Campaigns

Jul 8, 2015

8 Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera... 

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda boleh pilih pelbagai jenis juadah yang jarang ditemui pada bulan-bulan lain. Memang banyak pilihan yang mampu menggoda nafsu. Lebih-lebih lagi jika gaya persembahan sajian tu nampak sedap dan mampu menarik perhatian anda, kan?

Cuma jika anda ingin kekal sihat sepanjang bulan puasa ni, pastikan memilih makanan sesuai. Iaitu makanan seimbang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan di bawah; 

 1. Roti dan bijirin

2. Susu dan produk tenusu lain

3. Daging dan kekacang

4. Sayur dan buah-buahan

5. Lemak dan gula (diambil sedikit saja)


Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, berat badan anda pun dapat dikekalkan. Malah, jika anda ingin kuruskan badan, bulan puasa nilah masa yang paling sesuai. Cuma anda perlu sedar, yang penting ialah kualiti makanan yang diambil. Bukannya kuantiti tau.

Dengan mengambil makanan yang berkualiti, ianya dah mampu menampung keperluan tubuh anda. Walaupun anda hanya mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. :) 
Berikut 8 cara pemakanan sihat sepanjang Ramadhan untuk anda;

1. Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.

2. Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.

3. Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.

4. Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.

5. Lagi satu, elakkan makan berulam air. Senak perut anda nanti.

6. Selain itu, anda digalakkan bersahur. Kan sunat tu.

7. Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kompleks karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

8. Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda. 
Akhir sekali, semoga cara pemakanan di atas dapat membantu anda kekal sihat ketika berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa. :)

22 comments:

  1. hahaha orang kita buka puasa macam-macam..mengalahkan setahun tak makan

    ReplyDelete
  2. Klu kita rse nk makan semua je.. Hihi

    Kena berubah ni, makan yg berkhasiat je..

    ReplyDelete
  3. aku pulak kalau tak pedas, tak lalu nak makan...huhu...

    ReplyDelete
  4. info yang baik utk menjaga kesihatan...
    follow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq

    ReplyDelete
  5. makan macam tiada lagi esok..itu amalan berbuka puasa rakyat malaysia

    ReplyDelete
  6. Bagus sangat sharing ni. Memang patut diikuti kalau betul-betul nak jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  7. penting jaga pemakanan di bulan puasa ni untuk kekal bertenaga berpuasa

    ReplyDelete
  8. kena bersahur kalau nak bertenaga di siang ramadhan
    pemakanan yg betul penting utk dptkan tubuh bdn yg sihat n cergas

    ReplyDelete
  9. Assalam anum, mesti la makan makanan yg berzat, berkhasiat, sebab Aurel susu badan.. so, penting utk tumbesarnya.... TQ Anum!

    ReplyDelete
  10. kita sahur selalu makan roti je kak. hehe

    ReplyDelete
  11. tips no 1 dah susah nak ikut. hihi

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Tags

allaboutdart (21) Anniversary (28) Arissa Zahra (10) Blogger (7) Bloglist (8) Bloglist #1 AnumKhairil (2) Dart (22) darters (20) Holiday (172) Honeymoon (18) Instagram (13) My Family (112) Reviews (4) Sharing (438) SPONTANEOUS (136) Travel (101) Wedding (56) Weekend (30) Wordless (165) XPDC (9)