Campaigns

Feb 10, 2015

12 Cara Ekstrem Hilangkan Blackhead Di Muka

Assalamualaikum semua
Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya perlu mementingkan penjagaan diri dan wajah. Tak naklah orang tengok muka kita lepas tu muntah hijau dan terus demam kan? Biar tak cantik atau tak handsome tapi penampilan harus terjaga.

Selain jerawat degil, blackhead atau bintik hitam juga antara salah satu bend asing yang paling tak digemari dalam hidup seorang wanita dan lelaki. Walaupun tak berapa obvious kalau dilihat dari jauh, tapi tetap meruntuhkan tahap keyakinan seseorang.


Bagi yang dah buntu tak tahu macam mana nak buang bintik hitam, apa kata korang cuba petua kat bawah ni. Mana tahu mujarab.

1. Susu & Gula Bukan Untuk Diminum
Ambil satu sudu penuh gula dan susu kemudian gosokkan di kawasan muka yang mempunyai bintik hitam. Beri lebih perhatian di bahagian hidung. Pastikan wajah anda dituam dahulu antara 1-2 minit ya. Lakukan petua ini berterusan selama satu atau dua minggu untuk hasil terbaik.

2. Guna Gam Pelbagai Guna
Tuam muka terlebih dahulu. Sapukan gam pelbagai guna ke kawasan muka yang mempunyai bintik hitam. Biarkan gam itu mengering dan tarik lapisan tersebut perlahan-lahan. Korang pasti akan terkejut dengan hasilnya.

3. Kuasa Kentang!
Parut sebiji kentang mentah dan gosokkan ke seluruh muka terutamanya di kawasan hidung dan dagu selama 10 minit. Biarkan parutan itu mengering pada wajah anda seketika kemudian basuh muka dengan air suam.

4. Daun Ketumbar & Serbuk Kunyit Pun Boleh?
Tumbuk atau kisar daun ketumbar dan serbuk kunyit. Kemudian sapukan pes tersebut ke seluruh muka dan biarkan selama 10 minit.

5. Gula, Madu & Jus Lemon Terbaik!
Campurkan gula, madu dan jus lemon untuk jadikan pengelupas. Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan biarkan ia mengering selama 10 minit sebelum cuci wajah dengan air suam. Kalau nak tahu, jus lemon boleh mencerahkan kulit dan gula bertindak sebagai agen pengelupasan.

6. DIY Skrub Badam Hancur & Tepung Gram
Campur badam hancur dan tepung gram (besan) untuk menghasilkan skrub. Kemudian sapukan skrub tersebut di bahagian yang paling banyak bintik hitam iaitu hidung.

7. Serbuk Penaik Bukan Untuk Kek Sahaja
Bancuh sedikit serbuk penaik dengan air suam kemudian sapu campuran tersebut ke wajah anda. Biarkan selama 25 minit sebelum cuci muka dengan air suam.

8. Yogurt & Jus Lemon Macam Sedap
Ambil dua sudu penuh yogurt dan campurkan bersama satu sudu jus lemon. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah.

9. Balut Muka Dengan Tuala Basah
Rendam tuala tangan dalam air suam kemudian tuam kawasan bintik hitam selama 15 minit. Kelembapan dari tuala berkenaan boleh menghilangkan bintik-bintik hitam.

10. Campur Telur Putih & Madu
Pukul sebutir telur putih bersama satu sudu penuh madu kemudian sapukan campuran tersebut ke serata wajah. Biarkan selama 30 minit.


11. Gosok Muka Guna Berus Gigi. Erk?
Tuangkan sedikit jus limau dan minyak jojoba di atas berus gigi kemudian gosok bahagian hidung perlahan-lahan. Pastikan korang menggunakan berus gigi bulu lembut supaya tak merosakkan tekstur kulit.

12. Kertas Pasir. Seriously?
Kalau dah semua cara pun korang cuba tapi tak berkesan, kami rasa mungkin kertas pasir membantu. Haha, gurau je! Jangan ambil serius dan cuba pula ya?

Share:

38 comments:

  1. banyaknya boleh guna hanum..berani ngan tidak je nak cuba kan

    ReplyDelete
  2. hahahaa..kertas pasir la senang skitttt :D

    ReplyDelete
  3. uit, ade kertas pasir last sekali tu anum, btol ke idok ni anum...? hahahaa...

    ReplyDelete
  4. Ayat yg muntah hijau yg tak boleh tahan tu...hehehe

    ReplyDelete
  5. kertas pasir tu tu segala jerawat pon bleh tetanggal ;p

    ReplyDelete
  6. hahaha..kertas pasir...rabak muka...

    ReplyDelete
  7. Jangan ada yang cuba cara last tu sudah la..hahahh

    ReplyDelete
  8. Paling ekstrim yang last tu .... hahahaha

    ReplyDelete
  9. Ni.. kalau buat.. silap2 terus masuk mulut.. ;)

    ReplyDelete
  10. paling mudah guna masker :)..guna kertas pasir tu habis terus blackhead..hihi

    ReplyDelete
  11. Banyak kaedah yang ade. Boleh cuba salah satu. Tapi part kertas pasir tu, jangan ada yang buat betul- betul pula kan .

    ReplyDelete
  12. baking soda boleh juga untuk hilangkan blackhead, biasa dengar untuk putihkan gigi je

    ReplyDelete
  13. blh try petua ni. hilangkan blackhead or whitehead. mesti berkesan

    ReplyDelete
  14. Melampau sangatlah kertas pasir tu hahahu

    ReplyDelete
  15. hihi yang nom 1 and yang berus gigi tu CT suka..

    ReplyDelete
  16. Hadoiii.. ada yg x sggup nk buat..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum