Campaigns

Jan 22, 2015

SPONTANEOUS THURSDAY #96

Assalamualaikum semua
Aktiviti lasak cukup sinonim dengan kawasan hutan dan bukit-bukit yang dijadikan medan untuk penggemar setia sukan lasak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Namun sekarang korang tak perlu ke hutan lagi sebab sebuah taman tema pengembaraaan, District 21 telah di buka di IOI City Mall Putrajaya. Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan boleh bikinadrenalin rush!
Apa yang menarik tentang District 21 ialah ibu bapa boleh menjadi penjaga anak mereka ataupun boleh turut sama sertai anak-anak dengan aktiviti yang disediakan. Jadi memang sesuai lah untuk para remaja mahupun keluarga yang bercadang untuk bawa anak-anak cuba benda baru ini. Di District 21 terdapat 11 tarikan pengembaraan dan kebanyakannya tidak pernah dilihat di Asia. Antaranya ialah wall climbing, roller glider, pump track dan banyak lagi. Senang cerita dekat sinikorang boleh memanjat, melompat, menunggang, dan nak terbang pun boleh. Jom kita ushar sikit antara tarikan yang disediakan.


1. Wall Climbing/Power Station @ District 21
Terdapat 7 jenis wall berbeza yang boleh korang panjat dekat sini. Maknanya setiap level mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Jadi untuk korang yang beginner itu eloklah panjat yang paling mudah, itu pun kalau sampai ke atas! Haha

2. Roller Glider @ District 21
Jangan terkejut sebab roller glider ini tak pernah ada di tempat lain, satu-satunya hanya di District 21! Nak tahu apa yang menarik tentang game ini? kena datang sendiri ok.

3. Pump Track @ District 21
Pump track ini merupakan satu litar khas yang dibina sesuai untuk korang yang gemar menunggang basikal dan skateboard. Tapi nak main game ini ada syaratnya, korang kena naik basikal tersebut disepanjang litar ini tanpa kayuh! Haa macam mana itu?

4. Low Ropes @ District 21
Tarikan ini pula sesuai untuk kanak-kanak yang gemar akan cabaran. Mana tidaknya mereka kena lalui perlbagai halangan yang boleh bikin jantung gugur! Orang dewasa kalau join game ini memang kena gelak jela.

5. Trampoline/Launch Pad @ District 21                     
Untuk korang yang suka melompat-lompat tanpa hala tuju itu, kami sarankan cuba trampoline ini.Korang nak melompat sambil buat skil ninja pun boleh, janji jangan memalukan diri sendiri okay?

6. The Maze @ District 21
Sebut je pasal The Maze mesti korang teringat filem The Maze Runner kan? Jangan risau sebab game ini tiada makhluk-makhluk aneh boleh membahayakan nyawa korang. The Maze sebenarnya laluan bergelung yang terletak 10 meter tinggi.

7. Free Fall @ District 21
Tarikan yang ini lebih kurang macam bungy jump tapi yang menariknya ia dilakukan di dalam bangunan. Nampak macam senang kan? Try main sendiri la der!

8. Sky Trail @ District 21
Apa-apa yang berkaitan dengan ketinggian ini memang menguji keberanian. Kalau nak tahu sama ada korang jenis yang gayat atau pun tidak, eloklah cuba sky trail ini. Terdapat 23 level kesukaran yang boleh korang pilih.

9. Tubby Ride @ District 21
Untuk korang yang ada menyimpan angan untuk main gelongsor dekat negara yang ada salji, lupakan angan itu sebab dekat District 21 pun ada. Spoiler alert, salji tak ada. Haha

10. Carousel @ District 21
Tarikan ini memang dibuat untuk anak-anak kecil. Sekali naik RM5.

11. Go Pedal @ District 21
Juga sesuai untuk kanak-kanak dimana mereka boleh membawa go kart yang dijanakan dengan kekuatan kaki. Yang mana kaki laju itu memang laju lah go kart dia pergi.
So macam mana ada keinginan untuk datang ke District 21 ini tak? Ajak kawan-kawan sekali, baru lah best! Yang mana penakut tinggalkan je.

Note:Sory hari ini Anum betul2 BZ x sempat nak BW
Share:

24 comments:

  1. aktiviti yg cukup menarik & mengujakan ni anum

    ReplyDelete
  2. Sesuai untuk yg sukakan cabaran ni :)

    ReplyDelete
  3. No 3 paling akak tak kan cuba..ish..seriau la..

    ReplyDelete
  4. orang muda macam anum mmg sesuai lah tapi utk kaknoor takut lah gayattt

    ReplyDelete
  5. menarik tu..sangat adventure! orang yang suka aktiviti lasak memang sukalah datang..semua ada kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan anum tgh tgk jadual nak pergi sini

      Delete
  6. bole jadi ninja warrior kalau go thru semua ni :)

    ReplyDelete
  7. Memang seronok lepak kat tempat nie.

    ReplyDelete
  8. Menarik sis anum..berapa ek dia punya fee...sure mahai..

    ReplyDelete
  9. blom sampai IOI City Mall lagi..walaupun stay kt Putrajaya... tah bile la nak sampai sini tah! heeee~

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels