Dec 30, 2016

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ                                    
      
Doa Hari Jumaat. .
              
  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya الله, 👏 janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.

Ya الله, 👏berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya الله, 👏terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 

Ya الله, 👏jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya الله, 👏ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya الله, 👏kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya الله, 👏permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 

Ya الله, 👏tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya الله, 👏kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya الله, 👏kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya الله, 👏terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya الله, 👏perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya الله, 👏tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Ya الله, 👏peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya الله,  👏sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, 👏 janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, 👏berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله, Ya Rahman, 👏tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..👏 Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.

Artinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu”  
dan َYa الله, 👏kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya الله,  Ya Ghaffar 👏 ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله, 
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ 👏👏

Dec 29, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Assalamualaikum semua
Selamat Petang Khamis
Ok ptg nie Anum ada masa terluang sedikit
Nak join Segmen Mia
Jom baca syarat2nya

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SPONTANEOUS THURSDAY #121

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

 Seperti tubuh anda, rambut juga memerlukan keperluan protein,vitamin,mineral dan minyak untuk sihat. Selain rawatan di salun rambut yang bersifat luaran, sebenarnya kecantikan dan kesihatan rambut juga bermula dari dalam. Siapkan diri dan buat catatan untuk ke pasaraya berdekatan, berikut adalah senarai makanan paling bermanfaat untuk kecantikan rambut anda.
Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja kaya dengan protein, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang akan menghasilkan sel darah merah kemudian menyalurkan oksigen ke folikel.
Berapa banyak diperlukan?
Lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu.

Flaxseed
Flaxseed sangat kaya dengan lignan, tumbuhan berasaskan kimia yang bertindak sebagai antioksida. Malah ia turut bermanfaat sebagai penyubur rambut kandungan kerana lemak asid tumbuhan yang terdapat padanya.
Berapa banyak yang diperlukan?
Kisarkan ia sehingga benar-benar hancur dan campurkan ia bersama hidangan salad anda dalam kuantiti satu sudu makan setiap hari.

Telur organik
Diperkaya dengan protein, telur organik mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan pada rambut.
Berapa banyak digunakan?
Pengambilan telur sebiji dalam sehari sudah cukup memadai untuk kalori serta kesihatan rambut anda.

Kacang lentil
Lentil membekalkan tiga jenis sumber vitamin B yang penting iaitu bioton, folat dan vitamin B6. Begitu juga protein, zat besi dan zinc, yang bertindak sebagai anti keradangan.
Berapa banyak yang diperlukan?
1 cawan, tiga atau empat kali seminggu.

Minyak zaitun
Polifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan, yang mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia anda semakin meningkat. Di samping itu juga, minyak zaitun kaya dengan lemak sihat.
Berapa banyak diperlukan?
Campurkan pada salad atau gunakan ia sebagai sos pada roti, satu sudu makan setiap hari sudah memadai.

Daging lembu organik
Daging lembu organik adalah daging darippada lembu yang diternak secara meluas dan pemakanannya dititik beratkan iaitu hanya dari hasil alam semulajadi yang bernutrisi seperti rumput segar dan herba, bijirin, bahan sisa pertanian dan banyak lagi. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding mana-mana bahan makanan yang mana ia diserap dan diproses dengan baik oleh tubuh.
Berapa banyak yang diperlukan?
Walaupun ia daging yang baik berbanding daging biasa, tidak bermakna anda boleh memakannya sesuka hati. Empat auns setiap minggu sudah mencukupi.

Kubis
Folat, merupakan asas kepada vitamin B yang membantu menyuburkan sel rambut dan bertindak sebagai ‘bintang utama’ di antara kesemua jenis makanan yang terdapat dalam senarai ini. Harus diingat, kekurangan folat menyumbang kepada rambut gugur dan masalah rambut beruban. Kubis mengandungi zat besi dan kunci mineral seperti magnesium dan zink.
Berapa banyak diperlukan?
Dua cawan setiap hari.

Kuinoa
Tumbuhan ini sangat kaya dengan biotin, sejenis vitamin B kompleks yang diketahui dapat menguatkan rambut yang lemah. Bijian kaya dengan protein ini merupakan pilihan tepat dan sangat baik untuk semua terutama mereka yang sensitif atau alah pada gluten.
Berapa banyak yang diperlukan?
3/4 cawan setiap hari.

Kacang walnut
Kepada penggemar kekacang? Ini sudah pasti berita gembira. Selain menjadi snek kegemaran, walnut sangat baik dan berfaedah pada rambut kerana ia kaya dengan zinc dan lemak asid.

Berapa banyak diperlukan?
Memandangkan ‘snek’ kegemaran anda kaya dengan kalori, ini bermakna anda perlu hadkan jumlah pengambilan anda kepada 1/4 cawan sahaja dalam sehari.

Yogurt yunani (greek yogurt)
Pengambilan yogurt jenis ini disifatkan sebagai pilihan alternatif bijak berbanding yogurt yang mengandungi pemanis, pewarna dan pelbagai rasa yang ditawarkan di mana-mana pasar raya. Kandungan kalsium yang tinggi pada yogurt yunani yang tidak bergula iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadapam dan meransang sistem imunisasi. Tahukah anda bahawa kekurangan sedikit dari robust sistem imunisasi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut?

Berapa banyak diperlukan?
1 cawan sehari.

Dec 27, 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum semua
Selamat Petang
Korang dah lunch ke?
Hari ini sunyi je kat office
Kebanyakan semua bercuti hujung tahun
Ok la petang nie Anum nk join Segmen Cik Zue nie
 Tertarik nak join sebab Nampak Banner yang sangat cantik
 Cik Zue
Syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:

1. Follow blog ni.
2. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue"
3. Letak banner di bawah dan backlink kan ke post ni.
4. Tinggalkan URL di komen.

Sangat mudah kan so apa tunggu lagi jom meriahkan Segmen ini

MATHAF 2016

Assalamualaikum semua
Bestnya cuti lama.. hehe
Ok kemana ya korang cuti 4 hari ni..
Anum x kemana2 ada je melepak kat rumah
Hari ini nak share gambar2 sekitar MATHAF 2016
 Breakfast sekitar kawasan rumah sebelum ke Mathaf
 Pisang Cheese terbaik
 Laksa nie so2 je, x best mana pun
Jom serbu
 Tadaaaaaaaaaaa welcome to Mathaf 2016
 Pau Cendawan
 Kalau dah makanan thai memang x leh pisah ngan pulut mangga
 Ada jugak barangan daripada thai yang dijual
 Nampak x.. tadaaaaaa pau ayam
 Pau yang tgh viral sekarang
 Dah kenapa sampai cm tue muka adik ipar aku nie haha
 wajib la gambar kami berdua kan
 Kesesakan manusia beratur mendapatkan makanan
 Alhamdullilah kami dapat meja utk makan (nampak x pengantin baru pun join kami)
 Boleh dikatakan semua booth2 makanan penuh sesak 
 Hubby awal2 try tomyam thai
 Makan2 , sambung jalan2 lagi, tgk makanan pelik2
 Bagi Anum x berapa sesuai bawak budak2 sebab sangat sesak, 
bukan apa kesian anak2 kepanasan
 Nampak x tue..
 Zai pun dah try pau ayam, for me memnag sedap  
video
video
video
 Korang leh layan video kat atas nie ya
ok nak sambung keja da..


♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum