Jan 11, 2016

Holiday @ Ipoh Perak 2015 Part 10

Assalamualaikum semua
Tengahari tadi korang lunch apa?
Anum macam biasa la x leh nak berpisah ngan nasi
hehe, ok last nak sambung lagi entry pagi tadi ya
Haa.. yang ni pula kafe ala-ala ‘village style’ korang tengok la sendiri macam mana kafe ni nampak dari luar. 
Nampak macam warung biasa kan? 
Padahal sebenarnya kedai yang nampak macam warung tu sebenarnya kafe hipster. 
Hubby x sabar nak order makanan nie
 Cafe ni memang selalu jd tumpuan muda-mudi yg nak lepak2 or hangout dgn kawan-kawan, nak ambil2 gambar ke. Orang yg datang nak makan kat sini pon tak putus2.  
 Vintage kan, dia punya tingkap tu haa
 Thumb's Cafe terkenal dgn tema klasik yg terdapat pada hiasan dalaman cafe ni. 
Kalau tak muat duduk kat dalam, kat luar ni pon boleh. 
 Surau pun ada disediakan, so korang bleh la lepak lama2
Ada barang2 lama yg susah nak kita jumpa zaman sekarang ni tau.
Kafe ni juga berkonsep open air.. takde aircond. 
 Kalau korang daripada kelab mana2 leh la serahkan sticker korang utk ditampal disini :)
 Kami agak excited tengok deko kafe ni...ala-ala rumah melayu lama yang agak hip!
Waiter/waitress pun anak-anak muda. Just like most Malay boutique cafes.
Sukanya hubby bila makanan sampai
Meatballs Thumb;s Cafe pilihan Anum, ini antara menu yang sangat famous kat sini
 Hubby ordered lamb chop. Brown sauce dia memang sedap. 
Jemput makan semua
Overall, 
nice place tu hangout with friends..
tak sesuai bawak kekanak or orang tua sebab dah nama pon cafe hipster,

makan pon semua hipster2 laaa..
Bagi yang nak rasa kelainan sikit boleh la berkunjung ke kafe ni. Terbaik!

Alamat penuh:

Thumb's Cafe
133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
(Asrama Anak-anak Yatim Badan Khidmat Islam Perak, BAKIP)

Waktu operasi:
6.00ptg - 1.00 pg
Selasa hingga Ahad
Isnin tutup

No. Tel Thumb's Cafe:
013-4296803

Share:

22 comments:

  1. smlm pg ipoh tp tak pg mana2 sebab ada emergency..tp boleh try akan dtg..hehehe

    ReplyDelete
  2. Nampak unik kafe ni Anum.. kalau lalu2 situ nak juga singgah :)

    ReplyDelete
  3. da lame x jenguk sis..wah byk berjalan sis ni..bestt nye

    ReplyDelete
  4. tersinggah cafe ni sebab tersesat jalan hihi so benti sini cuba makan kat sini,memang sedaplah makanan2 dia,kitorang duduk kat kerusi tinggi yang ngadap ke dalam tu :) santai je lepak2 makan2 :) sesuai kalau nak lepak malam2 :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts

STATISTICS