Campaigns

Oct 29, 2015

SPONTANEOUS THURSDAY #103

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share ngan korang semua
Mesti korang yang dah bergelar ibu bapa pening kepala bila tengok anak-anak sepahkan mainan satu rumah kan?
Nah, Ammar Muhd ni ada share tips berguna yang anda boleh aplikasikan di rumah. Takdelah naik angin nanti kan!

2 Trick Bijak Untuk Anak Kemas Mainan Sendiri!

Sedang solat, si anak mula menarik keluar tong lego-nya ke ruang tamu. Dibaling satu per satu ke lantai dan kemudian ditendang ke rata ceruk rumah. Solat saya dah mula tak khusyuk.
Usai solat, saya tegur, “Balqis, jom tolong abah simpan. nak keluar,kan”.

“Nanok” sambil menggeleng kepala.

Bukan main liat lagi nak ajak mengemas. Saya teringat satu perenggan dari “The Psychology of Babies” Lynne Murphy, yang sebut anak-anak sekitar 2-4 tahun ni suka tengok ‘Action’ & ‘Effect’. Campak makanan ke bawah, makanan jatuh. Sudah pasti mereka tak mampu nak sebut kesan tarikan graviti, cuma tahu bezakan kesan perbuatan tersebut. Dalam kes Balqis sepak lego ni, maksudnya dia nak tengok jauh mana block tu boleh pergi dengan tendangan dia tadi tu dan dia pasti ibu abahnya tak marah sebab tengah solat hahaha.
Trick #1:

“Ermmm…abah tengah cari red block ni. Abah cari 7 red block tapi barang banyak sangat. Kakak boleh tolong Abah carikan?”

Si anak mula nampak berminat apabila saya mula buat-buat mencari barang yang disebutkan tu dan memasukkan ke dalam tong lego. Dia pun sama mengutip block lego masuk ke dalam tong lego sambil mengira bilangan block merah, sampai dia berhenti sebentar dan mengeluh kepenatan.
Trick #2:

“Ok! Abah dah jumpa block abah. sekarang, abah nak main game campak green block dalam kotak ni. Boleh?”

Si anak pun mula mencampakkan lego block satu per satu ke dalam tong lego-nya.

Task mengemas block selesai, si anak belajar untuk kemas barang mainan sendiri dan sekurangnya angin badan saya tak naik ke kepala hoho.

Dari bacaan yang dibuat, apabila kita fahami psychology anak-anak maka tindakan kita pada anak-anak akan lebih berhikmah dan sesuai dengan umur anak itu. Bagi yang mempunyai anak, sudah pasti anak bawah umur ini mempunyai pe’el sendiri dan sudah pasti penat untuk melayan mereka. Berleter pun dia tak faham, cubit pun dia menangis sakit, jadi cara terbaik adalah disiplin, negotiate dan tolerate dengan segala tindak-tanduk mereka.
Saya sering dipesan oleh orang tua, kalau kita tak ajar anak-anak disiplin dan adab sejak kecil, nanti bila besar kita yang susah. Jadi, latihan simpan mainan, kemas baju sendiri, letak baju kotor di dalam bakul adalah benda-benda yang perlu dididik sedari kecil lagi.

Semoga bermanfaat.


33 comments:

  1. anak acik 3 hero..macam ni la dulu masa dia orang kecik2

    ReplyDelete
  2. Thanks share tips ni anum.. boleh praktikkan di rumah nti.... hihihi

    ReplyDelete
  3. Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq share tips juga Anum sgt2 bermanafaat

    ReplyDelete
  4. terbaik!! anak2 ni mmg kita perlu psycho secara halus baru diorg nak dengar cakap dan arahan kita..hehe

    ReplyDelete
  5. Dhtry benda ni banyak kali dah Anum..ada masa diaorang ikut..ada masa dia buat tak tahu je kat kita...

    ReplyDelete
  6. hihi...sambil menyelam mnum air ye Num...

    ReplyDelete
  7. Lari tajuk kejab..
    Template baru ni...Isnin tak guna template ni lagi kan...dag maju sekarang

    ReplyDelete
  8. best nyer tips and tricks anum nie...boleh cuba juga untuk disiplin kan anak2

    ReplyDelete
  9. bagus tips anum ni, kadang2 kita penat nak kemas mainan anak. boleh di praktikkan nti..hihii

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of