16 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum