Campaigns

Oct 1, 2015

Travel @ Bandung Sept 2015 #4

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak sambung lagi entry semalam ya
Hari ini kami sekeluarga akan ke Tangkuban Perahu
Tangkuban Perahu yang terletak lebih kurang 20km dari Kota Bandung. Tangkuban Perahu ini sebenarnya adalah Gunung Berapi yang dikatakan masih aktif lagi. Ianya dipanggil Tangkuban Perahu kerana rupa gunung ini yang kelihatan seperti Perahu yang terbalik atau ditelangkup sekiranya lihat dari jauh.
 Jom kita tengok apa yang menarik ada kat sini.
Oleh kerana ianya adalah sejenis gunung, jadi untuk sampai ke landasan puncak Tangkuban Perahu ni kenderaan yang kita naiki haruslah mendaki selama lebih kurang 20 minit. Kalau kita datang ke sini naik bas pula, bas hanya dibenarkan mendaki di separuh perjalanan saja dan kita kena sewa kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan. Nasib baik haritu Anum datang ke sini dengan kereta supir, jadi tak perlulah tukar-tukar kenderaan.
Berkuat kuasa pada tahun 2014, tiket untuk naik ke Tangkuban Perahu telah dinaikkan. Harga tiket untuk seorang pelancong asing adalah 200 ribu Rupiah (~RM56) untuk hari weekdays dan 300 Ribu Rupiah (~RM85) untuk hari minggu. Harga tiket ini sangat berbeza untuk pengunjung tempatan iaitu sekitar 25 ribu Rupiah (~RM7) untuk weekdays dan 35 ribu Rupiah (~RM10) untuk hari minggu. Amacam ? Mahal tak?
Bergambar berlatar belakangkan Tangkuban Perahu
Gambar berdua wajib la ada kan
Rajin betul yang snap gambar nie.. berkali2 snap
nampak x macam Anum dekat je dengan gunung ni..
sekali Anum tiup tgk dah berasap-asap..
Bagi Anum sekiranya anda inginkan pengalaman dan menikmati keindahan ciptaan Allah,Tangkuban Perahu ini memang wajib disinggah sekiranya berada di Bandung. 
Suhu di sini adalah sekitar 17oC pada waktu siang dan 2oC pada waktu malam. 
Boleh tahan sejuk jugak tu. 
Satu perasaan aneh tiba-tiba datang bila menghidu udara di sini.
 Kat kawasan ini udaranya sangat kuat dengan bau sulfur dari Gunung Berapi yang busuk. 
Patutlah orang kat sini memakai topeng muka.
Jangan bimbang kalau korang x bawak topeng di sini ada di jual
Gambar kami... ok ada banyak gambar dekat sini esok Anum sambung lagi ya
Anum sertakan alamat utk korang pergi ya

Tangkuban Perahu, 
Cikahuripan, 
Lembang, 
West Bandung Regency 40391, 
Indonesia 

34 comments:

  1. cantikk gmbr anum n hubby yg ats tu..

    ReplyDelete
  2. Love your pictures... I tak pernah nak ke kawah putih lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  3. cantik background tu macam lukisan jer...

    ReplyDelete
  4. laki bini elok la pergi..tempat sejuk..boleh berpeluk selalu..ekekek..

    ReplyDelete
  5. Best yer bandung, nak pergi tapi jerebu huhuhu

    ReplyDelete
  6. sangat hebat percutian di Bali, gambar itu berbicara ..Subahanallah Num..lawa view kan

    ReplyDelete
  7. Subhanallah..memang cantik view kat sini ni Anum:)

    ReplyDelete
  8. msni xde jerebu lagi kan?
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
  9. bestnya
    dpt jennjalan ke sana
    dh naik harga ye

    ReplyDelete
  10. Rindu pulak dgn Bandung bila baca entry Anum ni.. slalu nya pegi short trip ke Jakarta, x smpt nak ke Bandung.. :( last pegi dulu 2012 kot.. lama dah. hihi

    ReplyDelete
  11. photoshoot kat sini cantik..tempat yang wajib pergi kalau ke bandung :)

    ReplyDelete
  12. bahhaah gigih gak nak mendaki.. memang idok le.. seram kan sebab masih active..

    ReplyDelete
  13. mahal gile harga nak masuk..Jauh sgt beza dia dgn rakyat tempatan..Kalau dekat Malaysia..bezanya cuma beberapa RM je..Thanks sis Anum sebab bagitahu harga setiap tempat.Mujur tak pergi lagi..kalau tak menangis la..Tak cukup duit nanti..nak kena himpun lebih lagi ni..Sempat kot bulan 5 next year kan..hahaha

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of