Campaigns

Nov 13, 2014

# SPONTANEOUS

SPONTANEOUS THURSDAY #94

Assalamualaikum semua, hari ini Anum nak share tips skit..
Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.
Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Bahan kimia yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan rambut
Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.
Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan produk syampu yang bersesuaian sepertiSchwarzkopf Extra Care Restore & Refresh ataupun mengamalkan petua-petua lama.
Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.
Adakalanya daun bunga raya sukar didapati di sesetengah tempat. Jadi untuk menggantikannya, anda boleh menggunakan kulit buah tembikai. 
Caranya mudah sahaja, ambil bahagian kulit tembikai dan gosok di seluruh kulit kepala. Biarkan cecair daripada kulit tembikai meresap ke kulit kepala dalam masa 20 hingga 30 minit sebelum mencuci rambut anda.
Tidak ketinggalan, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.
Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal. 

30 comments:

  1. Tak suke rambut gugur...
    sbb itu tgh plan nak pendekkan..huhu

    ReplyDelete
  2. NS pon alami rmbut gugur..tp xthp serius...tu yg rmbut dh mcm tomboy skg ni..kih3

    ReplyDelete
  3. Nieyl & Shalimar: ye la kan susah gak

    ReplyDelete
  4. memang rambut gugur buat ayu takot nak sikat rambut bila lepas shampu...memang segumpal ok...stress sgt... heheheheheee

    ReplyDelete
  5. saya pakai sunsilk hair fall solution. alhamdulillah nmpk perubahan

    ReplyDelete
  6. baru je semalam husben cakap nak cari ubat utk lebat rambut hehe

    ReplyDelete
  7. yg guna daun bunga raya tu biasa dengar tp yg guna kulit buah tembikai tu pertama kali dengar..

    ReplyDelete
  8. paling mudah serkup je kepala dengan kulit tembikai tu..buat cam helmet..ekeke..

    ReplyDelete
  9. Saya sekarang pun makin banyak rambut yang gugur. Mungkin sebab saya selalu cuci rambut, keringkan rambut kasar2 and sikat rambut time basah kot.

    ReplyDelete
  10. wahhh first time dengar guna kulit tembikai ni... kite gugur rambut teruk sngt2 akak...thnx for the tips... :D

    ReplyDelete
  11. guna bunga raya tu pernah buat masa kecik. sejuk je kulit kepala

    ReplyDelete
  12. Thanks 4 sharing anum.. bagus tips nie.. akak mmg ada masalah nie...huhuhu

    ReplyDelete
  13. saya pun ada masalah ni lah
    boleh cuba tips ni sebab kerap juga beli tembikai tu

    ReplyDelete
  14. OKje pun gugur gak rambut ni....
    Tapi malas pulak nak guna daun bunga raya tu...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/