Campaigns

Mar 5, 2015

Holiday @ Penang Part#15

Assalamualaikum semua
Hari ini masih lagi dlm entry Penang
Jom kita sambung perjalanan ya 
Pulau Pinang ni memang terkenal sebagai syurga makanan.Selalunya kalau ditanya apakah yang anda buat di sini biasanya ramai yang akan jawab,aku makan nasi kandar,kami makan laksa.Dan salah satu laksa yang sangat popular disini ialah Laksa Janggus Balik Pulau yang terletak di Balik Pulau.Sebelum ni popular hanya dikalangan masyarakat tempatan tetapi makin popular selepas muncul dalam rancangan JJCM.
Laksa Janggus ni diberi nama sebab kedainya terletak bawah pokok janggus.Pokok Janggus tu sebenarnya ialah pokok Gajus atau dalam bahasa kelantan pokok ketereh.Tapi bagi masyarakat Balik Pulau mereka panggil laksa Timah sebab tauke dia bernama Timah.
Kedai Laksa Janggus ni terletak di Kampung Perlis Balik Pulau.Anda boleh datang melalui bukit Teluk Bahang sekiranya dari Batu Feringghi atau dari Bukit Baru Relau atau Teluk Kumbar.Memang kalau nak ke Balik Pulau ni akan menyebabkan kepala anda sedikit pening bagi yang kurang biasa namun keenakkan menikmati laksa kelak akan menyebabkan anda rasa berbaloi untuk kesini. 
Kedai ini berkonsepkan layan diri ala-ala KFC dimana kadang-kadang pengunjung akan rasa seperti berada di rumah kenduri diwaktu kemuncak terutamanya waktu cuti sekolah.
 Kedai ini ditutup pada hari Rabu.Selamat Menjamu Selera :)
 Makan la kita ek
 Lupa nak inform dekat kedai ini bukan sahaja Laksa, Goreng Pisang Panas pun ada, so sebagai makanan tambahan kami order gak 
 Sampai terkeluar lidah itu namanya sedap la kan
 Bergambar di kaunter order & pembayaran
Arghhhhhhhhhhh ini la buktinya sedap kan dah licin... Ok selepas menjamu selera kami bergerak ke destinasi seterusnya.. nak tau ke mana jom kita terjah
Share:

40 comments:

  1. laksa pokok janggus dah jd ala2 ikon penang...sebut ja ..ramai yg tau..

    ReplyDelete
  2. sedapnye nampak airbandung tu.. panas2 gini lagii.. oo tidakkk!!

    ReplyDelete
  3. Tengok air bandung tu macam teringin pulak Num hihi

    ReplyDelete
  4. Paling best kalau bab makan2 ni ... hehe

    ReplyDelete
  5. laksa janggus mmg best!
    dapnya....

    ReplyDelete
  6. mimie pun mkn kat sini masa dtg hr tu.. sedap..

    ReplyDelete
  7. panas macam gini memang best pekena ABC

    ReplyDelete
  8. sedapnya laksa penang.lama tak makan

    ReplyDelete
  9. hilang pening sebab pekena laksa ye..hehhe

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pi lagi. Tapi ramai yang kata memang terbaik kedai ni

    ReplyDelete
  11. wah wah wah.. anum ni asyik berjalan je.. tak pernahnya dok umah.. ekekekek.. ayat jeles ni tau!

    ReplyDelete
  12. yum yum sedap... lamanya Anum di Pulau Pinang ekkk

    ReplyDelete
  13. Bilalah nak sampai pineng ni..macam-macam ada..huhu

    ReplyDelete
  14. haaaaa nindiaaa baru betol laksa penang.. dulu CT duduk balik pulau.. kat genting =) ehehe..
    kedai kecik je dlu tapi tu la berkat jual murah n sedap.. berkembang..

    CT tak minat laksa.. dok makan mee thng tu je la eheh..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum