Jan 5, 2016

Holiday @ Ipoh Perak 2015 Part 2

Assalamualaikum semua
Selamat petang, korang dah lunch ke?
Ipoh, sebuah bandaraya yang pesat membangun tetapi masih kaya dengan unsur semulajadinya. Terletak di antara gunung-ganang,  melihat bangunan pencakar langit di bawah pemandangan hutan yang menghijau dan langit yang membiru. 
 Warga mudanya dinamik dan giat membuka perniagaan yang hip sesuai untuk pelanggan seusia dengan mereka. Ikuti sebab kenapa kami memilih Ipoh sebagai bandar paling hipster dalam Malaysia.
 Bergambar di Dewan Bandaran Ipoh sebagai kenangan
Pada sebelah pagi tempat ini menurunkan pengguna kereta api dan merupakan antara laluan untuk Tren ETS. 
Pada sebelah malam pula di sekitar kawasan Stesen Kereta Api lebih hidup dan sangat meriah kerana menjadi tempat tumpuan pelancong atau penduduk ipoh untuk beriadah antara aktiviti yang menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade terutama pada hujung minggu
 Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal.  
lokasi Taj Mahal Ipoh terletak di Stesen Kereta Api Ipoh @ Ipoh Railway Station yang dimiliki oleh Stesen kereta Api Tanah Melayu yang masih berfungsi dan digunakan sehingga sekarang. 
 Dekat Ipoh nie memang terkenal dengan lukisan, jalan skit jumpa
 Jejak Warisan 
  Hubby memang suka amik gambar belakang, hehe
 Motif amik gambar dekat wall nie sebab sangat cantik ok
Misi pertama kami adalah mencari karya mural yang kini menjadi tarikan Ipoh Lama. Karya yang diilhamkan oleh Ernest Zacharevic memperkenalkan tujuh lukisan mural dinding, sempena projek ‘Art of Oldtown’ dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, di dinding rumah kedai sekitar Pekan Lama Ipoh. Karya ini dipaparkan di tujuh lokasi berbeza di pekan Ipoh.
 1. Hummingbird
 2.Evolution
 3. Kopi O
 4. Girl
 5.  Pakcik Old Town Cafe
 6. Paperplane
 7. Trishaw
 Horeyyyyyyyy misi tercapai, bersungguh kami mencari ok :)
Tunggu  apa lagi? Jika anda tiada aktiviti hujung minggu ini, apa kata anda lawati kesemua 7 lukisan Ernest di Ipoh ini. Kalau kurang jelas di mana lokasinya, anda boleh rujuk peta di cafe Old Town White Coffee cawangan Ipoh Padang. 
 Senyum kegembiraan, selesai misi kami perut dah berbunyi  jom JJCM
 Untuk lunch hari ini kami memilih Restoran Sabar Menanti
 Bermacam jenis lauk pauk serta sayuran tersedia utk anda
Boleh tahan sedap makan dekat sini tau, kalau korang nak cuba Anum kasi details ya
Menu pilihan kami, yang simple sahaja

Restoran Sabar Menanti 
Jalan Kompleks Sukan,
31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Phone:+60 5-548 1563

Selesai makan kami nak ke Hotel , Hari ini nak check in hotel lain selama 2 malam
Nak tau hotel pilihan Anum jom..
Nanti kita sambung ya

Share:

30 comments:

  1. kak anum sokmo gi jalan2.. bestnye..")

    ReplyDelete
  2. Walaupun hubby saya org Perak, tapi blum habis round satu Perak pun.. huhu..

    ReplyDelete
  3. wow... seronoknyer... syok gak kat ipoh ni... enjoy yr trip sis :)

    ReplyDelete
  4. Kalaulah pejam mata je boleh sampai ke ipoh dah lama buat dah.. hehe.. seronok tengok uolls bergambar sakan.. jeles rasanya.. by the way deeba follow sini.. salam perkenalan ye..

    ReplyDelete
  5. sabar menanti dah tak best dah..lauk sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke, mybe bagi orang jarang dtg rasa best la kot hehe

      Delete
  6. wahh bestnyaa..
    ain datang singgah sini :)

    ReplyDelete
  7. singgah pg cni..best jgk jalan2 kt ipoh kann..

    ReplyDelete
  8. heee bab lukisan tu xpnh lg nk bgmbr..

    ReplyDelete
  9. suka tengok mural kat ipoh ni..sangat old town

    ReplyDelete
  10. ritu jalan2 Ipoh nak cari arts tu jumpa yang burung tu je..
    yang lain tah kat mana hehe..

    sabarlah menanti =P

    ReplyDelete
  11. Selalu gi Ipoh tak tau nak try makan kat mana... Bolehlah cari nanti

    ReplyDelete
  12. hujung minggu ni nak try ke restoran sabar menanti tu lah macam best je :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum