Campaigns

Aug 24, 2015

# Cooking # Resepi

Resepi Homemade Ice Cream Oreo

Assalamualaikum semua
Disebabkan semalam bercuti so kita main masak2 la
Ok hari ini nak share Resepi Aiskrim Oreo
Jom Tengok Bahan-Bahannya

Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo

1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
1 biji telur 
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
1 sudu besar ovalett
Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan ) 
Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang). 
Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit  sekali putar.
Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.
Nak senang, guna bekas yang bertutup.
Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.
Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, 
kemudian bolehlah dimakan. 
 
Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur. Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau   hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin   atau kedai yang menjual barang kek.
Amacam? senang bukan buat homemade ice cream oreo nih? Ikutlah family kita suka makan ice cream perisa apa, kalau anak-anak yang mintak, buatlah ikut kesukaan depa.Pejam mata je pun, tahu-tahu siap kan?

Selamat mencuba buat homemade ice cream oreo:)
* Hari ini Anum out from Office
Anum join Sambutan Hari Wanita @ PICC..*

42 comments:

  1. Salam Sayang...
    nieyl singgah pagi kat sini...
    wah²..sedapnyer...buat la lebih anum..
    nnt nieyl mai umah amek..hahaha
    mcm la umah kita belakang umah anum..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau jiran anum memang anum akan buat lebih

      Delete
  2. memang nampak senang...
    nak membuat tu yang malas =)

    ReplyDelete
  3. sedapnya...nyum...nyum....

    hubby rajin sgt buat aiskrim oreo ni...awin tlg makan je...hihihihi

    ReplyDelete
  4. tgk mcm sng, tp xtau lg bilenye nak buat ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe x pe ada masa2 terluang buat la kan

      Delete
  5. Salam, haa mmg simple je resepinya haa, tp klw malas mcm saye ni, mmg rela beli je hah..dasar pemalas! Hahaha nak tggu mengidam nt gaknye baru gigih buat sendiri..haha

    ReplyDelete
  6. Macam mudah nak buat. Nak kena cuba juga.

    ReplyDelete
  7. Oh senang jer ye. Sesuai sangat la anak kita peminat oreo ni hehe

    ReplyDelete
  8. Sng2..i dah try .mmg anak2 suka...bapak dia je xsuka..huh xpe asalkan anak suka..hehe.

    Salam ukhuwah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh..sedapnye..nampak mudah...nak try la..selamat hari wanita anum... ;-)

    ReplyDelete
  11. singgah pagi..
    yummy..sedapnye anum..rajin anum buat sendiri..

    ReplyDelete
  12. nak salin resepi nanti nak buat ni anum...kemudian KG bagi tengok hasilnya nanti..heheheh

    ReplyDelete
  13. pandai dah adik kita ni memasak..
    nampak sedap tu...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Anum Was Here

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/