Campaigns

Aug 28, 2015

Resepi Tepung Pelita

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share resepi tepung pelita 

Kueh Tepung Pelita 


Untuk 15bekas kecil (yang orang letak tapai tu) 

1. Bahagian bawah


1cawan tepung beras 
1cawan gula 
5cawan air 
5helai daun pandan diblend dengan sedikit air 
1sudu makan air kapur
Pewarna hijau 1sudu kecil

Campur semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana. Sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah agak nak pekat, perlahankan api dan kacau sehingga nampak berkilat dan keluar gelembung besar meletup2. Tutup api dan masukkan dalam acuan. 
 Ha pastikan pekat macam nie ya

Anum guna bekas besar skit.. terpulang pada anda nak guna bekas mana :)

Tips: apabila adunan dah mula pekat, perlahankan api ye untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Sebab bila dah berketul-ketul, tak boleh dah nak bagi licin semula dan kueh tepung pelita kita nanti tu jadi tak cantik dan tak licin permukaannya.


Bahagian atas


4sudu besar tepung beras 
4cawan santan 
( Anum guna santan kotak Kara yang kecil dan jadikan 4 cawan) 
Garam 2sudu kecil 


Campur semua bahan dan tapis. 
Masak atas api sederhana dan sentiasa dikacau agar tidak berketul. 
Sambil tu letakkan 1/2 sudu kecil gula di atas lapisan hijau tadi. 
Apabila adunan sudah pekat  dan ada gelembung meletup-letup, tutup api. 
Dan tuangkan ke atas lapisan hijau yang diletak gula tadi. 
 tadaaaaaaaaaaaa macam nie la rupanya
Tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
selamat dah masukkan dalam peti sejuk.. Selamat mencuba semua

30 comments:

  1. sedap nyeeeee ::) mau coba ahh boleh save resepi nya kan mba hehe

    ReplyDelete
  2. salam anummm..morning...waaahhh..bagus idea ni..selalu terfikir kalau nak buat tepung pelita, tp xpandai nak buat bekas dia tu..ye tak ya kan..bubuh jelah dlm tupperware cam gini..xpayah seni anyaman..hehehhehe

    ReplyDelete
  3. wawa tahu makan je kuih ni.. tk pernah nak belajar, padahal klu rajin blh je buat.. kan kak anum.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je tp anumnya versi moden x de guna daun pisang

      Delete
  4. Replies
    1. yang senang leh la akak buat bg yang susah seram rasanya

      Delete
  5. Nampak sedap tepung pelita ini akak Hanum.

    ReplyDelete
  6. sedapnya... kegemaran saya juga...

    ReplyDelete
  7. rajinnya ... kite bese beli je..hiihi

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Tags

allaboutdart (21) Anniversary (28) Arissa Zahra (10) Blogger (7) Bloglist (8) Bloglist #1 AnumKhairil (2) Dart (22) darters (20) Holiday (172) Honeymoon (18) Instagram (13) My Family (112) Reviews (4) Sharing (438) SPONTANEOUS (136) Travel (101) Wedding (56) Weekend (30) Wordless (165) XPDC (9)