Campaigns

Feb 26, 2015

# 2015 # Holiday

Holiday @ Penang Part#10

Assalamualaikum semua
Ok hari ini agak bz so laju2 up entry ya
Destinasi kami pada pagi ini adalah Bukit Bendera
Jom kita terjah 
 Ok hari kedua kami di Penang kami menyewa kereta Toyata Inova dengan charge RM300 sehari, kami amik 2 hari sahaja, ngam dgn percutian kami (4hari 3 malam)
 Ok dah ready kan semua Jom kita terjah 
 Hubby sempat lagi tunjuk peace
  Sengaja amik kereta ini sebab ngam2 keluarga kami

Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju.
Ok sampai di sini kami cepat2 beratur untuk mendapatkan tiket
Tadaaaaaaaaaaaaaa dah dapat tiket
Bergambar sebelum menaiki keretapi
Dah macam2 gaya nie.. haha
  Uik apa my hubby wat tue... nasib kami agak baik sebab kami datang awal, kalau lambat comfirm lagi ramai la beraturnya.. selamattttttttt
Baby Arissa macam x de mood mybe sebab bangun pagi kan..
  Last pict sementara tunggu keretapi sampai.Namun begitu masa beratur boleh mencapai sehingga 45 minit jika anda mengunjunginya pada waktu cuti sekolah. Dan oleh kerana tiada sistem untuk memastikan semua pengunjung beratur, anda mungkin berhadapan dengan pengunjung yang memotong barisan.
 Ok alhamdullilah dah selamat naik.. tempat duduk dikhaskan buat my mom la kan
 Kami yang muda2 berdiri je bukan apa nak tgk pemandangan
  Selfie tetap kena ada.. haha
Bukit yang diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.
Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melekakan.
Kalau pada zaman penjajah, kuda dikerah membawa penjajah ke atas, anda kini boleh naik mudah dengan menaiki kereta kabel buatan Swiss yang moden dan berhawa dingin. Ada jalan lain ke atas bukit, tetapi untuk yang berkeluarga, kereta kabel adalah cara yang biasa digunakan. 
 Nampak kan ketinggian tue (seram gak, tp dah naik x rasa apa2)
Di sini terdapat sebuah hotel, muzium burung hantu, kedai makan, kuil dan masjid kecil untuk anda lawati. (Anum akan masukkan entrynya nanti ya)
 Pengawal yang memantau sistem cable sistem 
Tempoh perjalanan : 5 – 7 minit
Jadual berlepas : Setiap 30 minit.
Sebelum berjalan2 di sini kita snap beberapa keping gambar sebagai kenangan
 My sister (Kak Mon)
 Jangan2.. hehhee saje la usik hubby
ooo patut la baby x de mood mengantuk rupanya.. ok jom kita terjah apa ada kat atas ini..

26 comments:

  1. tengok suami Anum ni suka betul bergambar ye..sama naik dengan bini dia..ahhahah

    ReplyDelete
  2. lepas keretapi diupgrade ni...baru sekali ja akak pergi hehe

    ReplyDelete
  3. Happeningnye nampak semua pics tu Anum.. seronokkkk sangatt :)))

    ReplyDelete
  4. sekarang keretapi dah laju tak macam dedulu...slow giler...haha...

    anum, ko sewa kereta rm300 sehari? biar betul beb...
    aku hari tu sewa kereta yg sama jugak tapi rm100 je sehari...

    ReplyDelete
  5. mahalnya anum....lain kali nak datang penang rojer eika yer bleh kenal2....umah eika dekat ja dengan bukit bendera....bleh la jumpa....hehee...

    ReplyDelete
  6. selalu terbaca kt blog klu lambat mmng sesak ramai org nk naik kn sib baik cepat...

    ReplyDelete
  7. Fida sedih sangat hajat nak naik bukit bendera tak kesampaian minggu lepas.Busy dengan majlis adik dan cousin jer..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke x pe nanti set time lagi ok

      Delete
    2. Bulan Jun ni balik penang lagi tapi tak best adik2 semua tak ada.Hubby pun tak ikut.balik cousin wedding pulak..hukhuk

      Delete
  8. Last pergi sini tahun lepas..memang kena pg awal kalau x penat beratur n menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la nasib masa kami sampai x ramai lagi

      Delete
  9. alaa shian baby penat.. hihi ketapi pun orang swiss buat huurm..
    macam2 da atas tu.. dulu pi tak de selera sangat pun ahaha..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/