Campaigns

Aug 18, 2015

5 Menu Makanan Tradisional Yang Korang Jarang Jumpa Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua
Asam Pedas? Lemak Cili Api? Ulam? Tempoyak? Itu klise lah dan korang masih makan lagi sampai sekarang semua lauk tu. Cuma sekarang ni dah ramai mat salleh celup je yang kononnya tak makan. Padahal mat salleh betul pun bila datang sini bukan main suka lagi kita punya tempoyak. Hihi!
Tapi, itu bukan topik Anum pada hari ini, berdasarkan tajuk yang Anum tulis ini Anum nak kongsikan sedikit 5 menu tradisional Melayu yang korang jarang sangat jumpa zaman sekarang ini. Pendek kata dah nak pupus lah. Anum sendiri ada yang belum pernah rasa lebih-lebih lagi menu last kat bawah ni, teringin!

1. Pulut Kukus Periuk Kera
Pulut kukus periuk kera ini adalah makanan masyarakat Orang Asli Semelai dan etnik di pendalaman Sarawak. Di Sarawak makanan ini dikenali sebagai Pokyok, ada juga dijadikan sebagai lemang periuk kera.
Hmm, mungkin masih ada lagi yang buat cuma dah tak banyak teringin sangat nak rasa. Pokok periuk kera ni pun rasanya susah nak jumpa sekarang.

2.  Sup Gamat
Sup Gamat ini hanya boleh didapati di beberapa tempat sahaja khususnya di Kedah. Faktor makanan ini jarang ditemui sekarang kerana Gamat digunakan untuk tujuan komersial yang lain. Selain itu, generasi muda sekarang kurang meminati makanan ini.
Ada yang kata rasanya macam sotong, tapi tak tahulah sebab Anum belum pernah rasa. Bagi pembaca Anum yang tinggal di Kedah terutamanya mesti korang pernah rasa kan? Sedap tak?

3. Rendang Pucuk Ubi
Rendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu menu masakan dari Negeri Sembilan, berasaskan daun kayu dan ulaman pucuk ubi dimasak kering dan daun bertukar menjadi gelap sebelum dihidang. Mungkin ni Negeri Sembilan masih ada lagi menghidangkan menu ini cuma jarang ditemui di negeri lain.
Kalau ada pun Lemak Cili Api je yang selalu ada.

4. Kerabu Kaduk
Menu ini adalah makanan yang dibuat daripada pucuk kaduk, amat popular sebagai juadah berbuka puasa di kawasan perkampungan kecil Pantai Timur dan agak susah ditemui pada hari-hari biasa.

5. Ikan Bakar Tanah Liat
Haaa..ini epic! Anum teringin sangat-sangat nak rasa makanan ni, makanan ini praktikkan oleh penduduk Kampung Ujung Batu, Bintong, Perlis. Tanah yang digunakan untuk membalut ikan adalah tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga.
Ikan yang dibalut akan dibakar atas bawah sama macam kita nak buat kuih bahulu. Kalau nak tahu ikan tu dah masak ke belum, kena tunggu sampai tanah tu merekah, jadi baru lah boleh buka balik balutan tanah tu dan makan.
Zaman sekarang cuma balut dengan aluminium foil lepas tu bakar dalam oven je, serius teringin nak rasa macam mana dibalut dengan tanah. 
Share:

44 comments:

  1. xpernah jumpe kesemuanya..tapi paling teringin nak try pulut kukus periuk kerengga

    ReplyDelete
  2. amboiii sedpa nyer anum..palingepic ikan tu akak tak pernah tau pun!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Anum,

    Saya tak pernah berpeluang makan juadah traditional tu kecuali rendang pucuk ubi. Itu pun sejak kerja di N9 ni baru merasa.. Satu lagi tak masuk dalam senarai ayam pansoh (ayam masak dalam buluh) , mknan tradisi Sarawak jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... ye la skrg susah nak cari makanan cm nie kan

      Delete
  4. anum... cik en suka makanan cmni.. terutama kerabu kadok tu

    ReplyDelete
  5. serius tak permah lagi makan semua makanan di atas.. thehehehe...

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Singgah pagi =)
    yg pulut periuk kera tu..Menarik..

    ReplyDelete
  7. tak tau pun ikan boleh bakar dengan tanah sawah atau telaga hihi,,

    ReplyDelete
  8. Memang semua rare ni..ada yg sy xpernah tau pun ada
    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  9. pulut periuk kera tu pernah nampak kak ros dalam cerita upin ipin masak hehehehe
    yang rendang pucuk ubi pon selalu makan mother in law selalu masakkan...
    yang lain tu memang tak pernah tau hehehehe ikan tu mcm sedappp

    ReplyDelete
  10. rendang pucuk ubi pernah makan..sedap..

    ReplyDelete
  11. Kerabu kaduk???xpernah mkn..mesti sdp...makanan org2 lame.. awet mudaa

    ReplyDelete
  12. belum pernah nyobain semua nya deh mba baru tahu nama" nya juga hehehe

    ReplyDelete
  13. semua unik..satu pun tak pernah rasa dan ada yang baru tahu..huhu

    ReplyDelete
  14. pulut kukus periuk kera tu selalu gak jumpa..tapi tang ikan bakar tanah liat tu tak pernah jumpa..jakun jap..hehe

    ReplyDelete
  15. Pucuk kaduk senang dapat. Nanti saya nak cuba buat krabu. .....jemput la rasa....
    P/s » macamana saya nak join blok ni?

    ReplyDelete
  16. Wah menarik ni anum..kak lya tak penah jumpa lg semua yg anum share kt ats tu..

    ReplyDelete
  17. banyak2 gambar tu... rendang pucuk ubi je saya pernah makan... :D

    ReplyDelete
  18. Teringin nak try pulut kukus periuk kea tu..mesti wangi je bila makan..mane nak cari?

    ReplyDelete
  19. jujurnya, semua di atas tak penah makan =)

    ReplyDelete
  20. rendang pucuk ubi pernah dengar.. yang lain tak..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum