Campaigns

Mar 26, 2015

SPONTANEOUS THURSDAY #98

Assalamualaikum semua
5 Momen #Geramnye Yang Serius Buat Korang Sakit Hati
Dalam hidup ni tak semestinya semua perkara terjadi dan berlaku macam yang kita inginkan, betul tak? Kadang-kadang benda simple seperti tak jadi keluar dating dengan boyfriend sebab si dia terlajak tidur pun boleh buat kita angin satu badan.

Lagi sakit hati bila dah dua hari baru dia return call kita dan minta maaf. Like seriously, dude? Okay sabar, sabar. Ini adalah sebahagian situasi yang sering dialami oleh wanita. Tapi lelaki pun ada tahap geramnya juga. Jom tengok situasi apa yang biasanya membangkitkan ‘kegeraman’ kita dari skala satu hingga lima.

1. Bungkusan Makanan Lebih Besar Dari Isi
Cuba bayangkan situasi ni. Korang tengah lapar tahap boleh gaduh dan singgah di sebuah gerai makanan di tepi jalan sebab tertarik tengok iklan di bunting yang sangat menggoda. Lagi melampau apabila ada review yang kata korang dijamin kenyang sampai esok kerana hidangan ayam gorengnya yang banyak dan besar.

Walaupun pelanggan ramai, korang sanggup beratur nak dekat setengah jam sambil membayangkan rasanya yang sedap. Tapi bila sampai rumah, rasa teruja terus bertukar hiba bila bungkusan makanan yang besar tu tak sepadan dengan saiz ayam goreng yang korang dapat. Super duper #geramnye!


2. Kehabisan Data
Tak ada apa yang lebih memalukan bagi seorang lelaki selain dipandang hina oleh wanita idamannya kerana dianggap sengkek. Okay, tak adalah sengkek mana tapi tak syok lah kalau kita dah excited nak bawa perempuan yang kita suka keluar tengok wayang pertama kali tapi tiba-tiba tak boleh masuk. Kenapa?

Sebab tak boleh nak tunjuk bukti pembelian secara online di dalam handphone akibat kehabisan data plan. Disebabkan korang tak berjaya meyakinkan abang wayang untuk membenarkan korang masuk, terpaksalah beli tiket lain di kaunter. #geramnye!


3. Beg Plastik Bukan Percuma!
Kadang-kadang kami kesian dengan juruwang di pasaraya-pasaraya besar mahupun tak berapa besar. Korang bayangkan eh, Malaysia dah lama mempraktikkan amalan tiada beg plastik diberikan kepada pelanggan pada setiap hari Sabtu kecuali atas permintaan dengan caj sebanyak RM0.20 sekeping.

Tapi masih ada lagi insan-insan ‘special’ yang tanpa segan silu bergaduh dengan cashier sebab mahukan beg plastik free. Dia tak peduli dengan apa alasan sekalipun, janji dia nak beg plastik juga tapi tak nak bayar walaupun sesen. Boleh macam tu? Kita yang beratur kat belakang rasa#geramnye! Memalukan sungguh.

4. Kredit Ditelan

Korang baru sahaja tambah nilai RM30 semalam, bangun pagi tengok baki kredit tinggal RM10 je?! Tak call sesiapa, tak SMS sesiapa tapi macam mana kredit boleh hilang macam tu je? Dah lah nak beli pas internet pun tak sempat ni. Ish rupa-rupanya syarikat telekomunikasi dah telan kredit sebab terguna internet tanpa sedar. #geramnye!


5. Promosi Social Chat Yang Mengelirukan
Sebagai seorang remaja yang rasa korang kena up-to-date setiap masa, mesti tak senang duduk bila tengok promosi social chat percuma ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Percuma tu! Siapa tak nak, kan? Senanglah lepas ni nak update semua benda dalam laman sosial serta-merta.
So, tanpa berlengah korang pun terus mendaftar, tapi rupa-rupanya cuma aplikasi WhatsApp dan WeChat sahaja yang boleh digunakan. Kalau nak guna aplikasi lain kena bayar. #geramnye! 
#Geramnya, geramnya.. geramnya jika semua perkara di atas berlaku pada kita hari-hari kan? Tapi lebih geram kalau plan data atau kredit habis disaat yang amat memerlukan!
Dengan #Hotlink, korang tak perlu berasa geram lagi kerana internet takkan terputus walaupun dah kehabisan kuota. Korang masih boleh terus menghubungi rakan-rakan melalui SEMUA aplikasi chat tanpa prejudis!
Share:

34 comments:

  1. Wah sebuah entry yang sangat menarik....

    ReplyDelete
  2. haha..banyak perkara yg membuatkan seseorang tu geram tahap super duper..

    ReplyDelete
  3. akak memang setia dgn maxis dari umur 21 tahun ;)

    ReplyDelete
  4. Hhahaa.. bab ni memang tak bleh consult! morning Anum :)

    ReplyDelete
  5. ye bengang bila plastic bag kna bayar

    ReplyDelete
  6. yeke anum, ada nak bag plastik free ke adoiii, susahkan macam ni..good sharing

    ReplyDelete
  7. baru jadi semalam...beli jajan tp sekali bukak isinya cuma tak sampai suku...sadis betul huhu
    oshin ada tag anum kt sini http://gurlgemini.blogspot.com/2015/03/giveaway-2015-jubah-dress-leggings-oleh.html

    ReplyDelete
  8. Kehabisan mobile data tu mmg stress

    ReplyDelete
  9. data plan aku dah nak abes dah ni anum....aku stresssss...

    ReplyDelete
  10. Huhuuu.. smgt dh kurg.. mcm mana ni.. huhu

    ReplyDelete
  11. bag plastik kena bayar memang buat bengang..
    dah la troli tak boleh bawak sampai tempat parking..

    ReplyDelete
  12. part kredit tu mmg geram sgt la anum. kengkdg kita dpt mms, tp kredit kita yg kena telan. kurang ajo. geram gak..

    part beg plastik tu, dulu ade la. setiap sabtu, mmg xde plastik. sekarang dah ade balik. sekejap je kempen beg plastik tu

    ReplyDelete
  13. Akak bengang sbb kadang2 x plan nak beli barang, tapi tiba2 kena juga beli. Makanya, x bawak beg. So sangguplah nak beli plastik beg, tapi mmg nak beli pun x boleh.juga. grrrr

    ReplyDelete
  14. hehe...banyak benda buat kita geram
    cam pagi ni lif opis rosak
    ishhh...geram sungguh wei

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum