Campaigns

Apr 7, 2015

# advice # Sharing

8 Taktik Halus Mak Untuk Pujuk Anak Selalu Balik Kampung

Assalamualaikum semua
Salam selasa semua...
Ok hari ini nak share tips skit
Korang pernah tak masa tengah bekerja atau berada dalam kelas tiba-tiba teringat akan ibu yang berada nun jauh di kampung. Entah kenapa rasa rindu yang membuak-buak datang dan nak sangat balik kampung.
Namun paling terkesan apabila selang beberapa jam, tiba-tiba terima panggilan daripada ibu. Nah, saat ini barulah kita sedar betapa ingatan si ibu terhadap kita jauh lebih kuat.
Kebiasaannya jarang bagi seorang ibu minta anaknya balik kampung tanpa sebab, iyalah betapa dia memahami kerjaya kita. Jadi berikut kami sediakan 8 helah bijak ibu agar anak selalu balik kampung.

1. Selalu bertanya khabar
Dah makan ke? Pergi mana je hari ini? Kerja ok? Exam boleh buat tak? Disebalik keprihatinan mereka terhadap diri kita, soalan-soalan seperti ini mungkin hint dirinya rindu dan mengharap kita pulang.

2. Kongsi foto masakan kegemaran
Di zaman teknologi yang serba canggih ini, ramai ibu tidak ketinggalan bermain Whatsapp untuk berhubung dengan anak-anak. Kekerapan si ibu berkongsi foto makanan kegemaran mungkin hint untuk kita balik. Yela nak buat kita terliur dan mengidam.

3. Minta belikan baju dan sebagainya
Bila dah dia suruh belikan barang-barang mesti la kena balik hantar dekat dia kan? Kadang-kadang tak suruh pun tapi bagi hint dah lama tak beli baju baru. Makanya, itu salah satu hint nak suruh kita selalu balik

4. Terlebih excited pasal cuti sekolah
Bila setiap kali call dia mesti akan bercakap mengenai cuti sekolah sedangkan kita pun tak ingat bila. Bagi hint la ni, rindu dekat cucu-cucu.

5. Kerap bercerita tentang kawan-kawan kita di kampung
Secara logiknya kenapa ibu kerap bercerita tentang kawan-kawan kita di kampung? Itu tandanya dia mengingati kesemua kawan kita sejak dari kecil dan rindukan anaknya.

6. Kadang-kadang beritahu rasa sunyi
Mungkin tak ramai ibu yang akan secara terang-terangan beritahu terasa sunyi tapi andai perkataan ini yang keluar dibibirnya, baliklah kampung secepat yang mungkin. Dia benar-benar maksudkan.

7. Jiran buat kenduri, takkan tak pergi?
Ini juga hint dari si ibu. Soalan yang sepatutnya ialah, “jiran buat kenduri, takkan tak balik kot?” Hurm, point dia nak suruh balik je sebenarnya, jiran itu nombor dua.

8. Call, call dan call lagi
Bila dah selalu call banyak kali macam ni, seeloknya carilah masa yang sesuai untuk pulang ke kampung. Ini bukan hint dah, ini memang betul-betul suruh balik.

30 comments:

  1. rindunya kat kg halaman bila baca entri Anum ni.
    apakan daya...nak balik selalu pun tak boleh juga..

    ReplyDelete
  2. rindu anak tak kisah taktik apa asal balik.. bgus tu =)

    ReplyDelete
  3. Nasib baik lah umah mak nieyl sebelah rumah je..
    umah mak mertua pun dekat aje...
    tak de la rindu sgt...klu rindu...pegi je sebelah rumah.. :)

    ReplyDelete
  4. ala anum..pagi-pagi dah buat kita sedih..sob2..

    ReplyDelete
  5. Tempat jauh kat hujung Sarawak.jadi nak balik kna planning betul2..sobsob!!

    ReplyDelete
  6. mak mertua akak suka guna cara no 7...hahahha/.dia macam tau2 je anak daqn menatu dia suka makan lauk kenduri..heheheh..

    ReplyDelete
  7. Ibu...kasih ibu tiada bandingan anum

    ReplyDelete
  8. Betul Num....memang selalu mak Okje buat taktik tu hihi

    ReplyDelete
  9. sedapnye masakan tu anum
    masakan sendiri x best, masakan mak baru best

    ReplyDelete
  10. dah lama tak jumpa mak...jumpa kat syurga lah kut anum..

    ReplyDelete
  11. dalam family mak.. mak CT yang duduk paling jauh.. tercampak mai penang ni haa ikut ayah..
    so memang faham benar laaa dia nye sendu kalo lama x balik kg.. drama ujung minggu..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/