Campaigns

Mar 17, 2015

Holiday @ Penang Part#23

Assalamualaikum semua
Hari ini hari terakhir entry Penang..
Haha alhamdullilah dapat anum simpan semua kenangan dalam my blog
Datang Penang tak lengkap rasanya kalau tak makan pasembur. Betul tak? Dekat mana pasembur paling sedap di Penang?
Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari” berada di gerai No. 9 Anjung Gurney merupakan antara gerai pasembur paling popular di Penang.
Pasembor Gurney pernah mendapat liputan di Kosmo! kerana seringkali menjadi tempat tumpuan peminat pasembur warga tempatan dan luar negara .
Pasembur Pulau Mutiara dimiliki oleh Ayub Khan, 43. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. 
Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Rojak Rojak” dan menari mengikut alunan muzik.
Pelanggan semakin ramai apabila tiba waktu puncak iaitu pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam sehinggakan sukar untuk mendapat tempat duduk.
 Nasib baik kami cepat so dapat la tempat duduk
  Bergambar memang wajib la sebelum makan kan. Lagi satu kalau nak ambil seafood sila berjaga-jaga, sebab harga mungkin agak melambung ikut harga semasa.
cara dia menari memang sangat menghiburkan para tetamu..
Rahsia kesedapan pasembur adalah pada kuahnya.
Tidak dinafikan kalau tengok pada warna kuah pasembur Pulau Mutiara sudah cukup menambat selera. Kuah yang pekat sememangnya menyelerakan.
Pada pendapat kami pasembur persiaran Gurney adalah antara pasembur tersedap di Pulau Pinang. Jadi kalau datang bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa singgah ke gerai ini.
Untuk anda yang ingin mencuba pasembur Pulau Mutiara boleh singgah di alamat dibawah:

Pasembur Pulau Mutiara
Gerai No. 9, Anjung Gurney


Koordinate : 5.440272, 100.307968

Ok la maka dengan ini tamatla semua entry Penang Anum
Selesai sudah kesemua entry sebanyak 23 part yang dapat dikongsi bersama semua
Esok kami udah mau pulang , flight kami awal pagi.. see u on next entry plak
Share:

20 comments:

  1. Singgah pagi...:)
    sedao kan makan kat situ... :)

    ReplyDelete
  2. anum buat akak lapar la pagi-pagi ni!

    ReplyDelete
  3. masa aku pergi sini, dia tak mo menari...itu pun kami yang paksa...hahaha...

    ReplyDelete
  4. lepas tu ambik ambik ambik..tengok2 harga mencekik..ekekekk...

    ReplyDelete
  5. Perggghhhh sedapnya pasembur lama tak makan :)

    ReplyDelete
  6. Nampak pasembur tu mcm yummy sgt..tapi tak tahu kenapa tekak ni mmg x leh terima mskan mamak..

    ReplyDelete
  7. Banyak giler menu pasemboq dia..puas hati dapat makan macam ni

    ReplyDelete
  8. sebab seksa dapat parking jarang singgah dini.. few times je pernah makan eheh..
    sedap kan.. kuah dia tu.. oonomnom..

    ReplyDelete
  9. Pasembur memang femes kat pineng, tapi wawa belum pernah cuba lg.. sedap ke kak? hehe

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels