Campaigns

Jun 22, 2015

Ini Adalah 6 Perkhidmatan Online Untuk Orang Yang Pemalas Seperti Anum

Assalamualaikum semua
Sekarang ni kalau boleh semua benda nak kena ada depan mata. Maklum lah kadang-kadang sifat malas tu memang tak boleh buang kan. Biasa lah letih bekerja, penat badan, penat otak dan penat macam-macam lagi lah.
Nasib baik lah dunia kini serba maju. Dulu nak beli barang, nak bayar bil bagai kena keluar rumah pergi bayar kat pejabat pos. Dah tu, kena beratur panjang lagi. Aduh malas nya! Tapi takpe sekarang segala kemudahan di hujung jari je tau.
1) Goget.my
Pernah satu kali ni nak charge phone kat rumah tapi charger rosak. Bateri pula tinggal 25% je. Hubby pula nak bergayut dengan Anum. Aduh.. parah ni! Punya lah pemalasnya Anum ni sampai gunakan servis Goget.my untuk belikan charger. Yang bestnya, delivery caj sangat murah, dalam RM10.
Tukang deliver pun sangat bersopan santun. Sebelum nak beli, dia siap call tanya Anum sama ada nak beli charge yang bodoh-bodoh atau power sikit. Nasib lah jadi pemalas macam Anum ni. hihi

2) Kaodim.com
Nama macam company cina kan? Tapi, kaodim.com ni pun power gila sebab Anum tak perlu nak susah payah mencari tukang repair aircond.
Ada one time ni, aircond rosak. Jadi, Anum cari-cari jumpalah website ni. Anum isi segala details dan tak sampai 2 jam dapat feedback. Bestnya kaodim.com ni akan propose sehingga 5 jenis company untuk fix the aircond.
Maka, Anum ada option untuk pilih yang murah dan menjimatkan.
3) Food Panda
 
Pemalas level 999 seperti Anum kalau lapar sampai separuh mati pun kalau dah malas nak keluar tu, memang harapan la nak keluar. Sanggup berlapar la beb!
Nasib baik la Anum ada aplikasi FoodPanda ni haa. Order online je.. Macam-macam jenis makanan ada. Korang nak Krispy Kreme ke, Starbucks ke semua adooo! Yang best, Anum boleh bayar pakai online atau COD.
4) Happy Fresh
Tengah buat kerja kat office Hubby suruh singgah beli barang dapur masa balik nanti. Alahai malas nya.. Balik time office hour confirm jam teruk.
Lepas tu kalau dah beli barang basah semua mesti kereta berbau. Takpe hubby, baru ingat ada satu aplikasi ni boleh order je barang yang fresh macam sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan mentah untuk dimasak.
Jangan risau, diorang akan pilih barang yang terbaik untuk kita. Caya lah!
5) MyEg online 
 

 Dah seminggu ni drive baru perasan lesen dah expired. Nak pergi tukar lesen baru takde masa pula. Tiap-tiap hari kerja, keluar pagi balik pula lewat malam. Sabtu dengan ahad nak rehat kat rumah.
Benda kecik punya hal bro, pergi je laman web MyEg dan korang boleh terus renew lesen menerusi perkhidmatan online. Nak renew roadtax pun boleh. Senang kan?
6) MyTaxi
Pada korang yang memang ada perangai malas nak drive macam Anum ni, guna lah MYTEKSI ni. Iya lah.. bukannya apa, pagi-pagi bangun je tidur dah nak kena redah traffic jam. Mata pun mengantuk lagi.
Jangan risau servis MYTEKSI ni memang cepat dan kalau korang duduk ceruk mana pun driver MYTEKSI ni mesti boleh track tempat duduk dan lokasi korang punya lah! 
Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels