Campaigns

Jul 7, 2015

# Sharing # Suka-suka

Nak Beli Rumah Tapi Kena Bayar RM500 Jadi Ahli Dulu? Wanita Ini Bongkar Sindiket Penipuan

Assalamualaikum semua
cepatnya masa berlalu kan, sedar x sedar lagi 10 je lagi nak raya
macam mana persiapan raya semua? bagi Anum tahun ini kami hanya biasa2 sahaja..
Ok pagi ini nak share entry mengenai nak beli rumah. Jom kita terjah
Tengok harga rumah sekarang memang boleh buat sesak nafas, 
lagi-lagi rumah di sekitar Lembah Klang. 
Atas sebab itulah ramai terpaksa menyewa dek 
kerana kekangan seperti gaji yang tidak melayakkan diri untuk memiliki rumah sendiri.
Namun iklan daripada syarikat pemaju ini tentang 
harga rumah yang cukup murah dan tak 
masuk akal ini mengundang seribu satu persoalan.
Betul ke ada rumah dengan harga macam ini? 
Atau sekadar sindiket memandangkan 
kena bayar RM500 untuk jadi ahli dulu? 
Ditawarkan dengan harga rumah yang berkali-kali 
murah daripada harga asal pastinya menjadi perhatian ramai. 
Tambahan pula syarikat pemaju ini siap membuat 
promosi di sekitar pasaraya dan pusat beli belah seluruh Malaysia.
Yang peliknya nak beli rumah tapi kena bayar RM500 dan jadi ahli terlebih dahulu. 
Selepas bayaran dibuat, sebaliknya hanya resit sahaja yang diberi, 
bukan sebarang surat perjanjian. Boleh percaya ke?

Tiada bukti projek terdahulu
Ragu dengan harga rumah yang ditawarkan, 
segelintir netizen cuba mendapatkan kepastian 
namun jawapan yang diberikan cukup menghampakan.
Walaupun didakwa sudah lebih 20 tahun menjalankan perniagaan, 
pemaju berkenaan gagal menunjukkan sebarang 
bukti tentang projek-projek yang telah dibangunkan.
Malah usaha orang ramai untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang butiran lanjut berkenaan rumah yang ditawarkan dan latar belakang syarikat tidak berjaya. 
Hasil semakan status syarikat juga tiada 
rekod.

Siap beli untuk anak
Andai benar seperti yang didakwa, syarikat pemaju ini wajar dikenakan tindakan undang-undang memandangkan ia seolah mengambil kesempatan terhadap golongan yang memerlukan.

Yang kena orang kita juga.
Apa-apa pun harap korang semua berhati-hati. 
Jangan sebab nak beli rumah,kita kena tipu bulat-bulat. 
Selamat berpuasa ya :)

30 comments:

  1. ape la aniaya org mcm tu..kalau btl rumah tu ada ok la..ni tanah pun xde..susah skang ni..kesian kt pakcik makcik yg nk sgt beli rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la paling kesian org2 tua kena tipu kan

      Delete
  2. ishh bahaya betul zaman sekarang..orang sanggup menipu kerana duit..yang kesian yang menjadi mangsa tu..kena berhati² nak beli rumah

    ReplyDelete
  3. kesian kt org btul2 nak..biase gologan pndpatan sderhana yg berebut2 nk rumah murah ni...

    ReplyDelete
  4. ish..mcm²..tenang sgt ke hidup tu dgn menganiaya org lain..ish..mcm²

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la dia mybe tenang kat dunia la kan

      Delete
  5. RM500 tu bukan satu jumlah yang sedikit.
    Memang kena berhati2.. mana ada harga rumah murah macam tu lagi..

    ReplyDelete
  6. ishh, nak beli rumah kene selidik dulu betul2kan kak. takut ditipu. RM500 byk jugak tu nilainya.

    ReplyDelete
  7. macam2 cara orang nak menipu sekarang ni

    ReplyDelete
  8. First time jejak kaki kat sini.
    Selalu nampak Hanum rajin komen blog orang.
    Selamat berkenalan.
    Jemput singgah blog picisan saya http://intandayani.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. zaman orang sanggup buat apa saja demi wang. kesian yang kena tipu.

    ReplyDelete
  10. bahayanya...kalau ada yg jenis mudah percaya melulu then kuarkan rm500 bg kat mereka..duit melayang free je...

    ReplyDelete
  11. dia tahu,kita yg bumiputra ni memang tak mampu nak beli rumah yang mahal.so ambik kesempatan kononnya.Fida kalau jumpa org macam tu memang peluru berpandu la sales person tu nak jawab.Fida suka tanya banyak soalan.tak macam husband..dia ok jer semua...yerlah dia tahu Fida yang akan byk soal nanti..

    ReplyDelete
  12. boleh minta refund balik tak rm500 tu..lps kuarkn wet kat atm byr, dia bg resit n brochure pic2 rmh je.. ingatkan dlm paper bag tu ade tulis detail project pe..time tu dah 10pm xsempat nak pikir panjang..tengok murah teros grab je.. sedih kena tipu lagi.. melayu oh melayu..

    ReplyDelete
  13. boleh minta refund balik tak rm500 tu..lps kuarkn wet kat atm byr, dia bg resit n brochure pic2 rmh je.. ingatkan dlm paper bag tu ade tulis detail project pe..time tu dah 10pm xsempat nak pikir panjang..tengok murah teros grab je.. sedih kena tipu lagi.. melayu oh melayu..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/