Campaigns

Jul 1, 2015

Marah Boleh Mengundang Sakit Jantung..? Fakta atau Drama..

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Assalamualaikum…Jom kita sembang2 satu topik hari ini..Biasa kan kalau kita tengok drama-drama kat tv bila marah sangat je sakit jantung, bila terkejut je sakit jantung especially those yang dah berumur tu yang jadi CEO syarikat kononnya..Tapi betul ke kalau kita rasa marah kita boleh mengundang sakit jantung...? 
Ok sebenarnya saya ada terbaca di sebuah artikel tentang perkara ini...Satu Kajian telah dijalankan di Australia yang mana hasil kajian mendapati memang benar marah boleh mengundang sakit jantung..Tetapi selain tu ada satu lagi perasaan selain marah yang boleh mengundang sakit jantung..apadia..teruskan membaca..

Kajian dilakukan dengan mengambil 313 orang pesakit di Hospital Royal North Shore di Sydney sebagai sampel kajian.Ia dijalankan pada tahun 2006 sehingga 2012.

Setiap pesakit telah diberikan soalan yang mengandungi serangkai pertanyaan yang  mengundang kemarahan dan menyebabkan serangan jantung dialami oleh mereka. Mereka disuruh menjawab peristiwa yang terjadi selama 48 jam sebelum mengalami serangan jantung.

Daripada penelitian yang dilakukan 8 orang iaitu 2.2 % pesakit telah mengalami kemarahan akut sebelum mengalami serangan jantung.

Jarak di antara waktu kemarahan sehingga serangan jantung tiba ialah di antara 2 sehingga 4 jam.

5 orang responder telah menyatakan bahawa mereka mengalami marah yang amat sangat sebelum mengalami serangan jantung.


Kesimpulan daripada penelitian yang dilakukan adalah:

1. Orang yang suka marah berisiko mendapat serangan jantung 8.5 kali lebih cepat dalam jangka masa 2 jam.

2. Perasaan cemas memicu serangan jantung 9.5 kali cepat daripada marah.

"Walaupun risiko mengalami serangan jantung disebabkan perasaan marah yang melanda diri kecil, namun data menunjukkan bahaya itu nyata dan masih ada" Kata Dr. Thomas Buckley yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

23 comments:

  1. Yelaa kot...klu perasan time kite marah...jntung pun laju je..

    ReplyDelete
  2. Huhuhu tgk gambar tuu adoiii skitnyerr raser ..Nice sharing Anum..Tq

    ReplyDelete
  3. patut la dalam drama tv kalau ayah dia marah tiba2 je sakit jantung..kan?/heheh

    ReplyDelete
  4. nice sharing
    kena buat cool j lps ni.tak mo marah marah dah

    ReplyDelete
  5. kena cool la lps ni x mo mrah marah
    thanks sis nice sharing

    ReplyDelete
  6. Jangan marah²..lagi² bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  7. Betul kot... so kena kawal rasa marah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kalau kita leh kawal kemarahan kita menang di sisi Allah S.W.T

      Delete
  8. macam mana nak cool down kalo dah betol2 brapi ? adus.. kalo pendam je stress gak en..

    ReplyDelete
  9. Takutnyaaaa... selalu gak okje marah tu....

    ReplyDelete
  10. Kena kawal marah la lepas ni....kalau tk risiko sakit,jantung nant...

    ReplyDelete
  11. hehehe..teringat masa kecik dulu.Abah selalu kata...kalau kita selalu p main golf kita mudah kena sakit jantung.Motif sampai sekarang Fida tak faham2..merepek ke abah Fida tu?

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of