Campaigns

Oct 19, 2015

# Bandung # Holiday 2015#4

Travel @ Bandung Sept 2015 #15

Assalamualaikum semua
Ok hari ini bangun pagi2 cm biasa breakfast dulu
Kami nak ke Pasar Baru Hari ini
Shopping time
 Ok hari nie supir pakai baju Hogoh plak (Pahang)
 Arissa dah x sabar nak shopping nie
Kat Pasar Baru ni ada 6 level plus dua level underground. 
Underground 1-2 banyak jual kain batik, pelikat, kemeja, jubah. Level 1-2 ada jual telekung, blouse n kain2 ela. Level 3-4 ada jual blouse, kain ela, baju bebudak. Level 5 jual handbag & tshirt. Level 6 ada medan selera n few kedai jual handbag. Atas sekali ada surau. Pendekata, Pasar Baru ni syurga dunia bagi kaum wanita. It is a must go place in Bandung. 
 shopping la apa lagi
 Ada jugak singgah kat tempat jual t-shirt souvenir ni kat tingkat 5, nak borong lagi kat sini. 5 helai dalam IDR100,000 je. Baju kanak-kanak memang lagi kaw kaw murahnya.
Masa nie semua ntah ke mana dah so kita snap je la gambar dlm nie
 Giler shopping
 Anum yang tak berapa minat dengan kain pasang ni, langsung tergoda dibuatnya sebab murah sangat dan cantik-cantik belaka. Tambah lagi jurujualnya memang sangat friendly. Korang cakap je nak kain jenis apa, warna apa, corak apa dengan sekejapan dia boleh keluarkan dan lambakkan atas meja untuk korang pilih.
 Pilih je la apa nak kan 
Setelah penat bersoping untuk setengah hari, kami naik ke level 6 untuk lunch. Masa kita sampai2 tu kan, akan ada peniaga yang berbondong2 datang approach kita ajak makan kat kedai dia. So tipsnya ialah, jangan risau, buat muka berlagak je n terus tuju ke tempat yang kita dah target nak pegi. Kira buat macam kita dah biasa la datang sini. Kalo tak, memang masak la kena tipu. Ada kes orang yang order satu food, last2 sampai tiga sekali datang. Sebabnya peniaga dari 3 kedai berlainan yang amek order. Tak pasal2 orang tu kena bayar untuk tiga food tu. Selain dari tu, ada kes food poisoning jugak. So kena tau mana kedai yang dijamin sedap n bersih.
Lepas siap makan kami balik ke hotel. Cadangnya nak letak barang je pastu gerak ke Transtudio. Tapi masa ni Kak Mon kepala berdenyut2. Telan panadol ingat nak lelap kejap. Rupa-rupanya semua gasak tido huhu.. Dekat kul 2pm baru terjaga memasing.
Oh ya Anum sertakan details pasar baru ya

Pasar Baru Trade center  
Shopping Mall
Jl. Otto Iskandar Dinata
No.70, Andir, Kota Bandung,
Jawa Barat 40181,
Indonesia
Phone:+62 22 4245555

After solat n siap2, baru kami kuar hotel untuk ke Transtudio. Apa ada kat Transtudio? Tunggu next entry.. tunggguuuuu...

*Sory hari ini bz day.... memang x dan nak terjah blog kawan2*

16 comments:

  1. morning Anum...
    wahhh kain dan kasut tu pasti rambang mata nak pilih....

    ReplyDelete
  2. selamat pagi....
    ha..bab shopping memang nieyl suka...huhu...

    ReplyDelete
  3. mesti murah giler tu kan anum
    nasib kaknoor belum sampai kalau tk tau lah

    ReplyDelete
  4. Hy anum..lama x singgah sini..bestnye..kalau kitalah..memang hantu beli kain pasang..walaupun ntah bila zaman nak tempah..hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan memang terbaik utk org2 kaki shopping kain

      Delete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/