Feb 28, 2014

Lisa Surihani dan Yusry KRU sambut ulangtahun

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat dan selamat pagi
Hari ini Anum nak share gambar2 artis kegemaran Anum
siapa lagi kalau bukan cik lisa yang comel nie
23 Februari 2014 adalah tahun kedua ulangtahun 
perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU.
Sambutan sesimple ini sudah nampak sangat 
romantik tanpa perlu berhabis ratusan ringgit. 
semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat 
dan dikurniakan cahayamata. Amin. 
 Simple but sangat bermakna kan..
 Cute sangat pasangan nie
Happy Ending kan.. siapa peminat lisa ce komen..

Feb 27, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY #78

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.Banyak Dugaan dan Ujian yang Allah.S.W.T berikan pada  Anum 
dalam membina dan mencari kebahagian dunia & akhirat
Cuma kadang2 rasa down sangat sebab Anum terfikir apa la salah Anum pada dia, dah la keja satu office, anum x rapat dengan dia just kenal2 macam tue je, x pernah nak amik tau hal dia, x pernah nak borak ngan dia (sebab kaki gosip), siapa la dia nak persoalkan ketentuan Allah.S.W.T pada Anum, Sebelum ini dah macam2 umpatan yang dia buat mengenai Anum, Anum masih bersabar tapi yang terbaru sampai menyebabkan maruah Anum & family Anum dah rasa cukup utk Anum berdiam lagi.... Kesabaran manusia pun ada tahapnya.. tangan Anum masa tu gigil2 tahan sabar & my family (abg2 Anum) call sampai nak turun kl sebab nak jumpa sangat si pengumpat tue, ye la dia ingat Anum hidup kat dunia ni sebatang kara ke?.... kalau ikutkan hati dan perasaan marah memang akan jadi perkara yang buruk kan tp alhamdullilah ramai2 kawan-kawan yang memberi nasihat kepada Anum...
Sesungguhnya Anum terima dengan penuh kesabaran dan hanya mampu berdoa padanya..Amin 
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (HR Muslim). 
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (HR Abu Daud).Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Wallahu a'lam.

Feb 26, 2014

Wordless Wednesday #107

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description 
 DPC & Pancing 2009
 Holiday @ Pangkor 2009
 Holiday @ Terengganu & Cherating 2009
 M.B.B Big Day Out 2009-Titiwangsa
Holiday @ A'Fomasa Resort 2008
XPDC @ Bukit Putus 2009
Ride to Cameron 2008
 Holiday @ Genting 2009
Ride KLto Kuala Kangsar 2009
 Holiday @ Langkawi 2009
 Ride KL to Melaka & PD 2009
 Holiday @ Penang 2008
Ride KL to Perak 2008

Hari ini Anum just nak share gambar-gambar 
kenangan 2008 & 2009
ThrowBack...

Feb 25, 2014

Ragam Muhammad, Buah Hati Farid Kamil & Diana Danielle

Assalamualaikum semua
Melihat anak membesar di depan mata adalah satu 
anugerah yang tidak terhingga buat mereka 
yang bergelar ibu dan ayah. Mula-mula meniarap, 
lepas tue dalam tak sedar dah pandai berjalan. 
Pejam celik pantas je masa berlalu. 
Anum suka sangat melihat kebahagiaan tersebut yang dikecapi 
oleh Farid Kamil, Diana Danielle dan anak mereka, Muhammad.
Sekali pandang wajah Muhammad memang lebih iras kepada emaknya.
 Besar nanti pasti kacak bergaya. 
 Mana tahu ada rezeki boleh jadi pelakon Hero Malaya gantikan ayahnya nanti. Tak gitu?
 Rasa macam cepat masa berlalu kan
 Cute sangat2
Anum doakan pasangan ini akan berkekalan sampai hujung nyawa

Feb 24, 2014

Jom layan Gambar2 Instagram#5

Assalamualaikum & Very Good Moning to all
OK Hari ini dah hari Isnin kan
selalunya hari ini semua orang akan merasa malas sebab hari pertama untuk minggu bekerja
So untuk menghilangkan rasa malas, bosan & etc jom layan gambar2 Instagram Anum..
hehhee Anum x ada idea nak buat entry pagi ini.. faham2 la Monday Blues....
Antara masakan Anum
CNY 2014
Menu Dinner
Anum suka masak simple2
Kalau Anum makan wajib ada sambal Belacan
Time bosan kat off nie la buat hilang ngantuk
Teringin nak makan pulut kuning, nie air tangan my mom
Balik keja selalu singgah kedai beli makanan goreng2
Ini memang dah selalu masak nama pun orang Temerloh kan
Order dari kawan satu office.. Anum suka makan Pavlova nie..
Pemberian BFF
Sambil layan TV makan kek... siapa nak join
Gula2 nie memang sentiasa ada atas meja makan rumah Anum,.
siapa nak Meh2


Feb 21, 2014

T-shirt Wanita

Assalamualaikum
Hari ini Anum nak share info about T-shirt
Kalau ada blogger yang berminat bleh layari link yang Anum sertakan
Jom baca lebih lanjut tentang T-shirt.. 
T-shirts adalah pakaian yang paling sinonim dalam dunia fesyen. Malah ianya adalah top yang paling selesa untuk dipakai tidak kira buat lelaki ataupun wanita. Jika anda mahu tampil menarik namun kelihatan sophisticated dalam masa yang sama, T-shirts adalah pilihan yang terbaik buat anda.

Trend fesyen sentiasa berubah setiap masa dan tiada stail pakaian yang dapat menikmati di tangga carta teratas untuk tempoh yang lama. Namun, situasi ini tidak berlaku buat t-shirts online kerana ianya mempunyai stail fesyen yang sentiasa bertahan lama. Anda pasti sentiasa akan kelihatan kemas namun bergaya memakainya dan pastinya menjadi perhatian orang yang memerhati.

Koleksi t-shirts mempunyai stail yang berbeza untuk lelaki dan wanita bagi semua golongan peringkat umur. Walaupun pada asalnya ianya direka untuk lelaki namun kini koleksi untuk wanita semakin meluas dengan rekaan yang menarik. Malah semakin banyak pilihan buat kaum Hawa dengan koleksi t-shirts pelbagai potongan untuk disesuaikan bentuk badan yang berbeza. Selain itu fancy embellishments yang terdapat dalam sesetengah rekaan memberikan persona klasik dan chic  buat si pemakai.

Dalam pada masa yang sama ianya juga sesuai untuk dipakai ke pejabat sebagai professional officewear. Sarungkan saja blazer atau cardigan untuk tampak lebih sesuai dengan persekitaran kerja. Jika dipadankan dengan seluar jeans atau skinny pula, anda akan kelihatan lebih santai dan bersahaja.
 

 Ada pelbagai cara untuk spice up your outfit bila memakai t-shirt. Jangan lupa untuk tambahkan sedikit aksesori seperti big earrings atau long necklace sebagai pelengkap persalinan anda. Selain itu padankan dengan kasut yang sesuai seperti boots, sneakers ataupun ballerina flats mengikut kesesuaian keadaan dan aktiviti anda.

Jika anda layari Zalorablog anda boleh dapatkan info terkini tentang koleksi terbaru mereka yang boleh didapati di website Zalora Shopping Online. Mereka menyediakan ratusan t-shirts lelaki dan wanita online daripada pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Jika anda tidak pernah shopping online di sana, anda harus cuba pengalaman membeli-belah atas talian terbaik yang mereka akan berikan! 

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts