Campaigns

Dec 29, 2014

Resepi Kek Marble Susu

Assalamualaikum semua
Rasanya hari ini ramai yang bercuti
Tadi Anum datang kerja jalan pun lengang
Ok la hari ini nak share Resepi Kek Marble plak
Jom tengok Bahan-Bahannya

RESEPI KEK MARBLE SUSU

Bahannya :

3biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara buat.

1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak
Ok dah tau bahan2 kan jom tengok hasilnya
 Ini la adunan setelah di bancuh dengan tepung
 Macam biasa 3 warna.. selalu orang buat warna coklat @ koko kan.. 
Tapi colour ini je yang ada so guna je la warna nie kan.. 
x perlu membazir nak beli colour lain
 Hasil setelah dilapik.. jangan keliru ya sebelum nie
 Anum ada update Resepi Apam Susu kan.. 
gambar dah macam sama, sebba colour tapi hasilnya lain
 setelah dicorakkan, ini la hasilnya, jom Kukus
Nampak naik dengan cantik kan
 Zoom skit.. kembang dia sangat cantik
 Ok try potong... hehe 
Alhamdullilah sangat sedap dan lembut.. Try la sangat sedap dan senang
*hari ini x berapa ada mood nak update
mengenangkan rumah anum kena banjir*
Share:

32 comments:

  1. wahhh. sedapnyaaa nampak. bewarna warni lagi. heheh :D

    ReplyDelete
  2. Menarik ni ... kat kk ni pun jln raya lengang jak. Ramai masih bercuti :)

    ReplyDelete
  3. Hanum, bersabarlah.. moga semuanya selamat hendakNYA.. begitu juga mereka yang sedang bergelut dengan banjir ketika ini.

    ReplyDelete
  4. wah semakin pandai memasak suri anum..
    cantik colour
    semoga keluarga anum tabah menghadapi ujian banjir..

    ReplyDelete
  5. Singgah pagi...
    semakin rajin..baking2 nie..:)

    ReplyDelete
  6. bleh try ni kaler tu sgt menarikkkk

    ReplyDelete
  7. alahai.. semoga urusan anum sekeluarga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  8. Banjir jugak ke Anum??jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  9. mudahnya nak buat..kena tunggu kerajinan nak buat ni..

    apepun semoga keluarga anum tabah hadapi dugaan banjir ni.

    ReplyDelete
  10. bestnyer buat kukus, cn sekarang mmg suka buat kek or apam yang kukus2 ni, senang sikit ! hehe

    ReplyDelete
  11. ni kalau anak-anak saya mesti suka
    sebab color dia menarik =)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum