Campaigns

Dec 29, 2015

# Holiday # Holiday 2015#6

Holiday @ Lost World of Tambun Dis 2015 Part I

Assalamualaikum semua
Selamat pagi semua, semalam Anum baru start kerja setelah bercuti selama seminggu
Syoknya kalau x payah datang kerja dah, tapi apakan daya kalau x bekerja siapa plak nak bagi perbelanjaan meneruskan hidup kan, haha
Ok semalam Anum masuk office bertimbun gak kerja kat atas meja, 
biasa la dah cuti lama kan.
So disebabkan itu memang x sempat nak berblog semalam.
Ok ke mana la agaknya Anum bercuti kan selama seminggu, 
meh Anum nak cerita kat korang ya :)
Percutian Anum bermula pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 20 Dis 2015.
Kami merancang untuk ke Lost World of Tambun.
 Kami memulakan perjalanan pada hari ahad jam 8.00am dari KL - Tambun. Alhamdullilah perjalanan kami berjalan dengan lancar, tiada kesesakkan di jalan raya. 
 Kami sampai di Tambun dalam jam 10.30am, ngam2 waktu Tambun dah bukak, so apa lagi jom kita serbu.
 Sebelum masuk kita bergambar sebagai kenangan kan
 Trip kali ini kami hanya berdua so banyak gambar seorang2 la
 Kami ingat kami orang terawal rupanya dah beratus manusia, hehe
Oh ya sebelum tue Anum memang dah beli tiket online utk masuk dan juga dah booking hotel siap2.
 Nasib baik beli online kan , x payah nak beratur panjang2, 
 Jom kita tengok kemeriahannya.
 Selesai amik gelang utk masuk, kami terus menuju ke locker utk sewa, nak letak semua bag2 
 Jom kita sewa pelampung dulu sebelum main air. Oh ya lupa Anum nak share tiket masuk hanya untuk semua park yang ada kat dalam nie, tetapi utk pelampung dan locker korang kena la kuar duit lain ya..
 Baca peraturan sebelum masuk ya
Amik ko sekali 3 gelang, satu tiket masuk, satu pelampung & sewa locker
 Horeyyyyyyyyy dah dapat pelampung jom kita mulakan bermain air
 Masa Anum sampai memang cuaca sangat best, mendung x berapa panas
 First kami memilih utk mengelilingi water park nie
 XTVT santai2
 Wajib la gambar kami berdua
 Best tau keliling water park nie, utk pengetahuan korang ini water park terpanjang x percaya cuba tgk gambar kat atas dah masuk book of record :) 
 Santai sambil chit chat ngan hubby
 Dah macam honeymoon orang kata, ye la kami masih berdua so enjoy je la moment yang ada kan
 Sempat hubby pasang tripod tau.. :) 
 Ok selesai keliling, kami memilih utk main air plak
 sukanya hubby kalau dapat berenang
 melompat la dia ,tanda kegembiraan
 Anum masih bersama pelampung , ye la sebab Anum x pandai berenang haha
 Ditepi kolam2 ini ada pasir2 tau, so korang akan rasa macam mandi kat tepi pantai, best
 santai je la main air 
 Lama gak kami berendam dalam pool nie
 Urut kepala, haha
 Penat berenang dan bermain air 
Nampak x muka kepuasan bermain air
Anum pun nak cuba gak urut kepala, haha
Sebelum tukar baju kami main yang nie plak, ada banyak permainan air dalam water park nie, yang lain kami x snap pict sebab kami datang berdua je kan.. 
Ok selesai bermain air kami tukar baju nak ke park lain plak
Sebelum Anum terlupa meh anum sertakan alamat lengkap utk korang terjah ya.
Nak tiket murah selalu la tgk website tau . ada promosi2

Lost World of Tambun  
No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh,
Perak, Malaysia


Esok Anum sambung ya


20 comments:

  1. best kat Lost World memang sejuk n mendung.. sebab terlindung batu2 besar bukit2 tu kot.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. hamboiiii..bkn main sukaaaa....

    ReplyDelete
  3. Salam. Dhiya singgah dan follow sini. Jemput ke blog dhiya dan follow ya

    ReplyDelete
  4. sini mmg best...bukan anak2 aku je enjoy main theme park kat sini...mak pak budak pun sekali enjoy...hahaha...

    ReplyDelete
  5. bestnya.. sampai sekarang mamamyja berhasrat nak pergi. xpergi2 jugak. hahahha

    ReplyDelete
  6. Syoknya!!!
    Anum kita yg duk dkt ngn tambun ni pn jarang p..
    Last p bape thn yg lepas ntah..
    Nak kena repeat blk ni tgk makin best je tmptnya.. ;D

    ReplyDelete
  7. enjoy nye Kak Anum... kite tak pernah sampai tambun lagi..ngeee

    ReplyDelete
  8. idok penah masuk lagi..huhu..pusing2 luor je..hihih

    ReplyDelete
  9. seronok dapat main air dan berendam lama²

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/