Campaigns

Jan 8, 2015

# advice # Sharing

Kisah Benar : Baru Aku Faham Kenapa Ibu…

Assalamualaikum semua
Anda masih ada ibu yang sentiasa di sisi menemani siang dan malam? Seronok kan apabila setiap kali bangun pagi, sarapan dah tersedia, makan malam dah dimasak. Pakaian dibasuhkan setiap hari dan disidai, tinggal pakai je. Melipat baju pun kerja ibu. Itu bagi golongan yang tak mempunyai pembantu rumah.
Setiap insan bergelar ibu nampak je macam tak kisah nak melayan anak mereka kan, tapi bila kita semakin dewasa ni baru tahu kenapa mak kita sanggup sempurnakan keperluan orang lain dari dirinya sendiri. Kalau ada yang belum faham tu, meh baca kat bawah ni.

Baru Aku Faham Kenapa Ibu Sering Marah

mom-scolding
Biasalah, ibu selalunya lebih bising dari ayah. Bukan apa, naluri kerisauan ibu ni memang tinggi lebih-lebih lagi kalau anak balik lewat malam, ponteng sekolah, bercinta senyap-senyap dan sebaginya. Masa tu, kita rasa kita je yang betul dan nak memberontak bila dimarah, kan?
Tapi korang tau tak, bila tiba saatnya kita bergelar ibu, barulah kita faham kenapa mak-mak kita dulu pantang bila kita buat perkara tak senonoh. Sebab mereka prihatin. Iyalah, ibu mana yang nak tengok perkara buruk terjadi pada anaknya lepas menempuhi pelbagai cabaran semasa mengandungkan anaknya selama sembilan bulan.

Baru Aku Faham Kenapa Ibu Tak Sempat Bersiap

Screen Shot 2014-12-04 at 16.47.25
Haa ni biasa terjadi pada wanita-wanita yang baru berkahwin kurang dari tiga tahun. Sebelum bergelar ibu, punyalah cantik pasang badan dan melaram sampai sanggup bangun awal pagi untuk bersolek. Tapi, bila lahir je anak pertama, barang-barang make-up biasanya terbiar je bersusun atas meja solek.
Semuanya sebab perempuan dah tak ada masa untuk mencantikkan diri sambil terkejar-kejar menguruskan anak kecil. Bayangkan, nak keluar jumpa kawan-kawan pun kena rancang awal-awal sebab takut menganggu jadual harian seorang ibu.

Baru Aku Faham Kenapa Pakaian Ibu Koyak

Mother-shopping-with-her-child1
Sedih kan tengok mak kita jarang sekali tukar baju. Setiap kali keluar berjalan satu family, baju yang sama juga dipakai. Padahal, baju kita ni setiap bulan bertukar. Pernah terfikir tak kenapa mak sanggup beralah demi keperluan kita? Sebab ibu-ibu terpaksa tahan kemahuan mereka sendiri hanya untuk pastikan keperluan anak terjamin, duit yuran sekolah berbayar, insurans anak terjaga. Tak cukup besar lagi ke pengorbanan ibu?

Baru Aku Faham Kenapa Ibu Mengongkong

89696823
Ibu menyekat pergaulan kita bukan sengaja suka-suka. Ada sebabnya. Bila ibu tak bagi kita keluar pergi shopping mall lepas waktu sekolah atau berkawan dengan budak-budak jahat, janganlah kita anggap ibu seorang yang mengongkong. Esok bila korang dah berkahwin dan ada anak, baru tau macam mana susahnya nak mengawasi pergerakan anak dalam dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai kegiatan jenayah ni. Kalau boleh, ibu nak jadi orang terpenting yang melindungi korang selain polis.
Tapi sayangnya, bila dah terlampau dimanjakan, anak-anak semakin lupa diri dan seolah-olah lupa pengorbanan yang dibuat oleh ibu. Contohnya, ada yang tak ingat hari lahir ibu mereka tapi tarikhdeclare couple dengan pasangan sendiri tak pernah terlupa. Lagi satu, korang ada kira tak dalam sehari berapa kali korang call mak dan tanya dia dah makan atau belum? Sedangkan masa kita kecil, mak tak pernah terlewat seminit pun bagi kita makan.
Bagi ibu muda atau ibu yang sudah berpengalaman di luar sana, agak-agaknya situasi mana satu antara di atas yang lebih dekat dengan kehidupan anda? Kami percaya, mesti ramai ibu-ibu ikat perut dan menabung supaya hujung tahun dapat bawa anak bercuti.

34 comments:

  1. tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

    ibu ratu hati kita

    ReplyDelete
  2. sayu hati baca coretan ni pagi-pagi..rasa touching sangat

    ReplyDelete
  3. wah..terharunya dengan tulisan ini. ya, macam tulah perasaannya jadi emak

    ReplyDelete
  4. sangat2 tersentuh membacanya Anum..memang begitulah realitinya seorang ibu,...

    ReplyDelete
  5. ko buat aku touching

    tapi aku seorang ibu yang sempoiiiii. hahahaha

    ReplyDelete
  6. aku dengan mak aku selalu gaduh2 manja...hahaha...

    ReplyDelete
  7. mak ai anum
    touching entry ni anum
    tapi betul sekali apa yang dikatakan

    ReplyDelete
  8. besar sangat pengorbanan ibu..so hargailah ibu selagi masih ada

    ReplyDelete
  9. http://madey09.blogspot.com/2015/01/keputusan-muktamad-sila-drop-alamat.html Nurzakiah dapat hadiah..ada alamat tak...mohin kerja sama ya

    ReplyDelete
  10. Baru faham ea..:)
    Terlalu banyak pengorbanan ibu, kan?

    ReplyDelete
  11. Apa yang ibu nasihat semuanya untuk kepentingan anak2 jugak..ibu mana la yang tak sayang anak./.

    ReplyDelete
  12. tersentuh dengan entry ni...saya takde ibu sejak umur 9 tahun lagi

    ReplyDelete
  13. Itu la ibu kita anum..bersyukur pada yang masih punya ibu

    ReplyDelete
  14. Aduhai rindu mak... Bukan saja saja mak kita larang buat something, semuanya ada kebaikannya..

    ReplyDelete
  15. tunggu jadi ibu laah tengok kita plak mcm mana kan huhu

    dah masuk hari ke 9 tahun baru.
    selamat tahun baru 2015 :D

    ReplyDelete
  16. Ibu tiada penganti.. nanti anum jadi ibu. anum akan rasa apa yg ibu kita rasa.. jue dulu mcm tu.. :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/