Campaigns

Nov 3, 2015

# Fun # Sharing

Perhatian Semua.. Nantikan 4 Theme Park Yang Awesome Bakal Wujud Di Malaysia.. Tak Sabarnya!

Assalamualaikum semua
Ok hari ini Anum nak share ngan korang
mengenai Theme Park yang best akan ada di Malaysia
Siapa je yang kat sini tak suka enjoy main permainan ke taman tema? Tipu lah kalau korang tak layan. Taman tema merupakan salah satu tempat untuk korang hilang stress, bawa anak-anak berjalan serta layan permainan yang cool kat sana.

Haa.. tahukah anda nanti akan ada 4 lokasi baru taman tema yang sangat cool untuk anda lawati. Kami tak sabar sangat ni! Jom kita tengok taman tema apa yang kami maksudkan tu. Hehe

1) 20th Century Fox World @Genting Highlands
Geng kalau korang nak tahu, taman tema 20th Century Fox ni merupakan taman tema yang pertama di dunia beroperasi di Genting Highlands, Malaysia dan ia akan dibuka pada 2016. Sabar jap, nanti bila dah siap je jom kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. Siapa nak ikut?

2) Ubisoft Theme Park @KL
Bagi yang gila main video game Assassin Creed, taman tema ni pasti akan buat anda puas hati. Taman tema ni akan diadakan dalam indoor dan dikhabarkan akan dibuka pada 2020. Fuhh.. tak lama lagi tu!

3) Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh
Taman tema yang akan dibuka di Perak ini telah dapat liputan yang luas dan untuk pengetahuan korang, MAPS ini merupakan taman tema yang pertama dibuka di Asia. Wowww! Tempat ni akan dibuka untuk orang ramai pada Disember 2016. 

4) Jurassic Park @Melaka
Fulamak, Dinasour pula datang serang Malaysia? Alaa dinasour-dinasour yang kat dalam movie Jurassic Park tu.. Mesti korang tahu kan? Korang bawa la adik-adik atau pun anak-anak korang datang sini. Confirm diorang senyum sampai ke telinga. Ala dekat Melaka je pun.. Hehe. Dikhabarkan ia akan dibuka pada 2016. Nantikan!

28 comments:

  1. Seronoknya.. Kan, bawak anak2 g jalan.. Cool sgt..

    ReplyDelete
  2. dah lama nantikan...setelah dia tutup untuk renovation bertahun kan.finally,next year boleh g bersuka rai kat atas tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. woww..memang tak sabar ni Anum...

    ReplyDelete
  4. wahhhh..bestnyeee..xyah pegi oversea dh ni klu malaysia pun dh ade..

    ReplyDelete
  5. MAPS @ IPOH tu mmg dekat je dgn rumah akak.....hehehee....

    ReplyDelete
  6. wahhhbestnyer,,,seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa................

    ReplyDelete
  7. Anummmm...bestnya...semua ni baru julia tau...tingin nak pi semua tahun depan...jom anum

    ReplyDelete
  8. tak sabarnya nak pergi yang kat ipoh tu xD

    ReplyDelete
  9. OO,...ini lah yang diaorang kata tengah buat tu ye??

    ReplyDelete
  10. wahh, theme park baru. bestnyeee :D
    tak sabar tak sabarnyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nie anum memnag suka sangat xtvt cm nie

      Delete
  11. Tak sabar nak tunggu Taman Tema yg kat GH tu Num

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Anum Was Here

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/