May 29, 2015

1st Wedding Anniversary Part 7

Assalamualaikum semua
Selamat hari jumaat
Hari ini masih lagi entry anniversary ya
Sebelum keluar kami sarapan di Hotel
Muka Hubby di pagi hari
Dia punya sejuk bila pagi perggggggggg sampai ke tulang
Bergambar sebelum keluar
Sementara tunggu Hubby settlekan urusan Check Out
Settle je kami sempat bergambar utk kali terakhir di hotel
Lupa nak kasi tahu kan percutian Anum selama 3 hari 2 malam, so hari ini hari terakhir kami di sini.
Di sebabkan semalam x sempat kami nak jalan2 so hari ini kami memulakan xtvt kami
Nama tempat: KEA FARM 
Lokasi: Di Kea Farm ler....mana lagi!. Kea Farm adalah salah satu dari 7 mukim di Cameron Highlands. Hanya bersebelahan Hotel EQuatorial. Apa yang menarik: Boleh dikatakan semua produk Cameron Highlands ada di sini. Kalau pengunjung mempunyai masa yang amat suntuk di CH, pastikan ke Kea Farm kerana anda boleh dapat segalanya disini. 
Kalau sampai ke sini mesti la nak memborong strawberry kan
Sengaja kami pilih utk shopping di hari last supaya buah strawberry x kejut sangat bila sampai ke bawah kan. Nampak x kat tangan hubby apa, hehe kalau dah ke cameron mestilah memborong pokok kan, kami beli 4 bunga ros (lain2 colour lagi)
Jagung madu memang top kat cameron nie, yang nie pun kami borong
byk kedai / gerai jual sayur-sayuran...
6 pek RM10...
8 pek RM10...
kebetulan mr.hubby ajak jalan pasar pagi tu sampai ke hujung!
alhamdulillah ~ dpt beli sayur 12 pek RM10 :-)
tu paling murah la kami survey...
beli la beberapa plastik, nak bagi saudara mara

selesai shopping kami meneruskan perjalanan ke Bee Farm
Selain melawat ladang teh, kami melawat ke tempat ternakan lebah dipanggil Bee Farm. 
Yang nie memang wajib bergambar la kan 
Untuk makluman masuk percuma sahaja, oh ya lupa nak kasi tahu kat cameron ini ada banyak sangat bee farm, so korang boleh pilih mana satu korang nak pergi ya
Anum pilih Bee Farm yang nie sebba utama dia tepi jalan, nak masuk ke farm x jauh sangat berjalan
Pada hari kami pergi ke sana memang banyak lebah kelihatan .
Tengok dekat2 naik seram plak.. tapi yang bestnya lebah2 ini memnag x gigit kami
Suasana di dalam farm 
Kalau dah nama bee farm mesti la ada bunga kan
banyak jugak jenis bunga di tanam utk santapan lebah2
Kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. 
Cantik kan kawasan kotak2 lebah ni :)
nak tengok secara dekat anda semua perlu turun melalui tangga yang disediakan
Big lebah, kalau lebah betul2 besar nie dah lama Anum lari
Habis melawat farm kami naik ke shop plak
Di sini juga terdapat kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli. so kami beli dalam 3 empat botol gak madu lebah dan perkara wajib kalau travel fridge magnet la kan..
Habis di bee farm kami terus menuju ke tempat terakhir yang memang kami nantikan utk pergi.. nak tahu ke mana sambung minggu depan ok..

May 28, 2015

1st Wedding Anniversary Part 6

Assalamualaikum semua
Sambung lagi entry anniversary ya
 Setelah menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di Bharat Tea kami buat keputusan balik ke Hotel
 Perjalanan pulang ke Hotel kami singgah di persimpangan Tanah Rata
 Apa lagi kalau bukan untuk bergambar kan
 Anum was here :) 
 Biasa la kalau datang berdua nie kebanyakan gambar seorang2 la kan 
 Anum memang suka sangat datang ke Cameron, sejuk2 cm nie sesuai ngan mood honeymoon
Gambar berdua memang wajib la kan .. ini la gunanya tripod..
Selesai lunch dekat Medan Selera kami terus pulang ke Hotel utk berehat (mule2 cuak jugak ingatkan xde kedai makan melayu dekat Tanah Rata tu..sebaik la ternampak Medan Selera ni).
Sedar x sedar dah pukul 5pm bangun, solat dan kami bersiap utk keluar cari makanan
Kali ini kami memilih utk ke Pasar Malam Tanah Rata
Semua kami bawa balik makan di hotel. 
Our Room :)
 strawberry gebu2 cicah coklat
 Nasi lemak ayam, rangka ayam dan sate, ini pilihan menu kami utk malam ini :)
Gebu-gebu kan strawberry dia…huhu…sodap sgt2….. :)
Pasar Malam kat Tanah Rata ni mmg glemer, sbb mcm2 brg ada jual, dan panjang....kemain banyak gerai2 kat situ. Mostly jual hasil pertanian, bunga2, cenderamata, dan makanan. Jarak ke Pasar Malam Tanah Rata dari Hotel kami tak la jauh. 

May 27, 2015

1st Wedding Anniversary Part 5

Assalamualaikum semua
Sepatutnya hari ini entry tanpa word kan..
Anum up gambar2 ok
Alhamdullilah sebelum keluar kami bersarapan di hotel dulu ya, makanan dekat sini so2 je
Bergambar di sekeliling hotel
View sangat cantik
Bagi mereka yang sukakan kehijauan memang sesuai la 
Selepas bergambar kami memulakan xtvt untuk hari ini 
Tea Plantation is a must visit place at Cameron kot! Haruslah sampai ke sini. Walaupun dah familiar dengan scenery ladang teh yang hijau di kaki bukit tapi memang tak pernah sampai lagi kat real tea plantations. Haiyaa! Di cameron ni terdapat 2 ladang terbesar yang terbesar, satu di Boh Sungei Palas terletak di Brinchang dan Bharat Tea Plantations di Tanah Ratah ke Ringlet.
Kami memilih untuk ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata
Di sini, visitors dibenarkan menyusuri ladang teh sampai ke dataran bawah ladang teh. Kalau tengok dari House Tea dari atas manusia-manusia kat ladang teh dah macam semut je. Huhu... 
Kerdilnya kita sebagai manusia kalau nak bandingkan ciptaan Allah. SubhanAllah.
Bharat tea plantation ni merupakan ladang teh yang kedua terbesar di Cameron Highland. Asalnya Bharat Tea Plantations ni dari seorang saudagar India yang membeli 50 acres tanah Cameron pada tahun 1933. Kini Bharat Tea Plantation mempunyai 3 ladang di sekitar Tanah Rata dan di Kuala Terla dengan signature Cameron Valley. 
Bharat Tea Plantation yang terletak lebih kurang 3km dari Tanah Rata. Excited gila masa sampai di Cameron Valley Tea House. 

Kami sempat pekena Teh Tarik Float & Donut di cafe sebelah atas
Ladang teh ni besar dari ladang teh di Kuala Terla. 

Pemandangan ladang teh di sini lebih cantik. 
SubhanAllah, agungNya ciptaanMu.
Setelah penat bergambar kami menuju ke tempat lain pula.. nak tahu ke mana sambung esok ok

Alamat Ladang Teh Bharat ialah :-

Cameron Bharat Plantations Sdn. Bhd.
15-16 Main Road, P.O. Box 25
39007 Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang
Malaysia

No. Telefon : [05] 4911133
No. Faks : [05] 4911154


Emel : inquiry@bharattea.com.my

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Lazada

Popular Posts

STATISTICS