Campaigns

Jun 25, 2015

SPONTANEOUS THURSDAY #100

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum nak kongsi tips yang Anum dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.
Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan pagi.
“Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”
Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.
Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:
1.            Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
2.            Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
3.            Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.

Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.
Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tak menderita seperti sekarang.
Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.


Share:

15 comments:

  1. cik en selalu terkejut memalam.. tp selalunya x la terkejut2 bgun.. nanati melayang je.. heheh.. tq anum

    ReplyDelete
  2. Salam.. Haii.. Dramatic Uniq blog walking kat sini. Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00

    Jemput join tau...!! Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. alamak...takut gak...sb memang kalau selalu nak ke bilik air waktu tidur memang cepat2 nak ke bilik air...tq for info

    ReplyDelete
  4. Ohh,...cmtu ek?
    selalu klu turun katil je...terus masuk bilik air

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. akak copy paste ye.. ;)

    ReplyDelete
  6. nice sharing tenkiu kak
    skrg ni kan kerap sgt bgn malam sbb lps berbuka n malam kena mnm air kan.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels