Campaigns

Jun 3, 2015

Taman Botani Negara Shah Alam Part 1

Assalamualaikum semua
Bestnya cuti skeolah nie datang keja
Jalan x sesak. hehe
Ok la hari ini nak share gambar2 kami lepak dekat TBSA

 Kelapangan cuti weekend yang lalu, Anum& Hubby berkesempatan berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam. Tujuan kami ke Shah Alam juga disebabkan hajat hubby yang ingin makan laksa. Namun sebelum ke sana, kami mengambil keputusan untuk singgah berjalan-jalan ke Taman Botani Negara ini atau dikenali juga dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah, memandangkan ia berada tidak jauh dari lokasi yang hendak kami tuju.
 Untuk ke setiap lokasi di Taman Botani Negara ini ada disediakan bas. Pengunjung boleh memilih sama ada berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal yang ada disediakan di sana. Bagi kes kami ini, bas adalah pilihan yang sesuai.
  Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati antaranya ialah Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Rempah Ratus, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Padi dan Taman Konservasi Herba. Sayangnya, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim ditutup kerana ia sedang dalam proses pencairan iklim untuk persediaan musim bunga dan akan dibuka semula penghujung bulan nanti. Memandangkan waktu yang terhad kami hanya bersiar-siar ke lokasi Taman Haiwan sahaja.
 Haiwan-haiwan yang terdapat di Taman Haiwan ini tidaklah sebanyak jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di zoo. 
 Namun bagi anak-anak ia sesuatu yang menarik bila dapat melihat rusa dan kuda yang banyak terdapat di sana secara dekat. 
 Selain itu seronok juga melihat haiwan spesis reptilia yang ada.. nampak 'brutal' je walaupun kecil..
 Macam x terjaga landak nie, kesian plak Anum tgk :(
Yang nie dah kenapa ntah, masa Anum sampai kuda ini memang dah ngadap wall je, mybe merajuk agaknya.. 
Pandangan peribadi Anum haiwan2 di sini kurang jagaan...ermmmmm
 Tempat landak ni sangat kotor...

Anum & Hubby memang x boleh tgk haiwan macam terbiar ye la sebab dah nama pun di pelihara kan so kena la jaga elok2, ini x kebanyakan tempat haiwan sangat kotor.. ermmmmm
 Kami terus beredar dari taman haiwan sebab x ampai hati tgk haiwan2 kotor semua.
Esok Anum sambung lagi ya  
Share:

25 comments:

  1. Agaknya tak cukup dana utk tampung kos penjagaan haiwan tu semua ... huhu

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pergi... last pergi masa pregnant anak sulung 6 thn lepas.. nak kena g lagi lah.. yg basikal tu berapa yer sewa..

    ReplyDelete
  3. Singgah pagi...
    Rajin nyer la berjalan kakak nieyl sorang nie....

    ReplyDelete
  4. mba itu kuda nya kenapa kaya yang lagi galau hehehe

    ReplyDelete
  5. dah lama tak ke situ
    tapi saya memang ada dengar tempat tu kurang jagaan

    ReplyDelete
  6. wah bestnya. lama tak pergi taman ke zoo ke. hehe.

    ReplyDelete
  7. HURM....takmo la gi tgk animal yg tak terjaga n kotor, rasa kesian..rasa nak lepaskan tak dowang anum? heheheh....

    ReplyDelete
  8. haa betul lah ni bukit cerakah....dulu kecik2, kita ada rombongan gi sini :D hihihih best, sebab dulu2 ade jambatan gantung, dekat atas pokok :D

    ReplyDelete
  9. mungkin sebab kurang publisti dekat media cetak dan elektronik..rasanya..inilah masanya para blogger mempromosikan taman yang dulunya gah tapi sekarang mundur kan..jom ramai2 serbu taman ni..kalau buat gotong royong dengan para blogger pun best ni..dapat gak membantu.kan..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels