Jun 30, 2015

Zaman dah berubah

Assalamualaikum semua
Selamat Petang.. 
Apa nak masak menu berbuka hari ini ya, bdan x berapa sihat lagi..
Tekak mcm nak makan menu2 kampung. hehe
Ok la petang nie nak share mengenai tahun 2015 ini
Korang ada lagi terima kad raya lagi x? ye la zaman dah canggih nie kan..
Last year x silap Anum dapat 3 @ 4 keping kad raya
Hehe actually Anum memang suka kumpul kad raya tau...
 Tau2 ptg tadi posmen datang tempat Anum dan kasi nie....
 Horeyyyyyyyyy Anum dapat Kad Raya
 Bestnya x sangka dapat Kad Raya lagi tahun ini
Terima kasih banyak2 buat Blogger Yana Yani 
Anum dah terima Kad Raya dari awak... Sukanya... :)
Ini Kad Raya yang pertama utk tahun ini :)

IFTAR with Family Temerloh Part I

Assalamualaikum semua
Hari ini betul2 x de mood nak keja sebab Anum x berapa sihat
Semalam dah mc, hari ini gagahkan diri dtg keja jugak
Ok la hari ini Anum nak up gambar2 last weekend
Last weekend memang plan balik kampung utk IFTAR with family
Jom layan gambar2 kami ya
 Alhamdullilah around 6.50 selesai masak
 Antara menu yang ada utk IFTAR
  My nephew, besar dah Along kan
 Walaupun simple je menu tapi kalau dah makan beramai mau bertambah nasi kan
 Uda yang sangat nakal.. hehe
So now kita tunggu masa utk IFTAR je la
 Alhamdullilah jom berbuka
 X cukup lagi adik beradik Anum.
 Masa ni ada lagi 3 org x balik utk IFTAR.. 
 My Big Family.. mana x nya Anum ada 10 adik beradik.. 
 Haha, Kak mon, Zai & K.long x dapat balik kampung sebab ada hal tertentu.. 
 selesai makan nasi.. jom try dessert Anum buat plak ek.. 
Puding Sagu Gula Melaka..
Ok stop sini banyak keja nak siapkan , 
semalam dah mc.. adoi perut masih memulas lagi nie, kepala sakit.. 
memang x de mood nak keja.. uwaaaaaaaaaaaaaaa :(

Jun 29, 2015

Panduan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua
Wah hari ini Anum rasa bersemangat datang keja..
Nak tahu sebab apa, nanti inshaallah esok Anum up entry ya
Ok pagi ini Anum just nak share tips kesihatan ya
Elakkan beberapa masalah yang biasa dihadapi ketika berpuasa di bulan Ramadhan; berpuasa dengan selesa dan nikmati sepenuhnya faedah kerohanian bulan Ramadan. Sepanjang bulan suci Ramadan, diet kita tidak seharusnya berbeza banyak daripada diet normal dan seharusnya seringkas yang mungkin.

Disenaraikan isu atau masalah kesihatan yang biasa dihadapi pada bulan Ramadhan, sebab-sebab dan cara mengatasinya

Sembelit

Sembelit boleh menyebabkan buasir (hemoroid), fisur (rekahan terusan dubur yang menyakitkan) dan gangguan pencernaan (senak) serta rasa kembung.

Punca: Terlalu banyak makanan ditapis, air terlalu sedikit dan tidak cukup serat dalam diet.

Cara Mengatasi: Elakkan makanan bertapis yang berlebihan, tingkatkan pengambilan air, gunakan tepung gandum penuh apabila membuat roti. 

Gangguan Pencernaan dan Angin

Punca: Terlalu banyak makan. Terlalu banyak makanan goreng dan berlemak, makanan pedas, dan makanan yang menyebabkan angin seperti telur, kubis dan kacang dal. Minuman berkarbonat seperti Cola juga menghasilkan gas.

Cara Mengatasi: Jangan makan terlalu banyak. Minum jus buah atau lebih baik lagi, air mineral. Hindari makanan yang digoreng, tambahkan jintan manis dalam makanan yang menyebabkan angin.

Keletihan (Tekanan Darah Rendah)

Peluh berlebihan, lemah, letih, kekurangan tenaga, pening kepala, terutama apabila bangun dari duduk, kelihatan pucat dan rasa pitam adalah gejala yang dikaitkan dengan "tekanan darah rendah". Ia biasanya berlaku menjelang petang.


Punca: Pengambilan cecair terlalu sedikit, kurang pengambilan garam. 

Cara Mengatasi: Duduk tempat sejuk, tingkatkan pengambilan cecair dan garam. 

Perhatian: Tekanan darah rendah perlu disahkan dengan mengambil bacaan tekanan darah apabila gejala kelihatan. Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mungkin perlu diselaras semula pengambilan ubat mereka semasa Ramadhan. Mereka seharusnya mendapatkan nasihat doktor. 

Sakit Kepala 

Punca: Kafein dan pengeluaran tembakau, melakukan terlalu banyak perkara dalam satu hari, kurang tidur, dan kelaparan. Biasanya berlaku di sepanjang hari dan menjadi lebih teruk di penghujung hari. Apabila dikaitkan dengan tekanan darah rendah, sakit kepala boleh menjadi agak teruk dan juga boleh menyebabkan rasa mual sebelum berbuka puasa. 

Cara Mengatasi: Kurangkan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, mulakan satu atau dua minggu sebelum Ramadhan. Teh herba dan bebas kafein boleh dijadikan sebagai pengganti. Atur semula jadual anda di bulan Ramadan supaya anda mendapat tidur yang cukup. 

Gula Darah Rendah 

Rasa lemah, pening, keletihan, penumpuan yang lemah, berpeluh dengan mudah, rasa goyah (menggeletar), tidak dapat melaksanakan aktiviti fizikal, sakit kepala, berdebar-debar adalah gejala gula dalam darah rendah. 

Punca (bukan pengidap diabetes): Mengambil terlalu banyak gula iaitu karbohidrat terproses terutamanya waktu sahur. Badan menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan glukosa darah menurun. 

Cara Mengatasi: Makan sesuatu pada waktu Sahur dan hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula. 

Perhatian: Pesakit kencing manis mungkin perlu menyesuaikan ubat-ubatan mereka pada bulan Ramadhan. Minta nasihat doktor anda. 

Kekejangan Otot

Punca: Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. 


Cara Mengatasi: Makan makanan yang kaya dengan mineral tersebut seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging dan kurma. 

Perhatian: Mereka yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan yang mempunyai masalah batu karang hendaklah merujuk doktor mereka. 

Ulser Peptik, Pedih Ulu Hati, Gastritis dan Hernia Hiatus 

Paras asid yang meningkat di dalam perut yang kosong di bulan Ramadhan memburukkan keadaan di atas. Ia membuat rasa terbakar di dalam perut di kawasan di bawah tulang rusuk dan boleh sampai sehingga ke kerongkong. Makanan yang pedas, kopi dan minuman berkarbonat memburukkan lagi keadaan ini. 

Ada ubat yang boleh mengawal tahap asid di dalam perut. Mereka yang mendapat ulser peptik dan hernia hiatus seharusnya meminta nasihat doktor mereka sebelum Ramadhan. 

Batu Karang 

Batu karang boleh berlaku pada orang yang kurang mengambil cecair atau minum. Oleh itu, adalah penting untuk minum cecair tambahan bagi mencegah pembentukan batu. 

Sakit Sendi
Punca: Semasa Ramadan, apabila solat tambahan dilakukan, tekanan ke atas sendi lutut bertambah. Di kalangan orang tua dan mereka yang mempunyai artritis, ini boleh menyebabkan kesakitan, kekejangan, bengkak, dan ketidakselesaan.


Cara Mengatasi: Kurangkan berat badan supaya lutut tidak perlu untuk menanggung apa-apa beban tambahan. Lakukan senaman yang melibatkan anggota bawah sebelum Ramadhan supaya ia bersedia untuk terikan tambahan. Mempunyai fizikal yang sihat membolehkan seseorang melaksanakan solat dengan mudah.

Harap semua tips yang di kongsikan dapat membantu anda semua..
Salam Ramadhan12


Jun 26, 2015

Ikhlaskah Kita?

Assalamu'alaikum & Selamat Petang..

Panduan untuk mengukur keikhlasan kita:-


1. Apakah kita sembahyang, wirid, zikir, doa dan baca Quran di rumah dengan di masjid ada perbezaan? Di rumah kita buat cepat-cepat dan lebih kurang sahaja sedangkan di masjid kita lakukan dengan penuh teratur, tertib, sopan, dengan suara sedap atau cuba sedap-sedapkan suara kita. Ertinya kita buat lebih baik bila berada di masjid yakni di depan orang ramai. Itu tandanya tidak ikhlas.

2. Pernahkah kita tidak buat sembahyang sunat sewaktu di rumah tetapi kita buat atau buat lebih banyak kalau di masjid? Kita buat kerana takut orang kata atau malu pada orang. Itu tandanya tidak ikhlas.

3. Kalau ada orang puji, apakah ada rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji adakah rasa marah atau sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, ertinya belum ikhlas.


4. Apakah kita menderma dengan bersyarat, misalnya mesti ditulis dalam daftar atau disiarkan dalam akhbar dan tv? Kalau tidak, kita tidak mahu menderma untuk masjid, surau, anak yatim, sekolah Islam dan lain-lain lagi. Atau terpaksa ditulis nama kita pada mana-mana batu asas. Kalau tidak, kita tidak menderma. Itu tanda tidak ikhlas..

5. Adakah kita membaca Al-Quran bertujuan untuk dapat hadiah besar atau piala dan lain-lain? Kalau tidak kita malas atau langsung tidak membacanya.Itu tanda tidak ikhlas.

6. Cuba kita renung-renungkan, adakah kita buat kebaikan kemudian suka sebut-sebut atau dengan harapan supaya orang itu balas kebaikan kita? Apakah selepas kita berbuat baik pada seseorang, kemudian bila dia lukakan hati kita, langsung kita berkata di depan atau di belakangnya: “Tidak patut engkau buat begini pada aku. Aku dah banyak tolong engkau. Kalau aku tak tolong selama ini, susah engkau. Memang orang tak kenang budi.” Ini juga tanda tidak ikhlas.

7. Pernahkah kita menderma hanya di depan orang tetapi kalau secara sembunyi, kita tidak menderma? Ini juga tidak ikhlas.


8. Apakah kita suka segala kebaikan hanya dicetus oleh kita sahaja? Bila orang lain yang buat kebaikan itu, kita tidak suka. Ini juga tidak ikhlas.

9. Adakah waktu kita berjawatan, kerana ada gaji dan elaun maka kita aktif dan gigih berjuang memperkatakan Islam? Kita bersyarah merata-rata tempat. Tapi bila tidak ada jawatan, kita tidak minat buat kerjakerja itu lagi. Atau kita ditukar jawatan, bukan jawatan agama lagi, langsung kita tidak minat sebut Islam lagi. Ini ada udang di sebalik batu namanya, tanda tidak ikhlas.

10. Apakah kalau pergi berdakwah di tempat yang jauh itu kita pandang pada elaun? Kalau tidak ada mileage dan elaun kita tidak pergi. Atau kalau pergi pun dengan hati yang berat. Terpaksa. Ini juga tanda tidak ikhlas.

11. Apakah kita ghairah menyebut Islam ini hanya dalam pidato-pidato atau seminar-seminar saja tetapi dalam perbualan-perbualan biasa tidak sibuk mengatakannya? Ertinya tidak sebut langsung fasal Islam. Ini juga tidak ikhlas kerana ada motif nama dan kemasyhuran.

12. Adakah kita sanggup mengajar hanya kerana kita diberi gaji? Kalau tidak ada gaji, kita tidak sanggup? Atau kalau mengajar juga secara terpaksa kerana takut dikatakan, ‘Ada ilmu, tapi tidak sampaikan ilmu!’. Itu tanda tidak ikhlas..

13. Pernahkah kita memperkatakan Islam itu hanya sewaktu-waktu kita harapkan dapat kerusi di Parlimen? Atau hendak tambat hati rakyat dengan harapan parti kita dapat memerintah? Tapi bila tidak ada kerusi lagi atau sudah tua, kita tidak sibuk-sibuk lagi memperjuangkan Islam. Ini ada kepentingan diri namanya. Juga tidak ikhlas.

14. Adakah kita buat teguran hanya pada orang-orang kecil atau orang bawahan sahaja? Tetapi bila tuan-tuan di atas kita buat kesalahan, kita tidak berani hendak tegur? Ini tanda tidak ikhlas.

15. Adakah di depan ramai sahaja kita kuat jaga disiplin? Berlakon jadi baik. Bila di belakang orang, hilang disiplin. Mulalah tidak dapat hendak kawal mata keranjang. Mula tidak dapat mengawal telinga, dan tidak berakhlak. Ini berakhlak tidak ikhlas namanya.

16. Adakah bila kita ada jawatan dalam kampung atau di masjid atau apa-apa juga jawatan dalam masyarakat, baru mahu berkorban? Tetapi bila tidak ada jawatan, tidak mahu berkorban lagi. Itu tanda kerja kita tidak ikhlas.

17. Renungkanlah, apakah kita mahu belajar Islam kerana ada jaminan masa depan? Kalau tidak, mungkin kita tidak belajar. Atau tidak bersungguh-sungguh belajar Islam. Ini juga tidak ikhlas.

18. Pernahkah kita beri bantuan kerana orang itu berbuat baik kepada kita? Sedangkan kalau orang tidak berbuat baik pada kita, kita tidak suka membantunya, walaupun orang itu patut dibantu.Ini juga tidak ikhlas.

19. Adakah kita rasa tidak senang bila ada orang sekali-sekala menggantikan kita berceramah atau bersyarah di tempat-tempat kebiasaan kita. Atau kita rasa bangga atau rasa senang hati kerana dia membantu kerja-kerja kita buat kebaikan? Jika tidak, ini juga tanda tidak ikhlas.

20. Pernahkah terjadi dalam mana-mana mesyuarat atau mana-mana perbincangan, kita mahu biarlah cadangan-cadangan yang baik dan bagus hanya datang dari kita? Kalau ada orang lain turut sama memberi pandangan walaupun baik, kita rasa tidak senang? Ini tanda tidak ikhlas. Orang yang ikhlas, dia mahu orang lain juga dapat memperkatakan kebenaran. Bukan hanya melalui dirinya seorang.
21. Adakah depan orang ramai saja ilmu Islam itu jadi bualan kita tetapi bila berhadapan dengan anak isteri, kita bungkam? Malas hendak memperkatakan Islam. Tidak ghairah hendak sebut hal-hal Islam atau hal-hal perjuangan. Ini juga kerana bermotif nama dan kemasyhuran. Depan anak isteri mana dapat nama atau kemasyhuran.

22. Adakah kita hantar anak belajar di satu-satu sekolah kerana mengharapkan didikan, tarbiah dan akhlak yang baik? Bukan kerana jaminan sijil atau dapat kerja? Atau sebaliknya yakni kalau tidak ada sijil atau tidak ada jaminan kerja, kita tidak hantar anak kita walaupun sekolah itu baik didikannya? Ini juga tidak ikhlas.

23. Adakah kita menutup aurat kerana orang suruh atau menutup aurat ini hanya di tempattempat yang tertentu sahaja? Atau di majlis-majlis rasmi sahaja seperti majlis kematian. Atau menampakkan sebahagian anggota yang terlarang atau pakaian terlalu ketat atau jarang? Atau bertudung untuk bermegah-megah? Ini semua tidak ikhlas.

24. Seorang yang pernah kita beri bantuan kerana dia patut menerima lantaran kemiskinan atau kesusahannya, kemudian dia cacatkan hati kita, apakah kita terus memberikan bantuan itu? Kalau kita teruskan memberi bantuan itu kepadanya, itu tanda ikhlas.

Cukuplah setakat ini contoh-contoh yang lumrah berlaku di tengah-tengah kehidupan kita. Agar ia menjadi kayu pengukur sejauh mana keikhlasan kita selama ini. Kita tentu ada penga-laman bersama dalam salah satu hal-hal yang berlaku di atas.


Kalau begitu ukurlah diri masing-masing, apakah usaha-usaha, kerja-kerja dan amal ibadah sudah ikhlas atau belum?Untuk mendapat ikhlas amat susah. Tetapi bila tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. Tidak ada nyawa ibadah. Walaupun manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong. Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu sahaja.


Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT:
“Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta.”Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih).


IFTAR with @ Siblings KL

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah hari ini dah masuk Ramadhan yang ke 9
Hari ini Anum just nak share gambar IFTAR last weekend..
Yang nie just plan nak berbuka sama ngan siblings KL
 Restoran yang menjadi pilihan Kak Mon
Masakan Cina Muslim
 Kami sampai awal around 6.30pm
 x lama kemudian Kak Mon & Adiq sampai
 Masa nie dah nak masuk waktu berbuka

 Arissa mood baik, macam org pose gak dia, lapar2 
Ini plak antara menu yang kami order, ada banyak lagi tapi x sempat nak snap satu2..hehe
 
 
 
 
Haha, gambar masa mula2 sampai..hehe
Ok la x sabar nak tunggu weekend nie
nak tau kenapa tunggu entry Isnin ya
Oh ya lupa nak share dekat mane restoran nie
kepada sesiapa yang nak try boleh la amik contact details nie ya


The Country Kitchen
32 Jalan Datuk Sulaiman, 
Taman Tun Dr. Ismail,
Taman Tun Dr Ismail, 
Kuala Lumpur 60000
+60 3 7733 6409 
019 778 6409

Jun 25, 2015

IFTAR

Assalamualaikum semua
Selamat petang semua :)
Petang nie up gambar2 semalam IFTAR bersama my lovely sister
Kami gerak dr office pukul 5pm
Nasib baik gerak awal, sampai TTDI around jam 6.30pm.
Biasa la bila bulan puasa semua jalan sesak kan..
Ok kali ini kami berbuka di 38thirtyeight Cafe @ TTDI
Jom kita terjah apa yang best disini :)
 Ok bila dah tengok menu terdetik kat dalam hati macam best je nie.. 
Oh ya lupa nak kasi tahu kali ini IFTAR dengan my lovely sister sahaja.. 
Kak Mon dah book meja so kami just datang order apa kami nak makan je.. 
 Cafe ini mempunya ruang bacaan, cantik konsep yang digunakan
 Untuk Ramadhan Cafe menyediakan pakej makanan, 
hubby tengah pilih kuih mengikut citarasanya. 
Setiap satu set akan di sajikan dengan 4 jenis kuih
 Ruangan dessert pun ada, nampak menarik gak
 Cafe juga menyediakan makanan ringan yang boleh di beli 
(kerepek2) kudap2 depan tv best nie..
 Kuih pilihan my hubby, Anum x kisah pun makan je
 Slide of lemon fav air Kak Mon
 Ok my set didatangkan dengan Nasi Kerabu
 Air pilihan my hubby & my :)
 Kak mon memilih utk amik set Mee Kari 
 Dah nama hantu bergambar wajib la selfie sementara tunggu waktu berbuka
 Yang nie plak mintak tlg staff cafe amikkan
 Kak Mon memang dah biasa dengan Cafe ini, tempat fav dia ngopi :)
 My Hubby pun pilih set Mee Kari
 Puding mango
 Cakap kat korang pengat pisang dia memang terbaik 
 Nampak x apa nie.. kalau x sedap x kan sampai bungkus lagi kan haha
Ok for me Cafe ini makanan dia sangat sedap dan murah, 
design yang sangat cantik, 
dan memang sesuai utk lepak2 ngan kawan2. hehe, 
ok sesiapa nak terjah cafe nak Anum kasi alamat ya;

38thirtyeight Cafe
No. 9, Jalan Tun Mohd Fuad 3, 
Kuala Lumpur, 
60000
Taman Tun Dr Ismail, 
03-7732 6951

Apa lagi cuba la, sangat berbaloi dan sedap :)
Hari ini macam biasa balik masak juadah berbuka.. apa nak masak ek.. any idea?

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum