Campaigns

Aug 21, 2015

8 Kafe Hipster Yang Korang Tak Percaya ‘Wujud’ Di Ipoh, Perak.. Memang Wajib Pergi!

Assalamualaikum semua
 Seperti biasa, hari ini Anum akan list kan makanan, kedai makan atau tempat yang menarik untuk anda lepak. Biasa lah, kalau tak nak bosan kita kena lah cuba kedai-kedai yang berlainan kan? Nanti member tanya nak makan mana baru lah senang nak jawab ye dok?
Tahukah anda di Ipoh terdapat banyak sangat kafe yang menarik dan hipster untuk anda kunjungi? Haaa korang tak tahu kan? Memang banyak beb! Lebih kurang dalam 80 buah kafe sebenarnya yang ada di Ipoh. Siapa cakap bandar seperti Ipoh tak urban? Jom kita tengok list yang kami sediakan khas untuk anda!

1) Missing Marbles
 
 
 
Salah satu perkara yang amat menarik perhatian kami tentang kafe ni adalah cara mereka men-dekorasi kan kedai ni. Memang sangat unik! Tempatnya cantik dan kami pasti kalau korang datang ke sini mesti korang akan lepak sampai beberapa jam sebab suasana kedai yang chill sambil borak dengan member. Memang layan habis!
Alamat: 99 Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak, Malaysia 
Waktu Operasi: 8.30 am-8.30 pm (Tutup pada setiap hari Selasa)


2) Thumb’s Cafe
 
 
Haa.. yang ni pula kafe ala-ala ‘village style’ korang tengok la sendiri macam mana kafe ni nampak dari luar. Nampak macam warung biasa kan? Padahal sebenarnya kedai yang nampak macam warung tu sebenarnya kafe hipster. Bagi yang nak rasa kelainan sikit boleh la berkunjung ke kafe ni. Terbaik!
Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil (Greentown), 30450 Ipoh, Perak, Malaysia


3) Happy 8 Retreat Cafe
 
 Fuhh banyak betul kafe yang menarik kat Ipoh ni. Macam lagi best dari yang ada di Kuala Lumpur je? Di Happy 8 Retreat Cafe ni bertemakan konsep ala-ala rimba. So, bagi anda yang inginkan ketenangan atau ingin buat assignment/kerja boleh la datang ke sini sambil menghirup coffee latte panas. Nyums!
Alamat: 46 Jalan Market, 3000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari

4) Patisserie BoutiQue
 
  
 Menarik bukan kafe ni? Bagi anda yang feeling-feeling nak pergi Paris tapi takde rezeki lagi nak sampai ke sana, apa kata anda datang lepak sini dulu sebab kafe ni berkonsepkan ala-ala kafe di Paris. Lukisan menara Eiffel Tower memang banyak di sini. Makanan dan pencuci mulut kat sini memang jadi pilihan orang ramai tau!
Alamat: 103, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: Buka dari 11am-6pm (Tutup pada setiap hari Rabu)

5) El Negra Distro +Studio
 
 
 Kafe ni juga mempunyai kelainan yang sendiri di mana ruang makan di sini seolah-olah anda berada di rumah sendiri. Dengan pelbagai jenis kerusi dan sofa dan suasana yang amat menarik. Nak pergi lah nanti! Hehe
Alamat: 121 First Floor, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (4pm-12am), Jumaat (4pm-1am), Sabtu (12pm-1am), Ahad (12pm-12am)

6) Chor’s Cafe
 Kalau di Kuala Lumpur ada Grumpy Cyclist Cafe kat Taman Tun Dr Ismail yang ada bengkel basikal/fixie di kafe. Haa.. di Ipoh pun ada tau. Lagi banyak basikal! Siap bergantung-gantung lagi kat syiling. Memang lain daripada yang lain!
Alamat: Hala Taman Meru 9 (Taman Meru 2B), Ipoh, Perak, Malaysia

7) Ooi & The Comrades
 Anda pernah nak tunggu gunting rambut tapi lama gila sampai 2-3 jam? Mesti bosan gila kan? Tapi jangan risau di kafe ni ada juga menyediakan perkhidmatan gunting rambut. Cool kan? Kalau korang bosan tunggu, korang boleh lepak minum coffee dulu.
Alamat: NO 20 , JALAN LAPANGAN TERBANG . KAMPUNG MELAYU 31350, IPOH.PERAK, Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis ( 12pm-2am) Jumaat (3pm-12am)

8) Burps & Giggles


 Kafe ni memang artistik gila! Tempat nya sangat lah vintage dan kafe ni memang tenpat untuk orang ambil gambar sebab  banyak sudut yang menarik. Kami tahu sebab kami pernah sampai sini. Rasa macam kat dunia lain. Memang best!
Alamat: 93 & 95, Jalan Sultan Yussuf (Behind Kong Heng), 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 8.30am-8.30pm (Tutup pada setiap hari Selasa)

34 comments:

  1. Replies
    1. Hi admin. Nice sharing. I should go anf try one of this cafes soon! pergi coffee and food hunting! Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam jumaat
    waaa bestnya...
    tempat yang boleh layan feel gitu ...

    ReplyDelete
  3. lama tak singgah sini...maaf ye anum
    wahhh...memang menariklah

    ReplyDelete
  4. Cantik.. ai isi suka tempat macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. best lepak kat cafe hipster macam ni..relaks je..decoration pun unik.

    ReplyDelete
  6. sempoi ni kalau buat photoshoot kan.. thank boleh masuk dalam list ni..winkkk

    ReplyDelete
  7. skrang konsep cenggini orang suka kan.. memang kat ipoh bnyak..
    kat georgetown pun banyak tapi xde terjah semua.. hehehe.

    ReplyDelete
  8. banyak foto..layan jgn tak layan..nampak semua sedap

    ReplyDelete
  9. Salam, perghhhh kak..bestnyeee semua cafeee!! geram pulak tgk...paling sy suke no.3 dgn yg last sekali..no.3 sgt rasa nyaman sbb meja kat celah2 lorong yg byk pokok redup, dan yg last, mmg artistik dan sooo vintage! Aduhai, jauhnyee Ipoh..hahaha

    ReplyDelete
  10. boleh pergi ni sebab mgu depan nk ke ipoh pulak

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum anum org ipoh ke..tq sharing rupanya banyak lagi kedai yg sy tak jejak lg...amik list ni nak jejak....hihi..


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  12. pergh..menarik..bila leh pegi ni..naik ETS lah

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of